CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Faizal Ismail Lulus Permohonan Tauliah JAIS, Senang Nak Bagi Ceramah Selepas Ini

30-9-2022 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 437| Komen: 1

Description: Penyampai radio dan pengacara Faizal Ismail atau FBI lulus permohonan tauliah mengajar dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Penyampai radio dan pengacara Faizal Ismail atau FBI lulus permohonan tauliah mengajar dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Ia selepas Faizal, 46, hadir bagi menjalani sesi temu duga Tauliah Mengajar dari Bahagian Pengurusan Dakwah Jais pada awal Ogos lalu.

Foto: IG

Faizal berkata, tauliah mengajar itu berkuat kuasa pada 22 September lalu hingga 30 Jun 2025.

"Alhamdulillah terima perkhabaran gembira ini di Tanah Suci Makkah. Syukur tak terhingga. Selepas melalui dua proses penilaian secara teori dan lisan, permohonan Tauliah Mengajar dari Jais lulus.



"Namun, perlu saya akui ia bukanlah satu proses yang mudah kerana kedua-dua penilaian mempunyai cabaran yang tinggi tanpa sebarang prejudis. Apa pun semuanya atas kehendak dan izin Allah SWT jua," katanya.

Menurut Faizal, dia tidak mengajar ilmu khusus dalam agama.



"Tauliah mengajar yang ditawarkan kepada saya adalah kategori D4 iaitu Motivasi-Pembangunan Insan. Jadi, saya bukanlah mengajar ilmu khusus dalam agama kerana saya juga masih perlu banyak belajar.

"Namun, kategori motivasi seperti yang tertera di dalam surat tawaran akan memudahkan pergerakan saya untuk memenuhi hajat pihak yang mahu menjemput untuk sama-sama berkongsi manfaat.




"Terima kasih tak terhingga kepada Jais atas penganugerahan tauliah ini. Jais turut menggalakkan supaya lebih ramai mereka yang mahu aktif dalam dunia dakwah agar memohon pentauliahan supaya tidak timbul perkara yang berbangkit di kemudian hari. Insya-Allah moga ini menjadi bukti sesiapa jua boleh memohon asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Perawankota 30-9-2022 10:35 PM
Meanwhile, yang lain2 yg claim mcm2 ustaz bagai tu ada tauliah tak?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.028041 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top