CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ayda Jebat Tak Nak Tahu Siapa Pelakon Baharu Yang Memburukkan Namanya

17-9-2022 04:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4223| Komen: 19|Original author: Tatod

Description: Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat, enggan mengambil tahu mengenai identiti pelakon baharu sedang meningkat naik yang bertindak memburukkan namanya kepada individu lain.
Sumber IG


Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat, enggan mengambil tahu mengenai identiti pelakon baharu sedang meningkat naik yang bertindak memburukkan namanya kepada individu lain.

Menerusi laporan Harian Metro, Ayda berkata, dia berharap aktres tersebut bersikap profesional dan tampil bersemuka dengannya sekiranya ada perkara yang tidak memuaskan hatinya.

"Saya tak tahu dan tak nak ambil tahu. Bagi saya, kalau tak puas hati, cakap depan-depan.


"Mungkin dia tiada niat nak bercerita tapi bila bercakap dengan rakan-rakan artis menyebabkan perkara ini tersebar dan mengeruhkan lagi keadaan," katanya.


Ayda berkata sedemikian menerusi program Melodi di TV3 ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai isu namanya diburukkan oleh seorang artis wanita meningkat naik yang dikatakan mempersoalkan kejayaannya dalam industri seni.

Katanya lagi, artis tersebut tidak perlu menjatuhkan dan mempunyai sifat dengki dengan kejayaan orang lain malah sepatutnya dijadikan sebagai inspirasi.

Menurut Ayda, kejadian seumpama itu bukanlah kali pertama. Sebelum ini, namanya pernah disenarai hitam tanpa sebab oleh sebuah syarikat produksi tanpa sebab.


"Sebenarnya, dari dulu lagi saya kurang disenangi oleh segelintir artis dan tidak menjadi masalah untuk saya.

"Salah satu sebab saya tak ramai kawan artis pun sebab perkara sebegini. Bila depan suka tapi belakang dia buruk-burukkan. Saya hanya berkawan dengan artis bila berkaitan kerja saja. Tiada yang saya keluar lepak makan bersama-sama. Kalau ada pun betul-betul ikhlas dan baik.

"Saya pernah dihubungi oleh penerbit dan pengarah yang memaklumkan nama sana disenarai hitam tanpa usul periksa. Bila saya dapat tahu rupanya ada pelakon yang burukkan nama sehingga saya berjumpa dengan  pelakon itu. Perkara sebegini bukan sekali dua berlaku," katanya yang baru sahaja melancarkan lagu baharu. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tembikaigoreng 17-9-2022 11:16 PM
Rasanya macam jarang dah nmpk dia tak berlakon... Ke daku yg xhapdet LOL
Quote AcikBuncit 17-9-2022 11:54 PM
Jendulnya si nabil tu.. Dh mcm tampal rmbut palsu. Spe yg sakit hati ngn ayda tu.. Msti sbb dia anak emas js picture kan..
Quote doubleA 17-9-2022 11:57 PM
Biorlah asal ko cukup makan pakai job bersepah juga dan happy dengan family. Banyak je job dia kan duta lazada la watson bagai. Tak payah kerja macam lembu pun boleh jadi taitai ok what aydamataris
Quote eyansss 18-9-2022 12:41 AM
doubleA: Biorlah asal ko cukup makan pakai job bersepah juga dan happy dengan family. Banyak je job dia kan duta lazada la watson bagai. Tak payah kerja macam  ...


nak jqdi taitai camne kalau yang kaya tu mertua…  hahaha…
Quote kaedahnya 18-9-2022 07:03 PM
kena blacklist ngan maikel ang ang ang & astro ke?
tapi kan, takkanla orang nak gam tanpa usul periksa?
entahlah dik.
Quote LadyCarefree 18-9-2022 09:12 PM
kaedahnya replied at 18-9-2022 06:03 PM
kena blacklist ngan maikel ang ang ang & astro ke?
tapi kan, takkanla orang nak gam tanpa usul perik ...

Blacklisted based on orang cakap? Pelik juga.

Quote Diamondmoney 18-9-2022 09:33 PM
Aku ok je dgn aj.  Dia pun jenis takde la pandang rendah kt fans. Mesra alam lg

Asalkn ko bkn penunggang agama ok la kan
Quote Pujangga22 19-9-2022 12:19 AM
Dia ni kira ok la tak sebok hal org...jgn ada yg cr pasal ngn dia jer lah
Quote Fazsemput 19-9-2022 12:23 AM
Selepas munculnya seripah ros. Mawar. Nabila..dan seangkatan.. Sis rasa lakonan aj OK la
Quote incess.my 19-9-2022 01:07 AM
AJ dah boleh dok umah siap2. Skrg era ana jobling
Quote prince_marhaen 19-9-2022 11:14 AM
meols love AJ, fun, humble, meriah, mesra, tapi bila ngan laki dia si nabil terencat takde sideburn tu meols terus rengsek.... rengek serengseknya tengok mamat macam terencat tu..dengan muka buat-buat tolol dia tu..
Quote TomyamPuteh 19-9-2022 11:22 AM
Si Ayda ni jenis genuine. Dia tak fake. Bukan talam dua muka. Aku suka dia.
Quote jijilaaa 19-9-2022 12:06 PM
sejak ada anak ni and cyst ada cucu sendiri..dah jarang ep aj g ghumah cyst...
Quote kaedahnya 19-9-2022 04:48 PM
LadyCarefree replied at 18-9-2022 09:12 PM
Blacklisted based on orang cakap? Pelik juga.

kesian jugak kena gam just sebab cakap cakap orang.
tapi tu la kalau tak mesraahh & manjahh ngan co-star cemana nak kerjanya.
apapun job dia yang lenlain masyuk jahh.
Quote BoongaKertas 20-9-2022 08:19 AM
dlm friendly sheols ni pun ada org tak suka kan. meleis and busuk hati tak dapat dipisahkan.
Quote anilanil 20-9-2022 09:08 AM
Buat hal sendiri la AJ. Ko bukannya kayu kayan. Berlakon ok, nyanyi ok, pandai main alat muzik, pandai ckp mandarin. Ko try buat lagu cina & berlakon drama/film cina pulak. Niche market.
Quote bottombikini 20-9-2022 10:59 AM
ramai followers dia 5juta

btw mertua dia sape yg kaya sangat tu
Quote pembacagosip 20-9-2022 11:19 AM
jijilaaa replied at 19-9-2022 12:06 PM
sejak ada anak ni and cyst ada cucu sendiri..dah jarang ep aj g ghumah cyst...

I rasa OZlin tu pun dah jarang g rumah sis
sebab sis dok sedap ulit cucu
walaupun dulu OZ kata anak dia cucu sis
Quote makton 20-9-2022 11:50 AM
duduk rumah je la ayda. jaga anak & laki. takyah berlakon. netizen pun takde rugi ape pun klu ko tak berlakon

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.256843 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top