CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Laluan Dinaiki Air, Trafik Sesak Di Ibu Negara

4-10-2022 05:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1431| Komen: 7

Description: Aliran trafik di ibu negara hari ini dilaporkan perlahan dan sesak ekoran beberapa laluan dinaiki air susulan hujan lebat petang ini.
Aliran trafik di ibu negara hari ini dilaporkan perlahan dan sesak ekoran beberapa laluan dinaiki air susulan hujan lebat petang ini.

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, pergerakan kenderaan terutama di beberapa laluan di ibu negara adalah perlahan di semua arah.


Foto: kosmo

“Ia melibatkan Jalan Kuching di Taman Wahyu menghala ke Bulatan Bt Cave yang mana lorong kanan dinaiki air.

“Selain itu, Jalan Tunku Abdul Halim melibatkan Terowong Hantu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.


Bagaimanapun, katanya, tiada halangan dilaporkan setakat pukul 4 petang hari ini.

Tambahnya lagi, pengguna jala raya dinasihatkan supaya elakkan melalui laluan tersebut bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kak-Rohana 4-10-2022 06:04 PM
Haaahh...relaks lah wei...baru October.

Per lagi? Bubar la parlimen...PRU! Dah menang besor nanti jangan lupa petik ayat2 keramat ..."Mandat Rakyat". Cam tak biase pulek
Quote epal_putih 4-10-2022 06:14 PM
Ponogorooo suh mael ngadap jagong
Quote pooh~key 4-10-2022 06:33 PM
Sepanjang berbelas tahun akak dok lalu kat jalan tuanku halim tu, ini kali baru akak tau nama dia terowong hantu dek.
Quote rosedemon 4-10-2022 06:48 PM
ok takziah lah
Quote white_musk 4-10-2022 06:51 PM
Agaknya ramai hantu nampak orang di situ
Quote tukul 4-10-2022 06:56 PM
pooh~key replied at 4-10-2022 06:33 PM
Sepanjang berbelas tahun akak dok lalu kat jalan tuanku halim tu, ini kali baru akak tau nama dia te ...

Terkejut baca terowong hantu...haha...1st time dengar
Quote supernaturalee 4-10-2022 08:58 PM
Terowong Hantu

Ape sejarah asal usul nmnya

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.045306 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top