CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tujuh Tahun Jadikan Anak Hamba Seks- Bapa Dipenjara 426 Tahun, 240 Sebatan

20-9-2022 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3278| Komen: 62

Description: MELAKA – Tindakan tidak berperikemanusiaan seorang lelaki menjadikan dua anak kandungnya sebagai hamba seks selama tujuh tahun berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara 426 tahun dan 240 sebatan oleh ...
MELAKA – Tindakan tidak berperikemanusiaan seorang lelaki menjadikan dua anak kandungnya sebagai hamba seks selama tujuh tahun berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara 426 tahun dan 240 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini.


Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 56 tahun yang membuat pengakuan bersalah ke atas 28 pertuduhan membabitkan kesalahan merogol, melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai penyelia syarikat pelaburan telah melakukan perbuatan itu di kediamannya di dalam daerah Melaka tengah selepas kedua-dua mangsa mencecah usia 12 tahun.


Foto: Kosmo


Tertuduh turut menggunakan alat mainan seks terhadap mangsa selain berani melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya berada di rumah.

Perbuatan itu terbongkar selepas isterinya melihat tertuduh sedang merogol anak keduanya dalam sebuah bilik pada 5 September lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari memohon hukuman berat dengan tempoh pengasingan yang lama dikenakan terhadap tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar mahkamah mengambil kira keadaan kesihatannya yang merosot selain telah insaf dan mendakwa keluarganya sudah memaafkan perbuatannya.

Selepas mempertimbangkan pengakuan bersalah dan rayuan tertuduh, fakta kes, keterangan impak mangsa serta hujah pendakwaan, Nariman menjatuhkan hukuman penjara keseluruhan selama 426 tahun dan 240 sebatan terhadap tertuduh.

Beliau bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara itu berjalan secara serentak dan berperingkat dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 18 September 2022, sekali gus menjadikan hukuman penjara dijalani selama 45 tahun dan maksimum 24 sebatan.

Sementara itu, dalam prosiding berasingan, tertuduh dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret kerana mengugut untuk membunuh isteri dan anak-anaknya.

Majistret Mazana Sinin mengarahkan hukuman tersebut berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamaazim 20-9-2022 04:45 PM
Ya Allah, hari ni baru 20hb, wife buat report 5hb pas tu ko kata dah insaf.. padahal ko rogol anak ko tu bertahun2 tak insaf .. baru beberapa hari kena tngkap terus insaf...
Quote azimodin 20-9-2022 04:46 PM
Harapnya ada la yg pedajal lumur garam kasar kat bontot pesalah ni lepas kena sebat. Aku geram betul la duit taxpayer digunakan untuk bagi makan kat banduan takgune camni. Membazir betul.
Cepat2 la bontot dia kena rodok
Quote renko 20-9-2022 04:49 PM
dr buang masa penjara lama2
bunuh jela si sial ni
Quote makiting 20-9-2022 04:49 PM
Kann.. tetiba kata keluarga maafkan.. gila apa.. anak suka ke kena rogol mcm tu sampai blh maafkan..

Masakkk la ko dok dlm sel tu sampai reput
Quote rikiruj 20-9-2022 04:58 PM
Gila mamat ninmemng patut dihukum seberat2 nya tapi cepatnya jatuh hukum 5hb kantaoi, 20hb dah jatuh hukuman..
Quote heywana 20-9-2022 05:00 PM
elok bunuh je org mcmni pastu bg anjing makan. tak guna betul!
Quote Skuau 20-9-2022 05:03 PM
renko replied at 20-9-2022 04:49 PM
dr buang masa penjara lama2
bunuh jela si sial ni


kan...yg cam ni baru t20 boleh meroyan guling atas jln.."ko perabeh duit tax kami"
Quote ulamalu 20-9-2022 05:05 PM
"Perbuatan itu terbongkar selepas isterinya melihat tertuduh sedang merogol anak keduanya dalam sebuah bilik pada 5 September 2022."

Gila lah.
Quote shernazz 20-9-2022 05:06 PM
Ppandai2 je buat andaian.family dah.maafkan..
Entah2 depa.mendoakan yang buruk2.utk ko sebab aniaya fanily.sundiri..
Iols harap dia membusuk dalam.jail.tu
Quote manehnya 20-9-2022 05:07 PM
ptut kena sebat kt koteh
Quote naina 20-9-2022 05:10 PM
ulamalu replied at 20-9-2022 05:05 PM
"Perbuatan itu terbongkar selepas isterinya melihat tertuduh sedang merogol anak keduanya dalam sebu ...

Hancur hati maknya..apa la perasaan anak2 dia masa kena rogol. Bapak durjana. Semoga mereka tidak jumpa lagi terus mati kat penjara sana.
Quote Drmu 20-9-2022 05:10 PM
Nauzubillahiminzalik.

Geram pulk iols. Speechless btul dgn spesis perangai jahiliah mcm ni. Hrp ank dia kuat lah..

Quote naina 20-9-2022 05:11 PM
Tapi hukuman ni jatuh terus ya. Cepat proses. Sebab tertuduh mengaku bersalah eh
Quote awanearisu 20-9-2022 05:13 PM
Semoga anak-anak beliau mendapat bantuan dan rawatan yanh diperlukan. Dan diberikan ketenangan dari makhluk yang hina ini.
Quote pu3_rania 20-9-2022 05:16 PM
Alhamdulillah
Sujud syukur aku ke hadrat mu Ya Allah
Ya Rahman Ya Rahim Ya Latif Ya Wadud
Sebelum ni masa baca kisah si jahanam ni di thread lagi satu buat aku kemurungan dengan kekejaman si bangsat 'Haruan Makan Anak' ni
Quote rosedemon 20-9-2022 06:33 PM
pueh hati aku baca
Quote kongmalikong 20-9-2022 06:59 PM
sakitnya hati baca.
Quote JunkMail 20-9-2022 07:03 PM
azimodin replied at 20-9-2022 04:46 PM
Harapnya ada la yg pedajal lumur garam kasar kat bontot pesalah ni lepas kena sebat. Aku geram betul ...

Lumur garam buat apa.. curah asid hidroklorik je lah dalam jubo babi ni.
Quote selipar_hijau 20-9-2022 07:04 PM
Sial gile perangai aku harap dia mampos dalam penjara. Harap banduan lain buat kerja setelkan je si tua ni

Lihat semua komen(62)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-10-2022 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.081900 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top