CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buang Budaya Kebal dari Undang-undang !

26-6-2013 12:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2147| Komen: 12

Description: Malaysia menyarankan agar budaya kekebalan yang ada sekarang digantikan dengan langkah pencegahan yang mengutamakan kedaulatan undang-undang, keadilan dan kebertanggungjawaban ke arah menjamin wujudn ...
Malaysia  menyarankan agar budaya kekebalan yang ada sekarang digantikan dengan langkah pencegahan yang mengutamakan kedaulatan undang-undang, keadilan dan kebertanggungjawaban ke arah menjamin wujudnya keamanan dan keselamatan.

Kuasa usaha Pejabat Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York Saiful Azam Abdullah berkata Malaysia berpendapat setiap negara anggota badan dunia itu perlu mengamalkan sikap bertanggungjawab yang berlandaskan undang-undang domestik dan antarabangsa.

Katanya, dalam hal ini, sistem nasional perlu dikemudi ke arah memenuhi standard antarabangsa dalam memastikan wujudnya perasaan bertangungjawab bahawa mereka yang melakukan jenayah keganasan seksual, tidak akan sekali-kali terlepas daripada dihukum.

"Tidak syak lagi, menghapuskan kekebalan amat perlu dilakukan bagi menghapuskan jenayah seksual, baik yang dilakukan individu, kumpulan atau negara.

"Bagaimanapun, negara anggota tetap memikul tanggungjawab utama dan moral untuk melindungi penduduknya," kata beliau pada Debat Terbuka Majlis Keselamatan Wanita, Keamanan dan Keselamatan di New York semalam.

Teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama di sini Selasa.

Saiful berkata Malaysia mengalu-alukan usaha berterusan PBB dan pemegang kepentingan lain serta Kumpulan Pakar Mengenai Kedaulatan Undang-undang dan Keganasan Seksual Dalam Konflik untuk meningkatkan keupayaan mereka yang bertanggungjawab bagi memelihara kedaulatan undang-undang dan keadilan.

"Kami berpendapat hubungan mereka dengan kerajaan akan dapat meningkatkan keupayaan pihak berkenaan untuk menangani keganasan seksual terhadap wanita dan gadis dengan lebih berkesan," katanya.

Beliau berkata Malaysia percaya penyertaan wanita secara sama rata, menyeluruh dan aktif menjadi kunci utama dalam pembinaan keupayaan dan pembangunan negara.

"Delegasi saya berpendapat wanita bukan saja tidak sepatutnya hanya dilihat  sebagai mangsa, tetapi juga merupakan golongan penting dalam semua usaha untuk menghapuskan fenomena global ini.

"Oleh itu, wanita perlu dilibatkan dalam proses mencari keamanan dan mereka perlu melibatkan diri secara aktif dalam setiap usaha untuk membasmi fenomena dahsyat ini," katanya.-- 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_herrhughie 25-6-2013 07:53 PM
Tan Sri tu kebal juga kan?
Quote Gondrong_cabul 25-6-2013 08:09 PM
sokong
Di Indonesia ada banyak undang2 yang di pakai untuk melindungi Wanita dan prinsip kesamarataan. dan inilah undang yang paling menonjol
pasal 1 UU no. 23 tahun 2010-------> KDRT = penghapusan Kekerasan Dalam Rumah Tangga
UU no.2 tahun 2008------> partisipasi politik = Pendirian partai politik setidak-tidaknya harus menyertakan 30% keterwakilan perempuan

sokong EMAMSIPASI<-------- aksen malay

sesudah itu TEGAKKAN HAM
Quote sahamboi 25-6-2013 08:28 PM
Budaya kebal untuk sultan & the gangs, pm, bini pm, vvip vip di malaysia juga perlu dihapuskan...
Quote dauswq 25-6-2013 08:32 PM
amende indon ni merepek?
Quote kakiputaralam 25-6-2013 09:08 PM
Cakap..cakap..cakap..cakap saje



Quote pakweneelofa 25-6-2013 09:08 PM
kebal di dunia..di akhirat....?
Quote kasibiman 25-6-2013 10:19 PM
Hek eleh..... Gebang pentas donia.

hapuskan kekebalan bangsat2 jalanraya dgn pe'el "parking sikijap-lah" dulu la
Quote honeynuyun 26-6-2013 02:57 PM
sahamboi: Budaya kebal untuk sultan & the gangs, pm, bini pm, vvip vip di malaysia juga perlu dihapuskan...


terbaiklah..
Quote melia_star 26-6-2013 03:32 PM
kunun2 nk jadi juara doniya lah tuh....dlm negara pun sistem bercelaru....


puiii...

Quote hzln 26-6-2013 03:37 PM
ada hati nak sound orang tuh....si amalilio anak sedara bos kau tuh dah diekstradisi ke manila belum?
Quote zorrro_03 26-6-2013 03:42 PM
indon merepek apa tu?
Quote puterikhaleeda 26-6-2013 03:47 PM
dulu dulu raja kebal .. sekarang org politik kebal...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.048089 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top