CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Sia-Sia Alicia Amin Protes Bawa Sepanduk, Ramai Kawan Model Dah Dapat Bayaran

22-9-2022 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1781| Komen: 8

Description: Alicia Amin lega apabila usahanya membantu rakan sejawat dalam bidang peragaan berkenaan isu bayaran tertangguh akhirnya selesai.
Alicia Amin lega apabila usahanya membantu rakan sejawat dalam bidang peragaan berkenaan isu bayaran tertangguh akhirnya selesai.

Alicia berkata, seramai lapan individu yang tampil bertemu dengannya memaklumkan sudah menerima bayaran penuh selain ada yang sedang menantikan bayaran pada hujung bulan ini.

Foto: IG

“Saya rasa lega apabila perjuangan kecil terhadap model-model dalam industri fesyen akhirnya membuahkan hasil.

“Lapan individu yang datang bertemu saya sebelum ini memberitahu mereka sudah menerima bayaran penuh wang hasil titik peluh kerja mereka sebelum ini,” katanya.




Tambah Alicia, dia juga berterima kasih dengan syarikat guaman yang menawarkan khidmat mereka untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah, namun ditolak secara baik.

“Walaupun ada syarikat guaman yang menawarkan kepada saya untuk membawa isu ini di mahkamah, tetapi saya tolak dahulu kerana sudah berbincang secara baik dengan penganjur,” katanya.

Menurut Alicia, sejak insiden tersebut, dia dihujani ucapan terima kasih daripada model yang menjadi mangsa kerana menyuarakan masalah yang berlaku selain tidak berdepan isu bayaran tertangguh pada edisi Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2022 kali ini.



“Ketika saya terbabit dalam KLFW 2022, ramai model datang berjumpa dan berterima kasih kerana mereka sudah menerima bayaran pada penganjuran tahun ini.

“Walaupun saya rasa serba salah kerana pernah bekerja dengan penganjur itu, tapi saya pernah ajak mereka berbincang sebelum ini, namun tiada tindakan dibuat. Disebabkan itu, saya nekad membuat protes pada acara tersebut.

“Saya paling gembira apabila ada model dapat menggunakan duit yang dituntut dan ditunggu-tunggu selama ini untuk urusan perkahwinan mereka,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pratonton filem Rasuk.


Terdahulu, demi menuntut hak rakan dunia peragaan, Alicia atau nama sebernarnya Raja Alicia Raja Amin, 27, tampil sendirian membawa sepanduk di KLFW 2022 pada 18 Ogos lalu.

Dalam kemunculan di pusat beli belah di Bukit Bintang tempat lokasi acara berlangsung, Alicia menyuarakan desakan supaya jangan menindas peragawati dan peragawan yang sudah menyelesaikan tugas mereka.




Sekadar info, filem Rasuk turut dibintangi Ikmal Amry, Elisya Sandha, Taufiq Hanafi, Atiq Azman, Ayie Floor88, Abbas Mahmood dan ramai lagi.

Filem terbitan Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro dan Sixfun Media itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 29 September nanti. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote electricopop 22-9-2022 10:02 AM
Sian nye catwalk berhari hari x dibayar...
Quote supernaturalee 22-9-2022 10:09 AM
fight for ur right

Quote KamikuP 22-9-2022 11:03 AM
Wpon sheolls kepam busuk dan hodoh bertatoo, usha beliau utk dptkan bayaran tu meolls bagi kredit
Quote Perawankota 22-9-2022 06:57 PM
Dalam buruk orang yang kita nampak, ada je kebaikan yg dorg buat yang kita tak sedar
Quote surih07 22-9-2022 07:03 PM
Kadang nampak kepam but kudos sis!
Quote Mamajiyem 22-9-2022 07:29 PM
Teruskan membuat kebaikan..????
Quote dudaberhias 22-9-2022 07:41 PM
go go alicia... hak anda tetap lah hak anda... jangan biarkan diri di pijak2...
kejis sungguh designer2 ponen bottom tersangkak nak bayar model pun tak mampu tapi gigih nak peragakan fashion terhodoh theyols tu...

dah la klfw ni memang syok sendiri jah...
Quote telracs 22-9-2022 08:47 PM
Memula baca tajuk, Alicia bawa Senduk...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.046017 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top