CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Benih Lemah, Baru Je Nak Lekat Bergegar Terus Keluar Sama-Sama Kencing,"-Siti Elizad Disuruh Duduk Rumah Je Kalau Nak Mengandung

20-11-2022 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4914| Komen: 30

Description: Umum mengetahui pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad pernah menjalani proses rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) beberapa kali sebagai ikhtiar untuk hamil cahaya mata pertama namun masih ...
Umum mengetahui pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad pernah menjalani proses rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) beberapa kali sebagai ikhtiar untuk hamil cahaya mata pertama namun masih belum dikurniakan rezeki sehingga kini.


Namun begitu, ada individu yang tidak bermoral meninggalkan komen yang agak biadap di ruangan komen Elizad menyatakan pelakon itu tidak dikurniakan anak kerana sering tidak berada di rumah.


Foto: IG

“Macam mana nak bunting dan dapat anak kalau tak melekat kat rumah… asyik duduk atas kuda kepang je ni! Baru je nak lekat bergegar terus keluar sama-sama kencing awak!

“Benih awak dan suami tu lemah sangat… cuba duduk rumah diam-diam macam wife aku ni!,” ujar individu itu.


Terkilan dengan kata-kata individu itu, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohd Shariffudin, 38, menyatakan bahawa dia keluar untuk bekerja dan menikmati apa yang dilakukannya malah tidak meminta sesiapa untuk menyukainya.


Foto: XTRA


Lebih kecewa, Elizad menyatakan bahawa komen individu itu membuka ruang untuk orang ramai mentertawakan dirinya.

“Just to let you know, saya kerja & enjoy denga napa yang saya buat. Tak kacau orang pun. Kalau ada yang suka Alhamdulillah, kalau ada yang tak suka, tiada paksaan pun.

“Saya hanya berkongsi apa yang saya suka di media sosial, tak pernah berlumba dengan sesiapa pun. Komen anda membuka ruang untuk saya di KETAWA kan. Terima kasih ya,” luah Elizad.



Walaupun diperlakukan sebegitu, Elizad tidak bertindak membalas dengan kata-kata negatif malah melihat kepada sisi yang positif.

“Moga yang baik-baik Allah gantikan untuk saya. Walau selalu tersenyum & ketawa, jauh di sudut hati, sedih & kecewa tu pasti ada untuk keluarga saya yang membaca.



“Tapi tak pernah tunjuk pun. Jadi nak mengadu pada siapa? Pada Allah SWT tempatnya. Lah Tahzan.

“P/S: video dengan budak-budak pun orang kata pura-pura. Wallahualam,” katanya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote katak hijau 20-11-2022 03:57 PM
Dia ni suka betul layan komen netizen. If u dont want to take their advice x payah la layan
Quote codenamedream 20-11-2022 04:07 PM
Yg komen tu bodohnya. Dh kenapa benih keluar dlm kencing.
Quote margo20 20-11-2022 04:12 PM
Aku rasa kau pun diam diam je buat ivf tu da beranak esok baru share
Quote fealefea 20-11-2022 04:24 PM
Ade benarnya. Dulu norjuma pon terbaring je nk ngandong pertama sampai debab cam tong drum. Antara usaha jugak tu. Jgn la semua nk negatip.
Quote azimodin 20-11-2022 04:29 PM
Yg komen pon nampak sangat budak kelas belakang.. sistem perkumuhan dengan sistem pembiakan pon xmampu beza
Quote orkid_amani 20-11-2022 05:32 PM
Sebetulnya mmg kena bed rest pun kan lepas ivf tu.. at least sampai embrio tu dah tukar jadi fetus kn..mmg xmudah prose's mengandung ivf ni tapi kena tabah la..moga elizad akn merasa peluang megandung & melahirkan ank nti
Quote anggeriklatifah 20-11-2022 07:09 PM
Tapi betul jugakkk..ivf kena bed rest
Permaisuri agong dgn ctdk pon bed rest gak..lama..
Tp elizad ni aktif bebenau..sejenis tak leh dok diaaammm
Igt lagi. Mse hari dia g suntik utk ivf tu...pastu esoknnya leh  dia g jalan2 dg  geng2 eraa..
Ni tgh ivf dia g naik kuda

Quote nylliette 20-11-2022 07:15 PM
ikut mu lah elizad, kalau betul2 nak anak, kena usaha minimakan risiko. dari ivf sampai ke bedrest. yg beranak normal pun risau je 3 bulan pertama tu mmg belum kuat. yg dah 8 9 bulan pun boleh gugur lagi.
Quote CiliPadiSedap 20-11-2022 08:13 PM
air kencing dengan kantung ovari tak sama tempat lah. different place ibarat ampang dengan bukit jogra kan lain tempat tu. cikgu ajar biologi masa sekolah buat pe ? benda basic kut.

Quote airmineral 20-11-2022 08:58 PM
xkan doktor dia x nasihatkan spy bedrest? atau dia yg degil?
Quote adeqbun 20-11-2022 10:40 PM
Netz ni mulut capoi btol...dh jenis ape keluar x bertapis nk sakitkan hati org..dh la org xkenal...ayat lak kasar xde nak jaga perasaan lgsg..
Tp by the way kalau ivf mmg kene bed resting..kene korbankan aktvt lasak2...point tu btol cume kasar sgt dan jgn normalize kan komen jenis xbertapis,ade carutan,makian etc..cukup la diva AA sorg yg jd mcm tu...
Quote MilanAdelynn 20-11-2022 10:43 PM
Sejenis degil & perfectionist ni mmg payah la nak tegur. Mmg kena bed rest la kalau nak pregnant. Lepas tu dok jual cerita ttc dia dah bertahun, usaha la sama. Bed rest mcm tokti tu ha. Adeh
Quote ezacbee 20-11-2022 10:43 PM
Ahh.. kawan aku dok umah diam2 pun boleh gugur gak. Mula2 pregnant dia aktif, xlama gugur. Masuk kali ke 3 dia jaga betul2. Dok umah diam2.. pun gugur gak. Last2 give up sbb dah berumur.
Quote VespaSilbe 20-11-2022 10:53 PM
tak paham le aku pompuan ni.. NPD gak ke
Quote rosedemon 21-11-2022 09:54 AM
sian ijad tabah ya. ada hikmah knp xda anak
Quote prince_marhaen 21-11-2022 10:34 AM
pung pang pung pang nak anak, nak mengandung, nak beranak ke hulu ke hilir...tapi sejenis degil, kuat merentan, merayap sana sini...memang mendapatlah kau kecaman macam tu..orang pun fed up asal muka kau je, mesti cerita nak beranak nak beranak, tapi tak reti duk diam.. canang sana sini nak buat macam-macam proses...jenis tak menyabar macam dia sorang takde luck..
Quote anilanil 21-11-2022 10:53 AM
Acik jat, cuba ikut mcm tuanku azizah dulu. Bed rest sampai berbulan-bulan masa mula2 ivf dulu. Ko laki bini menabung la upah helper ke amik CL utk jaga time bed rest tu. Tak semua wanita bole lasak semasa mengandung. Apa yg nak malu kalau rider, boyish, tomboy person kena bed rest utk hamil?
Quote foxneo 21-11-2022 10:54 AM
semua yang jenis komen mcmtu dekat social media bagi saya IQ nye level rendah.
Quote meah_kelabu 21-11-2022 11:00 AM
kdang2 kalo reflex balik bersebab jugakla kenapa allah belom lg nk bg dia rezeki anak dah kalau madangggg xlekat rumah.
dah ade anak nnti, nk lempar mane? nk jd kakpam jugak ke

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.056133 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top