CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Ketiga Lagi Empat Tahun, Elfira Loy Tengah Gigih Nak Kurus Balik

22-9-2022 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1801| Komen: 10

Description: Elfira Loy, 28, mengakui, bukan mudah untuk seseorang wanita melalui proses kehamilan dan melahirkan anak, malah ada yang berdepan peperangan mental untuk kembali mendapatkan bentuk tubuh asal selepa ...
Elfira Loy, 28, mengakui, bukan mudah untuk seseorang wanita melalui proses kehamilan dan melahirkan anak, malah ada yang berdepan peperangan mental untuk  kembali mendapatkan bentuk tubuh asal selepas bergelar ibu.


Menurut Elfira, dia bersyukur ramai yang memuji dua cahaya matanya yang comel, namun belum memikirkan perancangan untuk menambah lagi zuriat.

Foto: IG

“Kalau beranak ini macam mesin fotostat, sudah lama beranak sepuluh. Tetapi itulah, bukan senang mengandung, bersalin dan membesarkan bayi.

“Untuk anak ketiga, kalau boleh lagi empat tahun baru saya fikirkan. Tidak nampak ke mommy beriya-iya mahu kurus balik?,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.





Terdahulu, Elfira mencuri perhatian warganet di media sosial menerusi perkongsian wajah anak-anaknya di media sosial.

Memuat naik gambar anak keduanya, Nur Aria Mikayla sempena memasuki empat bulan, pelakon itu turut berkongsi perkembangan tumbesaran bayinya yang kini sudah pandai merajuk sekiranya tidak didukung.




Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak , Muhamad Rayyan Khalaf, 3, dan Nur Aria Mikayla. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 22-9-2022 10:13 AM
comel biasa2 je mcm baby lain. sbb cerah so nampak gebu laa plus chinese look. but tak payah la nak diet bagai. fokus je bf anak dulu. dah stable baru laa fokus nak kurus ke ape. lain org lain badan nye
Quote Ihateyou5 22-9-2022 10:18 AM
untunglaaa..
Quote Perawankota 22-9-2022 06:24 PM
Tapi idokla gemok terlajak kan...
Quote gekkou 22-9-2022 08:27 PM
gigi anak lelaki dia nampak sihat
dan terjaga
Quote lee_sakura 22-9-2022 08:56 PM
mungkin dah lama dia teringin pakai baju-baju lama dia
Quote dudaberhias 22-9-2022 09:15 PM
comelnya anak2 dia...
Quote Siput_Sawah 23-9-2022 08:58 AM
comey anak anak dia, bagus la ada kesedaran utk diet jgn jadi mcm segelintir acik acik gundu kat sini tak blh tgk org lain slim mula la nk kecam "tak payah la diet dulu, fokus bf dulu" apoo?? nnt kalai artis tu gundu kau org juga yg hencap ckp x reti jaga badan lepas beranak mcm artis datin suami aktor dato tu asyik kena kecam aje sbb tak reti diet.
Quote Pujangga22 23-9-2022 09:17 AM
time muda lah kena jaga badan klu tak mcm2 penyakit dpt...obesiti kolestrol last2 kena kecam kemurungan...
Quote black_handbag 23-9-2022 09:21 AM
bila pulak ko gemuk dik.. tengok kurus je tu. klu dgn lofa mcm lofa lg gumuk
Quote DianaSaksen 23-9-2022 04:07 PM
Anak perempuan El ni comel sangat
Ikut muka hubby...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.301524 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top