CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Angkara Letak Kaki Atas Dashboard- Ibu Anak Tiga Lumpuh, Hidung Patah Selepas Kemalangan

29-9-2022 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1296| Komen: 29

Description: Ada dalam kalangan kita yang suka meletakkan kaki di atas dashboard (papan pemuka) setiap kali menaiki kereta.
Ada dalam kalangan kita yang suka meletakkan kaki di atas dashboard (papan pemuka) setiap kali menaiki kereta.

Perbuatan ini biasanya dilakukan oleh mereka yang duduk di kerusi penumpang hadapan.


Kononnya nak luruskan kaki, duduk secara santai-santai, namun tahukah anda perbuatan itu sebenarnya membawa implikasi keselamatan yang besar?

Gambar Hiasan

Menurut Public Health Malaysia, perbuatan ini berbahaya dan anda mungkin cacat seumur hidup.

"Airbag (beg udara) merupakan komponen keselamatan yang boleh menyelamatkan nyawa anda ketika kemalangan. Kereta-kereta moden biasanya mempunyai airbag.


"Jika kemalangan impak dari depan, airbag dashboard akan terbuka. Seorang ibu anak tiga meletakkan kakinya di atas dashboard semasa dalam perjalanan.

Loading FB Post...

"Apabila kemalangan dari arah hadapan berlaku, airbag mengembang dan terus menolak kaki mangsa ke atas dan mengepit ke muka.

"Mangsa lumpuh selepas tulang pinggulnya patah dan terkeluar dari soket. Hidungnya patah disebabkan kepala lutut kakinya menyentuh hidung," demikian perkongsian oleh pengendali Facebook Public Health Malaysia.

Agensi keselamatan menyarankan agar orang ramai tidak meletakkan kaki di atas dashboard kerana anda mungkin mengalami perkara sama atau kepala lutut tembus ke mata. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 12-9-2022 11:19 AM
Tahniah sister.
Quote Atata 12-9-2022 11:21 AM
Pprt sgt yg suka angkat kaki kat dashboard hahahaha
Quote Highflyer19 12-9-2022 11:23 AM
Tragis…lumpuh selepas tulang pinggulnya patah dan terkeluar daripada soket. Hidungnya patah disebabkan kepala lutut kaki menyentuh hidung…
Quote Highflyer19 12-9-2022 11:24 AM
Ada jugak yg suka menjulur kaki ke luar tingkap dan keluar kepala dan separuh badan kt sunroof…mcm2 style
Quote surfin_net82 12-9-2022 11:25 AM
Letak kaki atas dashboard walau siapa pun tgh memandu mmg terpaling biadab
Quote akuMNdia 12-9-2022 11:26 AM
nampak biadap bila letak kaki kat dashboard tu.
Quote fahdramli 12-9-2022 11:27 AM
I memang tak boleh dengan orang letak kaki kat dashnoard ni, biadap nampak.. Kalau perempuan lagi biadap nampaknya... Lagi biadap kalau tumpang kereta orang
Quote ezacbee 12-9-2022 11:32 AM
Memang aku katok je kaki sapa atas dashboard. Wangi sangat ke kaki tu.
Quote Artemesiaa 12-9-2022 11:32 AM
Bukan saja membahayakan tapi nampak biadap.  Ni dah mula semula trend benarkan anak berdiri separuh badan kt sunroof bila berlaku kemalangan baru gigih nak nasihatkan orang lain.
Quote green~tea 12-9-2022 06:32 PM
tak sopan OK letak kaki kat dashboard
Quote dani-rox 12-9-2022 07:04 PM
ada satu kisah kat reddit psl pengalaman first responder kat US, si penumpang keta katanya letak kaki atas dashboard mcm tu la... lepas eksiden, dia org jumpa dah mati dlm keadaan remuk, kaki berlipat ditolak sampai cecah hidung, tulang takyah citer la abis patah riuk.
Quote Belibis 12-9-2022 07:19 PM
@ kakikudibibirmu tersenyum sinis.
Quote lattehazelnut 12-9-2022 07:26 PM
Hmmm so dia duduk posisi v? Ke seat belakang dia turunkan ke bawah?
Quote Highflyer19 12-9-2022 08:43 PM
Apapun style duduk mcm ni blh menganggu pemandu di sebelah
Quote jazaa100 12-9-2022 10:11 PM
Atata replied at 12-9-2022 11:21 AM
Pprt sgt yg suka angkat kaki kat dashboard hahahaha

Aku baru nk type ayat ni.....

Mcm tak de adab.....no manners sgt letak kaki kat dashboard, sama mcm duduk kan ank atas meja makan......aku memang tak blh brain....


Quote Gomea 12-9-2022 10:52 PM
Iols ade tgk satu video sorang mak kokosen kat tiktok dulu. Anak dia patah riuk sampai lumpuh sebab letak kaki kat dashboard macam ni lah. Kawan dia yg drive tak teruk mane pon.
Quote che-cikL 29-9-2022 11:03 AM
Berita asteruk. Tak de memori ke? Tak reti tengok tarikh? Takde function search?
LEMAHHHHH
Quote Rockafella 29-9-2022 11:17 AM
che-cikL replied at 29-9-2022 11:03 AM
Berita asteruk. Tak de memori ke? Tak reti tengok tarikh? Takde function search?
LEMAHHHHH

Bawa bertenang Encik/Cik Che-ciKL.

Walaupun Public Health Malaysia dah keluarkan isu ini tiga minggu yang lalu, tiada salahnya jika berita mengenai perkara itu disiarkan.

Penerbitan berita seperti ini boleh memberi peringatan kepada mereka yang belum mengetahui mengenai bahaya meletakkan kaki di dashboard.

Dan mungkin ada yang terdetik di hatinya pula untuk berkongsi mengenai perkara itu di feed media sosial masing-masing sebagai peringatan bersama.

Harap dapat menerima penjelasan ini ye. Terima kasih.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.052293 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top