CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Noh Salleh Ludah Penonton Semasa Buat Persembahan Atas Pentas

3-10-2022 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7923| Komen: 79

Description: Sejak kebelakangan ini nama Noh Salleh sentiasa 'panas' dengan pelbagai kontroversi melibatkan dirinya sehingga mengundang kritikan ramai.
Sejak kebelakangan ini nama Noh Salleh sentiasa 'panas' dengan pelbagai kontroversi melibatkan dirinya sehingga mengundang kritikan ramai.

Jika sebelum ini vokalis kumpulan Hujan itu pernah dikecam ekoran memegang sebatang rokok ketika membuat kemunculan di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022), kali dia teruk dihentam kerana meludah ketika mengadakan persembahan pentas.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada sebuah acara festival muzik yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada Sabtu lalu.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, Noh atau Mohammad Noh Salleh, 37, dilihat menjelirkan lidah sebelum meludah ke arah peminat yang berada pada bahagian bawah pentas.




Tindakannya itu sekali gus mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen yang menyifatkan perbuatannya itu sebagai kurang ajar dan menjijikkan.

Apatah lagi perbuatan itu bukan budaya masyarakat Malaysia selain status Noh yang sudah bergelar 'Haji'.

"Pertama kali tengok aku tengok artis ludah crowd. Apa motif meludah?

"Bang Haji sejak jadi duda ni, lain macam ya," komen netizen di Twitter.



Tidak hanya itu, ada juga berpendapat sikap dan kelakuan Noh itu berpunca daripada penceraian dengan isterinya, Mizz Nina.

Bukan hanya Noh dikecam netizen malah peminat yang hadir ke konsert berkenaan turut dikritik kerana sanggup diludah oleh artis idaman mereka dan masih mampu bersorak kegembiraan.

Ramai berpendapat, artis seperti Noh tidak sepatutnya dijadikan sebagai contoh dan ikutan kerana ia mampu merosakkan akhlak seseorang.

"Lepas dia capai mic stand tu terus meludah. Raingers pula bersorak sakan dengan gelajat Bang Haji ini.

"Budak bodoh sahaja yang sanggup kena ludah dengan artis idaman, baik duduk rumah!

"Terpaling 'rockstar' ke buat macam itu? tulis netizen.

Berikutan itu ramai pihak turut melahirkan rasa bimbang terhadap sikap Noh kerana imej ditonjolkan seolah-olah menunjukkan dia sedang memberontak.

Malah ada juga pihak berpendapat ia adalah antara cara Noh meluahkan rasa sedih dengan pelbagai perkara berlaku dalam hidupnya sejak kebelakangan ini.

"Ini salah satu stage of grief. Bertahun dia terpaksa jadi orang lain sebab nak jaga imej keluaga.

"Ini cara kebanyakan orang nak tunjuk 'this is who I am' untuk berdepan rasa kehilangan dan mengisi kekosongan. Itu yang kadang-kadang ada cross the line macam ini. Kebanyakannya sementara dan emosional," antara pendapat pengguna Twitter.

Selain isu meludah dan memegang rokok, nama Noh juga pernah 'panas' apabila menghisap vape dan menghembus asap ke arah sekumpulan media yang sedang menemu bualnya berhubung isu rumah tangganya yang hangat diperkatakan sebelum ini. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Racurve 3-10-2022 02:14 PM
Quote Racurve 3-10-2022 02:15 PM
[youtube]zyoDY5PE4ac[/youtube]
Quote Racurve 3-10-2022 02:15 PM
Quote Racurve 3-10-2022 02:15 PM
Quote babelina 3-10-2022 03:03 PM
ayooooooo... sedihhhhhh la ko nie Noh..
Nabila HUda kwn baik dia x ckp pape pn psl hal nie.. dia g konsert tu..
Quote silampumeja 3-10-2022 03:05 PM
Yucksss gila geli noh ni...
Quote exclusive_vvip 3-10-2022 03:07 PM
patut la xleh bertahan dgn MN..masuk family prominent x reti bawak diri..
Quote stingergrumpy 3-10-2022 03:08 PM
Edited by stingergrumpy at 3-10-2022 03:10 PM

Autisme kalau pada usia kecil...naik kapalterbang jika buat perangai sehingga tidak terkawal...masyarakat musti sabar...wajib tunjuk ehsan luar tabii kita ...jgn dihamun atau kutuk budak iteww yg tidak berdosa apa lagi parents budak seperti ini yg hilang kawalan..zalim...namanya..kita...tapi kalau autisme pada golongan dewasa...perangai tak semenggah ...teda kewajaran utk kita show our empathy...sambil semat dalam jiwa kita..."patut ler bini mintak cerai"

Wakahkahkahkahkahkahkah
Quote bulalof 3-10-2022 03:12 PM
more and more u willingly revealing it towards the public....
Quote toynme 3-10-2022 03:19 PM
mmg perangai dia mcm ni pun
Quote rhea85 3-10-2022 04:03 PM
pengotor nak mampus
makin nampak busuk si ex nina ni
Quote lattehazelnut 3-10-2022 04:05 PM
Dia pun ludah chewing gum mcm shila amzah..

Sejak dia kuarkan statement mcm tu iols rasa retis mmg rata2 pengotor..
Quote KamikuP 3-10-2022 04:14 PM
Patut ler kene cerai dgn MN dan patut ler x dikurniakan zuriat
Quote sora13 3-10-2022 04:29 PM
Peliklah Noh ni, masa dia perform kat konsert 3 Generasi tu dia behaved je pulak. I pun tunggu jugak ada ke dia nak buat perangai tak semenggah seperti yang diperkatakan sebelum ni, tapi nampak sopan santun pulak. Mungkin factor ada M. Nasir dalam kalangan penonton yang buat dia segan kot.
Quote shiraloveyou 3-10-2022 04:30 PM
Dia ni gila ke mereng?
Quote jihyomelly 3-10-2022 04:38 PM
makin biol nampaknya…
Quote TerataiMelur02 3-10-2022 04:49 PM
Ambik barang ke dia ni? Adab langsung takde
[fbp]https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0KCsLJzFaLf7nf4FcMjPYa82SXN65ySAy1Mgmm7ZvzkRwng9nfmi45G1RCxVLxkDol&id=331481044571[/fbp]
Quote TerataiMelur02 3-10-2022 04:51 PM
lattehazelnut replied at 3-10-2022 04:05 PM
Dia pun ludah chewing gum mcm shila amzah..

Sejak dia kuarkan statement mcm tu iols rasa retis mmg  ...

Seeloknya berjodohan
Quote lattehazelnut 3-10-2022 04:54 PM
TerataiMelur02 replied at 3-10-2022 04:51 PM
Seeloknya berjodohan

Wow
Kalau family shila rejek mesti kne hembus vape je kang..

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.064990 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top