CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penumpang Pesawat Mengamuk Cuba Pecah Tingkap Ketika Berada Di Ruang Udara

21-9-2022 10:29 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 743| Komen: 0|Original author: Tatod

Description: Seorang lelaki menimbulkan kekecohan dalam pesawat yang dinaikinya sedang dalam perjalanan ke Dubai dalam keadaan marah cuba memecahkan tingkap kaca sekali gus merisikokan nyawa penu ...
Sumber Tribune.Com


Seorang lelaki menimbulkan kekecohan dalam pesawat yang dinaikinya sedang dalam perjalanan ke Dubai dalam keadaan marah cuba memecahkan tingkap kaca sekali gus merisikokan nyawa penumnpang lain.

Menerusi laporan Daily Star, penumpang tersebut terlebih dahulu bertikam lidah dengan seorang kru kabin yang kemudiannya diikuti pertengkaran membabitkan fizikal apabila lelaki tersebut cuba merosakkan bahagian dalam kapal.


Sebaik saja lelaki itu mula menendang tingkap kaca, penumpang lain juga mula ketakutan.

Lelaki yang dikatakan mengalami masalah mental itu tiba-tiba menumbuk dan menendang tempat duduk dalam kapal tersebut.

Dia menyerang kru kabin yang cuba menenangkannya kerana bimbang penumpang lain panik melihat adegan tersebut.


Selepas bergelut dengan lelaki tersebut, kru kabin berjaya menahan penumpang itu dengan mengikat tangan dan kakinya. 

Kru kabin turut memaklumkan kejadian itu kepada juruterbang yang seterusnya menghubungi pengawal trafik udara dan meminta bantuan keselamatan.

Sebaik saja mendarat, penumpang diiringi keluar daripada pesawat dan diserahkan kepada anggota keselamatan di lapangan terbang Dubai. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.033073 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top