Sumber IG
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat, enggan mengambil tahu mengenai identiti pelakon baharu sedang meningkat naik yang bertindak memburukkan namanya kepada individu lain.
Menerusi laporan Harian Metro, Ayda berkata, dia berharap aktres tersebut bersikap profesional dan tampil bersemuka dengannya sekiranya ada perkara yang tidak memuaskan hatinya.
"Saya tak tahu dan tak nak ambil tahu. Bagi saya, kalau tak puas hati, cakap depan-depan.
"Mungkin dia tiada niat nak bercerita tapi bila bercakap dengan rakan-rakan artis menyebabkan perkara ini tersebar dan mengeruhkan lagi keadaan," katanya.
Ayda berkata sedemikian menerusi program Melodi di TV3 ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai isu namanya diburukkan oleh seorang artis wanita meningkat naik yang dikatakan mempersoalkan kejayaannya dalam industri seni.
Katanya lagi, artis tersebut tidak perlu menjatuhkan dan mempunyai sifat dengki dengan kejayaan orang lain malah sepatutnya dijadikan sebagai inspirasi.
Menurut Ayda, kejadian seumpama itu bukanlah kali pertama. Sebelum ini, namanya pernah disenarai hitam tanpa sebab oleh sebuah syarikat produksi tanpa sebab.
"Sebenarnya, dari dulu lagi saya kurang disenangi oleh segelintir artis dan tidak menjadi masalah untuk saya.
"Salah satu sebab saya tak ramai kawan artis pun sebab perkara sebegini. Bila depan suka tapi belakang dia buruk-burukkan. Saya hanya berkawan dengan artis bila berkaitan kerja saja. Tiada yang saya keluar lepak makan bersama-sama. Kalau ada pun betul-betul ikhlas dan baik.
"Saya pernah dihubungi oleh penerbit dan pengarah yang memaklumkan nama sana disenarai hitam tanpa usul periksa. Bila saya dapat tahu rupanya ada pelakon yang burukkan nama sehingga saya berjumpa dengan pelakon itu. Perkara sebegini bukan sekali dua berlaku," katanya yang baru sahaja melancarkan lagu baharu. - CARI
|