CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1454|Reply: 12

[Tempatan] {8}Buang Budaya Kebal dari Undang-undang !

[Copy link]
Post time 25-6-2013 07:46 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia  menyarankan agar budaya kekebalan yang ada sekarang digantikan dengan langkah pencegahan yang mengutamakan kedaulatan undang-undang, keadilan dan kebertanggungjawaban ke arah menjamin wujudnya keamanan dan keselamatan.

Kuasa usaha Pejabat Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York Saiful Azam Abdullah berkata Malaysia berpendapat setiap negara anggota badan dunia itu perlu mengamalkan sikap bertanggungjawab yang berlandaskan undang-undang domestik dan antarabangsa.

Katanya, dalam hal ini, sistem nasional perlu dikemudi ke arah memenuhi standard antarabangsa dalam memastikan wujudnya perasaan bertangungjawab bahawa mereka yang melakukan jenayah keganasan seksual, tidak akan sekali-kali terlepas daripada dihukum.

"Tidak syak lagi, menghapuskan kekebalan amat perlu dilakukan bagi menghapuskan jenayah seksual, baik yang dilakukan individu, kumpulan atau negara.

"Bagaimanapun, negara anggota tetap memikul tanggungjawab utama dan moral untuk melindungi penduduknya," kata beliau pada Debat Terbuka Majlis Keselamatan Wanita, Keamanan dan Keselamatan di New York semalam.

Teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama di sini Selasa.

Saiful berkata Malaysia mengalu-alukan usaha berterusan PBB dan pemegang kepentingan lain serta Kumpulan Pakar Mengenai Kedaulatan Undang-undang dan Keganasan Seksual Dalam Konflik untuk meningkatkan keupayaan mereka yang bertanggungjawab bagi memelihara kedaulatan undang-undang dan keadilan.

"Kami berpendapat hubungan mereka dengan kerajaan akan dapat meningkatkan keupayaan pihak berkenaan untuk menangani keganasan seksual terhadap wanita dan gadis dengan lebih berkesan," katanya.

Beliau berkata Malaysia percaya penyertaan wanita secara sama rata, menyeluruh dan aktif menjadi kunci utama dalam pembinaan keupayaan dan pembangunan negara.

"Delegasi saya berpendapat wanita bukan saja tidak sepatutnya hanya dilihat  sebagai mangsa, tetapi juga merupakan golongan penting dalam semua usaha untuk menghapuskan fenomena global ini.

"Oleh itu, wanita perlu dilibatkan dalam proses mencari keamanan dan mereka perlu melibatkan diri secara aktif dalam setiap usaha untuk membasmi fenomena dahsyat ini," katanya.-- BERNAMA

p/s Amal di skop yg lebih kecil sblm seru dunia...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2013 07:53 PM | Show all posts
Tan Sri tu kebal juga kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 08:09 PM | Show all posts
sokong
Di Indonesia ada banyak undang2 yang di pakai untuk melindungi Wanita dan prinsip kesamarataan. dan inilah undang yang paling menonjol
pasal 1 UU no. 23 tahun 2010-------> KDRT = penghapusan Kekerasan Dalam Rumah Tangga
UU no.2 tahun 2008------> partisipasi politik = Pendirian partai politik setidak-tidaknya harus menyertakan 30% keterwakilan perempuan

sokong EMAMSIPASI<-------- aksen malay

sesudah itu TEGAKKAN HAM
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Budaya kebal untuk sultan & the gangs, pm, bini pm, vvip vip di malaysia juga perlu dihapuskan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 08:32 PM | Show all posts
amende indon ni merepek?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 09:08 PM | Show all posts
Cakap..cakap..cakap..cakap saje



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2013 09:08 PM | Show all posts
kebal di dunia..di akhirat....?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Hek eleh..... Gebang pentas donia.

hapuskan kekebalan bangsat2 jalanraya dgn pe'el "parking sikijap-lah" dulu la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2013 02:57 PM | Show all posts
sahamboi: Budaya kebal untuk sultan & the gangs, pm, bini pm, vvip vip di malaysia juga perlu dihapuskan...


terbaiklah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 03:32 PM | Show all posts
kunun2 nk jadi juara doniya lah tuh....dlm negara pun sistem bercelaru....


puiii...

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 03:37 PM | Show all posts
ada hati nak sound orang tuh....si amalilio anak sedara bos kau tuh dah diekstradisi ke manila belum?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 03:42 PM | Show all posts
indon merepek apa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 03:47 PM | Show all posts
dulu dulu raja kebal .. sekarang org politik kebal...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.055014 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list