CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Panik, Kesedihan Di Sebelah Mayat Lepas Bunuh Suami Di Seremban

22-11-2022 07:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1848| Komen: 5

Description: Seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan luka pada rusuk kanan di sebuah unit apartmen di Taman Bukit Delima, malam tadi dipercayai akibat pergaduhan dengan seorang wanita.Mayat lelaki itu ditemukan ...
Seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan luka pada rusuk kanan di sebuah unit apartmen di Taman Bukit Delima, malam tadi dipercayai akibat pergaduhan dengan seorang wanita.


Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah berkenaan serta terdapat kesan darah di beberapa lokasi di dalam kediaman itu, kira-kira 9.30 malam.


Polis menahan suspek (gambar kiri) selepas dipercayai membunuh seorang lelaki. Gambar kanan, mayat mangsa diusung keluar oleh polis dari apartmen dekat Taman Bukit Delima. FOTO Azrul Edham

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati wanita berkenaan adalah isteri kepada mangsa, namun kesahihannya masih belum dipastikan.


"Kami menerima panggilan daripada pengawal keselamatan di apartmen ini yang memaklumkan terdapat kematian di lokasi sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba, kami menemui mayat lelaki warga tempatan dalam keadaan terlentang dan kesan darah pada lantai. Terdapat seorang wanita berada di lokasi dalam keadaan panik dan kesedihan," katanya ketika ditemui di lokasi, malam ini.

Nanda memaklumkan, siasatan lanjut pada mayat dan lokasi kejadian mendapati terdapat kesan luka pada rusuk kanan mangsa selain menemui sebilah pisau pemotong sayur dipercayai senjata yang digunakan dalam kejadian ini.

"Siasatan juga mendapati wanita ini adalah warga Vietnam berusia 33 tahun dan dipercayai masuk ke negara ini pada Jun lalu. Bagaimanapun, kami akan membuat semakan dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

"Daripada maklumat awal yang kami terima daripada orang awam di sekitar lokasi, mereka memaklumkan terdengar pergaduhan antara mangsa dan wanita berkenaan kira-kira 9 malam.

"Pihak kami akan menahan wanita terbabit bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Katanya, polis masih mengesan saksi lain bagi membantu siasatan kejadian ini dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta supaya menyalurkannya kepada pihak berkuasa.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 22-11-2022 08:06 AM
Gaduh sampai bab bunuh dia ada 2 je situasi - sengaja atau tak sengaja.
Quote kakikuDibibirmu 22-11-2022 08:18 AM
images_copy_1024x1019.jpg
Quote kepompong 22-11-2022 08:24 AM
vietnamese baru 5 bulan kat sini . rasa tertipu ke apa
Quote lightheaded67 22-11-2022 08:42 AM
omg kalau tgah marah ke gaduh laki bini jgn la pegang bnde2 tajam, pakai tgn saje pun boleh patah riuk, pakai pisau apetah lg
Quote kepompong 22-11-2022 09:00 AM
mengaku wife tapi kalau check belum register pun perkahwinan tu .. macamana pulak

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.051740 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top