CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tegar Dihalau Selepas Gagal Bayar Sewa, Risau Ibu Bapa Beberapa Tak Makan & Tiada Tempat Tidur

9-11-2022 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2509| Komen: 3

Description: IG TegarTegar Septian sekali lagi berdepan masalah kewangan sehingga menyebabkan dia gagal membayar sewa rumah yang turut didiami ibu bapanya.Disebabkan masalah itu, pemilik rumah sewa berkenaan memin ...
IG Tegar


Tegar Septian sekali lagi berdepan masalah kewangan sehingga menyebabkan dia gagal membayar sewa rumah yang turut didiami ibu bapanya.

Disebabkan masalah itu, pemilik rumah sewa berkenaan meminta keluarga penyanyi berusia 22 itu mengosongkan premis tersebut kerana mahu diberikan kepada bakal penyewa baharu.





"Aku kesian dengan orang tuaku. Kalau aku tidak bayar orang tua aku mahu tidur di mana?

"Apa lagi yang harus aku lakukan? Aku harus bayar sewa rumah," katanya.

Bekas peserta Big Stage 2022 itu berkongsi perkara tersebut menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya.





Menerusi paparan perbualan WhatsApp dengan ibunya, Tegar mendedahkan wanita itu tidak makan sejak beberapa hari disebabkan masalah kewangan.

Dalam masa sama, Tegar juga menjelaskan antara punca dia berdepan dengan situasi sebegini adalah disebabkan sering ditipu dan tidak menerima wang royalti kerjaya seninya.

"Kenapa jadi begini... aku selalu kena tipu. Semoga anda semua faham apa maksudku. Royalti pun aku belum dapat sepenuhnya," jelasnya.



Dalam masa sama, Tegar juga dilihat berjalan-jalan di sebuah kawasan sunyi tanpa arah tujuan susulan masalah yang dialami.

Tegar sebelum ini juga pernah menjadi perhatian ramai apabila dia dilihat kembali menjadi penyanyi jalanan dek kerana kurang tawaran persembahan.


Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zezo 9-11-2022 09:00 PM
Itu la. Kalau duit yg dia dapat tu, dia sambung SMA kan bagus. Pendidikan menjamin masa depan.
Quote MistrezHermanaz 10-11-2022 04:54 PM
masuk Big Stage bkn dpt duit ke..ke dh abes..bercerai pulak tu..masa big stage kemain rindu2 kt bini
Quote azimodin 10-11-2022 10:13 PM
Benda ni senang je. Kalau kerjaya sebagai penyanyi x laku, cari la kerja lain. Dulu dalam rancangan i live alone ada special episode sorang idol 1st gen jadi penghantar barang/runner sebab sedar yg diri x belajar pandai.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.043606 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top