CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Justin Bieber Beri Amaran, Larang Hailey Bieber Kawan Rapat Dengan Selena Gomez

27-10-2022 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2041| Komen: 3

Description: Minggu lalu tular beberapa foto menyaksikan kemesraan di antara model Hailey Bieber dan penyanyi Selena Gomez ketika mereka menghadiri malam gala Academy Museum di Los Angeles.
Minggu lalu tular beberapa foto menyaksikan kemesraan di antara model Hailey Bieber dan penyanyi Selena Gomez ketika mereka menghadiri malam gala Academy Museum di Los Angeles.


Meskipun kedua-dua selebriti terkenal itu dikatakan bermasam muka namun foto yang diambil oleh Tyrell Hampton itu menunjukkan sebaliknya dan ia bukti mereka tidak bermusuhan.

Bagaimanapun, suami Hailey iaitu Justin Bieber yang juga bekas kekasih Selena tidak gembira dengan keakraban yang ditonjolkan.




Memetik laporan Geo News, Justin juga dikatakan memberi amaran kepada Hailey agar tidak menjalinkan hubungan rapat dengan Selena.


Kata Justin, dia bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini di antara mereka kelak.

"Dia memberi amaran kepada Hailey untuk menjauhkan diri daripada Selena kerana takut sesuatu yang buruk berlaku," katanya.

Terdahulu, hubungan Hailey dan Selena didakwa dingin gara-gara model itu dikatakan merampas Justin daripada penyanyi berkenaan.


Foto: IG

Sejak Justin dan Hailey berkahwin, pasangan itu sering menjadi sasaran netizen dan menunjukkan rasa kasihan terhadap Selena.

Hailey dalam satu temu bual bagaimanapun menyangkal semua dakwaan berkenaan malah menegaskan hubungannya dengan Selena baik-baik sahaja.

"Mereka dah ada hidup mereka sendiri sekarang jadi mereka lupakan perkara lepas dan mulakan hidup baharu," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 27-10-2022 12:15 PM
realiti nya memang tak perlu pon bini berkawan dengan ex...

life goes on. masing2 ada kehidupan sendiri. past is past and let bygone be bygone.
haa gitewww

prinsip ini tidak terpakai utk norman dan abby yer
Quote Page88 27-10-2022 12:20 PM
Who cares!!!
Quote iolss 27-10-2022 06:24 PM
justin cuak la tuu..kekekee

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.114359 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top