CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Data Peribadi 5 Juta Penumpang AirAsia Dibocorkan Daixin

22-11-2022 08:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 938| Komen: 4

Description: Tular sebuah ciapan di Twitter mendakwa sebuah kumpulan penggodam membocorkan data peribadi lima juta penumpang dan pekerja syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia.@TheFuturizts mendakwa Daixin b ...
Tular sebuah ciapan di Twitter mendakwa sebuah kumpulan penggodam membocorkan data peribadi lima juta penumpang dan pekerja syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia.


@TheFuturizts mendakwa Daixin berkongsi dua fail mengandungi pelbagai butiran peribadi pekerja dan penumpang.


Twitter

"Penggodam berlaku awal bulan ini. Fail pertama mengandungi maklumat penumpang, manakala yang kedua berkongsi butiran pekerja, seperti tarikh lahir, negara, alamat, tarikh pekerjaan, dan juga 'soalan rahsia' mereka dengan jawapan.

"Menurut jurucakap Daixin, Airasia menghubungi kumpulan itu untuk berbincang supaya mereka memadam semula data yang dikongsi tetapi gagal mencapai persetujuan mengenai bayaran," ciapnya pada Isnin.






Sebaliknya, Daixin mengugut akan memuat naik semua data sulit AirAsia itu di internet.

Katanya, Daixin juga mendedahkan mereka tidak meneruskan serangan ke dalam sistem rangkaian AirAsia disebabkan ia tidak tersusun dan tidak mempunyai piawaian yang selaras.



Perkara itu mengejutkan kerana kumpulan penggodam itu sebelum ini hanya gemar menyerang bisnes-bisnes di Amerika Syarikat sahaja.

Setakat ini, AirAsia masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu kebocoran data berkenaan.


Sumber: Sinar Harian





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 22-11-2022 09:21 AM
bole plak nego nak bayar
Quote kasibiman 22-11-2022 09:22 AM
Ha jawab la!!!!
Quote manehnya 22-11-2022 09:26 AM
asal lepas beli tiket msti ada yg call nk jual insuran... jenuh tepih
Quote venom1 22-11-2022 09:28 AM
Macam2 orang call jual insurans semua. mana datang maklumat tu semua? semua no start 03 aku dah block

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.045115 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top