CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dakwa Berasal Dari Tahun 2090 Silap Ramal Kejadian Taufan Ian

4-10-2022 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 760| Komen: 0

Description: Seorang wanita yang mendakwa dirinya individu dari masa hadapan, mengundang kesangsian peminat selepas ramalannya mengenai taufan yang membadai negeri Florida, berlaku dua bulan lebih lambat, lapor ak ...
Seorang wanita yang mendakwa dirinya individu dari masa hadapan, mengundang kesangsian peminat selepas ramalannya mengenai taufan yang membadai negeri Florida, berlaku dua bulan lebih lambat, lapor akhbar Daily Star pada Ahad.


Kim Windell Necos mendakwa bahawa dia seorang pengembara masa dan berasal dari tahun 2090. Wanita itu  sebelum ini menyatakan bahawa taufan paling buruk dalam sejarah akan membadai negeri Carolina Selatan pada 14 Ogos 2022.


Taufan Ian membadai Florida beberapa hari lalu sebelum menghala ke Carolina Selatan. – AFP

“Pada 14 Ogos 2022, taufan paling buruk dalam sejarah akan melanda Carolina Selatan dan ia akan menjadi taufan Kategori 6 pertama dengan kelajuan angin melebihi 402 kilometer sejam.


“Ia akan membawa kemusnahan bernilai berbilion-bilion dolar dan ramai orang hilang nyawa. Jaga diri anda semua,” katanya menerusi amaran sebelum ini di laman Facebook.

Beberapa ahli kumpulan perbincangan Facebook, Time Travel bagaimanapun mempersoalkan kenyataan tersebut beberapa hari selepas taufan itu sepatutnya berlaku.

Bukan sahaja tidak berlaku pada tarikh yang dinyatakan, Taufan Ian bahkan membadai negeri Florida beberapa hari lalu dan kemudian menghala ke Carolina Selatan dan bukan dalam Kategori 6.

“Beberapa hari ini, saya terfikir bahawa Taufan Ian berlaku tidak seperti yang dinyatakan oleh individu kononnya dari masa hadapan.

“Ia tidak berlaku pada 14 Ogos, sebaliknya lebih lambat,” kata seorang netizen, Romina Mangiavacchi. 

Necos bagaimanapun tidak menjawab sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.102474 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top