CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Indonesia Terlampau Kuat Makan Manis

30-9-2022 12:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1750| Komen: 19

Description: JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia mendapati sebanyak 61.27 peratus penduduk negara ini yang berusia tiga tahun ke atas mengambil minuman bergula lebih sekali pada setiap hari.
JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia mendapati sebanyak 61.27 peratus penduduk negara ini yang berusia tiga tahun ke atas mengambil minuman bergula lebih sekali pada setiap hari.


Lapor CNN Indonesia, sebanyak 30.22 peratus mengambil minuman bergula antara satu hingga enam kali setiap minggu, dan hanya 8.51 peratus mengambil minuman tersebut kurang tiga kali setiap bulan.

Ketua Pengarah Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Maxi Rein Rondonuwu memberi amaran pengambilan gula berlebihan sama ada di dalam makanan atau minuman berisiko tinggi menyebabkan masalah kesihatan seperti kandungan gula tinggi dalam darah, obesiti dan diabetes.

Gambar Hiasan


“Sudah tentu ini akan menambah beban kewangan kepada sektor kesihatan Indonesia.

“Malah, terdapat lebih lima penyebab utama kematian di negara ini berpunca akibat penyakit yang tidak berjangkit,” katanya.

Berdasarkan data kementerian, Maxi berkata, sebanyak 28.7 peratus penduduk Indonesia mengambil Gula Garam Lemak (GGL) melebihi sukatan yang dianjurkan.

Jelasnya, had pengambilan GGL sudah ditetapkan dalam Peraturan Menteri Kesihatan Nombor 30 Tahun 2013 tentang Pencantuman Informasi Kandungan Gula, Garam dan Lemak serta Makanan Siap Diproses dan Sedia Dimakan.

“Satu daripada aspek pengaturan dalam nilai gizi seperti kandungan lemak hingga gula perlu tertera pada iklan dan promosi media seperti di dalam buku menu,” katanya.

Maxi juga meminta orang ramai menjaga kesihatan diri sendiri dan keluarga supaya terhindar daripada penyakit diabetes, lemak berlebihan dan hipertensi.

“Masyarakat perlu menjaga pengambilan gula, garam dan lemak sesuai dengan syor maksimum seperti gula hanya 50 gram sehari atau bersamaan empat senduk sudu makan, garam sebanyak dua gram serta lemak hanya 67 gram,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote milo_888 30-9-2022 01:02 PM
Takpe la ramai mati pun... Rakyat banyak sangat sampai berlebihan melata sampai ke Malaysia naik tongkang...
Quote jfq 30-9-2022 01:05 PM
Edited by jfq at 30-9-2022 01:11 PM

Wartawan cari ni menjangkit ke hapa
Who cares puak2 sana makan terlebih gula
Quote green~tea 30-9-2022 01:06 PM
Ingatkan berita dari SSKJP.. rupanya dari seberang
Quote krustykrab 30-9-2022 01:07 PM
milo_888 replied at 30-9-2022 01:02 PM
Takpe la ramai mati pun... Rakyat banyak sangat sampai berlebihan melata sampai ke Malaysia naik ton ...

Salah sorg si friskies...
Quote che-cikL 30-9-2022 01:10 PM
berita caprut.jpg
Quote testly 30-9-2022 01:39 PM
Ni patut si indon friska yg buka tajuk ni.
Quote cik_sssara 30-9-2022 03:01 PM
Taktahulah ni terjadi kat semua kedai makan atau restoran diorang yang I pergi je. Kalau order teh panas, susu pekat tu dia taruk hampir separuh gelas
Quote sharlenetexas 30-9-2022 03:02 PM
cik_sssara replied at 30-9-2022 03:01 PM
Taktahulah ni terjadi kat semua kedai makan atau restoran diorang yang I pergi je. Kalau order teh p ...

Murahnya susu pekat dia boleh letak banyak2.


Quote Kitty_catz 30-9-2022 06:31 PM
mcm bibik friskisssssss
Quote ezacbee 30-9-2022 06:33 PM
Orang indon selain minum manis dorang suka makan pedas2.. Klo masak berasap 1 opis.
Quote Adrif 30-9-2022 07:30 PM
cik_sssara replied at 30-9-2022 03:01 PM
Taktahulah ni terjadi kat semua kedai makan atau restoran diorang yang I pergi je. Kalau order teh p ...

sama. haritu aku order pun gitu. serik dah nak order teh tarik lepas ni. setengah cawan dia boh susu, memang rasa susu aje, tak rasa teh tarik pun. heck, dia tak tarik langsung, I is sedih okay
kedai kitorang ada gak buat teh tarik, tapi limit 3 sudu je secawan. itupun customer minta kurang lagi.
Quote sekngucing 30-9-2022 07:40 PM
green~tea replied at 30-9-2022 01:06 PM
Ingatkan berita dari SSKJP.. rupanya dari seberang

sskjp makanan ja bnyak.manis tp konsume.makanan manis tak bnyak
Quote CikYaYaYa 30-9-2022 08:25 PM
Samaa jee kat bomi Malaysia niee. sume bendaa maniss.. Xleh blah benda yang xpatut manis pon jadi manis. if beli air mintak kurang manis ponn maniss lagii.
Quote rospinki 30-9-2022 09:55 PM
Bukakla tred byk2 tt..ni asik fiskies je bukak. Nyammmmmmpah
Quote akies 3-10-2022 08:21 PM
ada ku kesah
Friska sila bagi komen sepatah dua kata tabiat pemakanan bangsa kamu.
Apa itu benar?
Quote lattehazelnut 3-10-2022 08:29 PM
Tp diorg mmg byk minum manis utk tenaga katanye..
Mcm kontraktor or maid i tgk mmg teguk air gas awal pagi..
Quote Zack8hunter 3-10-2022 09:29 PM
tapi aku tgk org msia lbh ramai yg gundu.. how?
Quote me12345 3-10-2022 11:01 PM
Bijik cili pun sama...seram tgk sambal indon dgn biji2 cili mkn hari2..
Quote Highflyer19 3-10-2022 11:49 PM
Patutlah manis2 semua pelakon sinetron...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.065631 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top