CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Persembahan Langsung Tak Memuaskan, Dina Nadzir Dan Fuad Rahman Tersingkir Separuh Akhir GV9

21-11-2022 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2265| Komen: 15

Description: Impian Dina Nadzir dan Fuad Rahman mara ke final program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) terkubur apabila mereka diumumkan peserta tersingkir pada peringkat separuh akhir yang berlangsung pada ma ...
Impian Dina Nadzir dan Fuad Rahman mara ke final program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) terkubur apabila mereka diumumkan peserta tersingkir pada peringkat separuh akhir yang berlangsung pada malam Ahad.


Pada minggu separuh akhir berkenaan, Dina hanya mendapat markah sebanyak 59.20 manakala Fuad hanya 58.30 daripada tiga barisan juri profesional yang mengadili persembahan mereka.

Salah seorang juri, Hetty Koes Endang memberitahu persembahan solo Dina menerusi lagu Bukan Dia Tapi Aku tidak memuaskan apatah lagi dia tidak perlu membuat terlalu banyak penambahbaikan kerana ia merbahaya.

Foto: IG


"Lagu ini sangat berat. Kekurangannya kamu selalu menurun. Bukan semua kamu perlu improvise. Itu membahayakan kamu," katanya.

Menerusi persembahan solo Fuad pula, Hetty berterus terang nadanya lari dan agak berbeza mungkin disebabkan menyanyikan lagu berentak balada.

Cara nyanyian kamu malam ini sangat berbeza. Kami tahu kamu memang selesa menyanyi lagu genre itu. Banyak sekali out of tune... dengar semula nanti," ujarnya.

Pada pusingan solo, Fuad menyanyikan lagu Di Alam Fana Cintamu nyanyian asal kumpulan Fotograf manakala bagi battle, penyanyi kelahiran Singapura itu berduet dengan Dina menerusi lagu Boneka (Erni Zakrie).

Sementara itu, Jaclyn Victor sekali lagi berada di tempat teratas dengan markah 84.35 diikuti Shila Amzah (79.20) dan Bob Yusof tempat ketiga (78.70).



Tiga lagi peserta yang mara ke peringkat akhir adalah Tomok, Hazrul Nizam dan kumpulan V.E.

Dalam pada itu, Dina Nadzir menerima anugerah Juara Next Level pada minggu ini, manakala Shila Amzah pula diumumkan pemenang anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.

Selain Hetty, separuh akhir GV9 separuh akhir turut menampilkan juri Datuk Ramli MS dan Datuk Syafinaz Selamat.



Pentas separuh akhir GV9 menyaksikan dua pusingan iaitu lagu solo dan duet.

Istimewanya minggu ini, Ratu Rock Ella hadir sebagai penyanyi undangan menghiburkan penonton dengan dua lagu iaitu Permata Biru dan Luluh.

GV9 menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai hos yang turut disiarkan menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 21-11-2022 11:14 AM
fuad tu memang patut kena singkir dari dulu.
Quote MistrezHermanaz 21-11-2022 12:36 PM
Fuad tu iols rasa suara dia sesuai nyanyi lagu fotograf, dari first week duk rasa suara dia agak sama mcm suara arwah shamrin..tp dia menyanyi overdo la, terlebih teran,jd x sedap
Quote dewi_rina 21-11-2022 01:40 PM
Fuadddd all the best to you, janji awak happy gituu
Quote nawtylulu 21-11-2022 02:01 PM
nape la aku rase suara fuad bile die nyayi lagu2 metal tu cm best.. tp klo nyanyi lagu guna suara biasa die mcm biasa sgt..
Quote doubleharmonic 21-11-2022 02:08 PM
padan muka ko noreeennn akhirnya tersingkir jugak kelindan
Quote deebiz14 21-11-2022 02:32 PM
Pade mula mmg ade high hopes untuk Dina sbgi calon ke final. Sore sheols best sebenarnya tapi sayang tak tumpukan sepenuhnya memperbaiki mane yg kurang. Banyak part yg ter-offtune.

Si Puad tu is just a one-trick pony. Sakit telinger smlm dengar heols nyanyi lagu Fotograf tu. Layak untuk karaoke atau niteclub jer level heshe. Maaf jujur...
Quote lasagnaklcc 21-11-2022 02:48 PM
Iols okay je dgn fuad. Yg menyampah peminat2 dia especially singaporeans yg ckp kita dengki dgn singapore taknak diorg menang apooooo. Smlm fuad nyanyi sumbang gila kot.
Quote doubleharmonic 21-11-2022 03:14 PM
deebiz14 replied at 21-11-2022 02:32 PM
Pade mula mmg ade high hopes untuk Dina sbgi calon ke final. Sore sheols best sebenarnya tapi sayang ...

sakit telinga dan sakit hati dengar si puad tu kan chuols? tak habis2 nak buat suara teran berak dia tuhh ingat dah terpaling sedap lah agaknya. padahal masa lagu metallica haritu pon tokram dah warning suruh guna suara biasa jah tapi tetap lah jugak heshe nak serak2 berak yihhh. sampai lagu boneka ernie pon dibantainya suara serak berak habis jahanam lagu padahal awera nyanyi masa gv8 takde pon bunyi meneran sembelit

Quote MistrezHermanaz 21-11-2022 04:20 PM
kalau dina masuk final, knp lak lagu dia sama dgn lagu Shila tak ada logika..pelik2 astro ni
Quote missbigrockstar 21-11-2022 04:52 PM
Ella nyanyi lagu Retak lah. Apa pula Luluh.
Buat lah homework wartawan woi
Quote missbigrockstar 21-11-2022 04:53 PM
MistrezHermanaz replied at 21-11-2022 04:20 PM
kalau dina masuk final, knp lak lagu dia sama dgn lagu Shila tak ada logika..pelik2 astro ni


Ya aku pun pelik juga. Kesihatan teknikal ke mmg astro dah merapu
Quote QueenCaramel 21-11-2022 05:00 PM
Dina menyanyi salu mcm overdo..salu kn tegur dgn bunda..menyanyi ni bercerita..so awal2 patot lek2 jee..tp die awal2 masuk je mcm da  oversing the song..aihh..fail la..mcm Sila Hamzah..kensbb die da biasa perform on stage..so lg byk experience..hmmm
Quote minahmanja 21-11-2022 05:52 PM
Dina ni biasa je suara dia, takde lah best mana pun.. tp mmg nmpk dlm gv ni dia struggle nyanyi. Better fokus dj je lah .
Quote rosedemon 22-11-2022 10:11 AM
kesalh aku mmg xlayan benda2 lagha ni
Quote Sangkar_Emas7 22-11-2022 04:34 PM
Dina ni suara sedap sbnrnye time Malaysian Idol. tkde rezeki la gv ni....

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.065231 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top