CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Payment Besar Tak Happy Nak Buat Apa? Shuib Sanggup Tak Dibayar Asalkan Tak Stress Buat Kerja

21-11-2022 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2456| Komen: 21

Description: Shuib menolak tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa dia bersikap demand disebabkan jarang muncul dalam mana-mana program televisyen atau projek lakonan.
Shuib menolak tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa dia bersikap demand disebabkan jarang muncul dalam mana-mana program televisyen atau projek lakonan.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 38, memberitahu selepas lebih 10 tahun terlibat dalam industri hiburan, dia lebih mengutamakan keseronokan bekerja berbanding sikap tamak membolot semua tawaran diberikan kepadanya.

Foto: IG

“Saya tidak rasa ada isu demand. Dalam usia sekarang ini saya lebih mencari keseronokan bekerja untuk hiburkan diri sendiri. Kalau dapat tawaran kerja melibatkan kawan-kawan, memang saya suka.

“Kalau payment besar sekalipun tetapi tidak happy nak buat apa? Boleh sahaja saya terima tawaran kerja tanpa bayaran asalkan tak stress. Sekarang ini kena fikirkan diri sendiri,” katanya kepada mStar.




Tambah Shuib, kemunculannya sebagai penyampai segmen Morning Morning Suria sejak September lalu juga sebagai tanda kembali aktif selepas setahun berehat dari aktiviti seni kerana pemergian isterinya Allahyarham Siti Sarah pada Ogos 2021.

Mengharapkan sokongan peminat, kata Shuib ia juga menjadi pembakar semangat untuk dia melupakan kesedihan.

“Saya mahu kembali mengisi masa yang ada dan mengharapkan sokongan semua apabila kembali aktif dalam industri.

“Menghiburkan peminat bagaikan sudah menjadi darah daging. Saya mahu rasa happy dan boleh buat saya untuk move on. Sokongan peminat boleh memberi saya semangat,” ujarnya.



Sementara itu Shuib juga akur akan kehadiran barisan pelawak baharu yang memeriahkan industri seni tempatan selain boleh memberi satu persaingan sihat antara mereka.

Yakin telah membina nama kukuh sebagai seorang anak seni, Shuib menyerahkan sepenuhnya kepada peminat untuk terus menerima kehadirannya dalam industri.



“Kalau dahulu saya bekerja untuk membina nama Shuib, sekarang ini tonjolkan apa yang ada dalam diri sendiri. Saya tidak boleh nak jadi orang lain kerana inilah Shuib.

“Terpulang kepada orang ramai untuk terima kehadiran saya. Namun apa sahaja tawaran, saya akan lakukan yang terbaik,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 21-11-2022 02:39 PM
Edited by nakkomenjugak at 21-11-2022 02:41 PM

Yang penting padu kannnnn soeb??
Boleh pop it... squish gituuu
Hilang stressssssss

Motipppp iol nehhhh
Quote nawtylulu 21-11-2022 03:26 PM
nakkomenjugak replied at 21-11-2022 02:39 PM
Yang penting padu kannnnn soeb??
Boleh pop it... squish gituuu
Hilang stressssssss

hahahaaha kenapa aku fahammm...
Quote missyL 21-11-2022 03:40 PM
Busuk nye muke
Quote red_velvet 21-11-2022 04:16 PM
He ada aura bacin walopon kaya
Quote limau_lemon 21-11-2022 06:17 PM
Iols malas nk komen pasal duda terpaling ni.. Tp iols tgk anak bongsu Heols teringat arwah Sarah..
Quote BoLapciOus 21-11-2022 08:46 PM
layan morning2 suria..terhibur jgkla pagi2..
Quote rosedemon 22-11-2022 10:11 AM
ko nak ckp ko dah kaya eb okay la cpt kawen ngn wati gebu tu
Quote KamikuP 25-11-2022 10:29 AM
kO TAK BAGI ARWAH AMBIK VAKSIN KAN  BAIK NGAKU
Quote mamajawie 25-11-2022 10:38 AM
kemain edit kasi pink sampai muka gordon ramsay pun ada blusher..adoyai
Quote asfaz 25-11-2022 11:46 AM
mamajawie replied at 25-11-2022 10:38 AM
kemain edit kasi pink sampai muka gordon ramsay pun ada blusher..adoyai

scroll balik.. hahahaha
Quote acepark 25-11-2022 12:06 PM
sapa amikkan gambar tu
Quote hmmlantakko 26-11-2022 07:46 AM
red_velvet replied at 21-11-2022 04:16 PM
He ada aura bacin walopon kaya

bacin tu apa exactly kak?
Quote asfaz 26-11-2022 08:22 AM
hmmlantakko replied at 26-11-2022 07:46 AM
bacin tu apa exactly kak?

Busyukkk
Quote red_velvet 26-11-2022 08:27 AM
hmmlantakko replied at 26-11-2022 07:46 AM
bacin tu apa exactly kak?

Busukk .
Tapi dalam hierarki busuk , BACIN ni lagi busuk dari busuk punya busuk kepada busuk
Quote virgocircus 26-11-2022 09:41 AM
Heols mmg x nmpk dominan sbbtu dlm sepahtu jd pengikut sajo. Xde aura leader.
Quote hmmlantakko 29-12-2022 04:11 PM
red_velvet replied at 26-11-2022 08:27 AM
Busukk .
Tapi dalam hierarki busuk , BACIN ni lagi busuk dari busuk punya busuk kepada busuk :lol ...

gituhhh.
Quote sofi_sofia 29-12-2022 04:16 PM
KamikuP replied at 25-11-2022 10:29 AM
kO TAK BAGI ARWAH AMBIK VAKSIN KAN  BAIK NGAKU

meols pun dah lama speku camnih ...
Quote gideoncross 29-12-2022 05:45 PM
nakkomenjugak replied at 21-11-2022 02:39 PM
Yang penting padu kannnnn soeb??
Boleh pop it... squish gituuu
Hilang stressssssss

Klau llaki suka yg pop it, squish it, iol suka llaki yg lengannya mantap
Quote gideoncross 29-12-2022 06:04 PM
asfaz replied at 25-11-2022 11:46 AM
scroll balik.. hahahaha

Ingtkan iol sorg je yg prasan psl ni hahahaha

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.061866 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top