CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hormat Mandat Rakyat, Dira Abu Zahar Saran BN Kekal Sebagai Pembangkang

22-11-2022 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 910| Komen: 2

Description: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira menyeru kerajaan baru segera ditubuhkan dengan mengekalkan Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang bagi mengho ...

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira menyeru kerajaan baru segera ditubuhkan dengan mengekalkan Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang bagi menghormati mandat rakyat yang jelas menolak parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.



FB Dira

Menurut Dira, menjadi pembangkang juga adalah satu tugas yang baik. Ia adalah tanggungjawab yang perlu digalas untuk melakukan semak dan imbang. 

Tambahnya, BN tidak wajar dibebankan untuk memilih kerajaan mana yang perlu dibentuk termasuk memutuskan ahli dewan rakyat mana yang perlu menjadi calon Perdana Menteri ke-10.



"Dua blok terbesar rakyat telah memilih Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan. Justeru, menjadi tanggungjawab mereka untuk memutuskan bentuk kepimpinan negara bagi 5 tahun seterusnya," tulisnya di Facebook.


Sumber: OhBulan





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 22-11-2022 02:43 PM
Terlupa pulak dia ni.. Dia bertanding ke idok
Quote acepark 23-11-2022 12:12 PM
dia ni dl af kan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.153168 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top