CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafiz Hamidun Alu-Alukan Pengasas Produk Jadi Penyanyi

30-9-2022 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1186| Komen: 6

Description: Hafiz Hamidun, 38, menyambut baik tindakan mana-mana usahawan yang membantu merancakkan ekonomi industri muzik tanah air dengan memberi peluang pekerjaan kepada penggiat industri.
Hafiz Hamidun, 38, menyambut baik tindakan mana-mana usahawan yang membantu merancakkan ekonomi industri muzik tanah air dengan memberi peluang pekerjaan kepada penggiat industri.


Empunya nama sebenar, Mohammad Hafiz Hamidun berkata, tindakan usahawan berkenaan perlu diteladani agar industri seni tempatan dapat berkembang.

Foto: IG

“Sebagai komposer, saya menyambut baik usahawan seperti pengasas fesyen Muslimah tempatan, Munawwareen, Aliza Abu Bakar yang menawarkan peluang kerjasama dengan penyanyi dan komposer profesional untuk projek perniagaan mereka.

“Sebagai usahawan, mereka tahu kekuatan dalam perniagaan dan ambil maklum keperluan untuk memanfaatkan kepakaran penggiat seni dengan menggunakan komposer dan penyanyi profesional bagi mengembangkan perniagaan.


“Sebagai pekerja industri seni, saya memandang tinggi keputusan yang mereka ambil dan berharap budaya seperti ini dapat diamalkan dan dikekalkan pada masa akan datang,” katanya.



Hafiz berkata demikian ketika ditemui selepas pertunjukan fesyen koleksi Sempurnakan Hijrah Cinta keluaran Munawwareen, semalam.

Turut hadir adalah pelakon Rozita Che Wan, pengacara, Hawa Rizwana, Maria Tunku Sabri dan ramai lagi.

Hafiz berkata, dia turut mengalu-alukan mana-mana pengasas yang ingin menjadi penyanyi dalam projek kreatif untuk perniagaan mereka.


Kata Hafiz, perkara tersebut bukan kesalahan, malah merupakan pilihan individu.

“Saya tidak kritik mereka yang nak jadi penyanyi, malah saya juga bekerjasama dengan pengasas perniagaan seperti ini.



“Bagi saya, mereka cuma mahu mengikut trend semasa apabila pengasas turut menjadi penyanyi.

“Cuma, saya sangat memandang tinggi pengasas yang menggunakan khidmat pakar dengan mencari penyanyi terbaik dan komposer yang bagus untuk merealisasikan keinginan mereka,” tambahnya -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 30-9-2022 12:54 PM
Mohon repah sahut kata2 pismidun nihh
Quote akuHavocczz 30-9-2022 04:30 PM
sebab dia nyanyi pun macam tercekik biji rambutan
Quote af_mania 30-9-2022 09:55 PM
Huaryusss? M.Nasir? Hafiz Suip?
Quote Perawankota 30-9-2022 10:36 PM
Asalkan, dapat duit kan kekdahnya...
Quote DeLuna85 30-9-2022 10:45 PM
Nak panggil bekas bini nyanyi ke
Quote supernaturalee 30-9-2022 11:13 PM
Demi kelangsungan hidup
Dpd meminta2, sauk je lh ape jgk job yg dtg
Promo produk pun jd lh

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.045195 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top