CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Mahal Ke? Rasa Macam Okey Je' - Noraniza Idris Kata Harga Tiket Konsert Mahal Sikit Je

25-8-2022 11:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7360| Komen: 71

Description: "Mahal? Rasa macam okey je."
"Mahal? Rasa macam okey je."

Noraniza Idris, 54, menjelaskan bahawa harga tiket konsert Malai Solo tidak mahal seperti didakwa netizen.


Malah, penyanyi itu menganggap harga tiket konsert yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 21 hingga 23 Oktober ini berbaloi terutama dalam mengambil kira kualiti persembahan yang akan dipersembahkan.


IG Noraniza Idris

“Mahal ke? Saya rasa macam okey kerana ada buat rujukan harga tiket konsert sebelum ini. Harga-harga tiket biasanya RM250 hingga RM1100. Saya cuma tambah sedikit saja daripada harga yang pernah diletakkan penyanyi lain.


“Lagipun nilai yang ditetapkan saya berbaloi dengan persembahan yang dijanjikan kerana saya menggunakan pengarah, pemuzik dan penari profesional serta teknologi terkini untuk memeriahkan lagi persembahan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Noraniza berkata demikian semasa pada sidang media konsert Malai Solo yang diadakan di Istana Budaya, kelmarin.

Noraniza juga dengan penuh syukur mengumumkan dana sebanyak RM3 juta yang diterimanya daripada sebuah syarikat hartanah tempatan.

“Alhamdulillah, saya lega apabila dana ini dapat menampung kos keseluruhan konsert ini. Pun begitu, saya masih mengalu-alukan penaja lain untuk membiayai konsert ini,” katanya.



Difahamkan, konsert dua jam anjuran NIPV Management Sdn Bhd ini akan menyaksikan persembahan 24 lagu termasuk medley merangkumi lagu Irama Malaysia dan etnik kreatif.

Tiket yang dijual sejak 19 Ogos lalu boleh didapati pada harga RM299 hingga RM1599.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Racurve 24-8-2022 02:42 PM
Quote Racurve 24-8-2022 02:43 PM
Quote Racurve 24-8-2022 02:43 PM
Quote Racurve 24-8-2022 02:43 PM
Quote Racurve 24-8-2022 02:43 PM
Quote Racurve 24-8-2022 02:44 PM
Quote Racurve 24-8-2022 02:44 PM
[youtube]ecQvFh_6ekU[/youtube]
Quote Racurve 24-8-2022 02:47 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/Cg2ekwMhcfX/[/ig]
Quote Racurve 24-8-2022 02:48 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/Cg2cQI7B4Zo/[/ig]

Quote Racurve 24-8-2022 02:51 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/Choa5XEBpjZ/[/ig]
Quote ellZack 24-8-2022 02:58 PM
Kalau konsert fully sponsored, duit jual tiket 100%dapat dekat artis?
Quote voiceofreason 24-8-2022 04:00 PM
Nampak gayanya, lepas pandemik ni artis2 Malaysia seolah-olah berlumba-lumba siapa boleh buat konsert dengan harga tiket paling mahal. Aina Bendol, the Zain siblings, dan giliran dia ni pula. Taulah dia ni kira ratu musik nusantara/ Irama Malaysia, tapi sepadan ke harga tiket tu dengan penampilan dan kualiti persembahan dia nanti? Last aku tengok nia ni dalam MV Intan Payung, rupa dah macam buah nangka montel dalam karung guni tergolek-golek. Satu lagi, cakap dah dapat tajaan RM3 juta untuk cover semua kos, tapi masih juga letak harga mahal dan masih cari penaja lain. Tak tamak ke namanya tu?
Quote dekmieDandy 24-8-2022 04:03 PM
Edited by dekmieDandy at 24-8-2022 04:58 PM

dah dapat sponsor patut boleh kurangkan dah harga tiket

dengar ramly ms jadi music director tu buat iolls agak interested jugak nak gi

tapi.....

tunggu hari kejadian la, mane tahu ada sales kan

btw semalam selamba je orang dia claim first konsert solo irama tradisional, walaupun tokti dah pernah buat kat tempat sama tahun 2013
Quote supernaturalee 24-8-2022 04:10 PM

omg....nyanyian happy birthday kak aniiiimarilyn monroe nyanyi lagi sedap tau yg kt jfk tu

mcm ni nk cas tiket mhl2
adoi laaaa





Quote supernaturalee 24-8-2022 04:17 PM
dekmieDandy replied at 24-8-2022 04:03 PM
dah dapat sponsor patut boleh kurangkan dah harga tiket

dengar ramly ms jadi music director tu buat ...

tokram pengarah muzik ea
wow

produser konsert gibam tu pnh buat ajl rsnya
thn bila x igt

2 org ni kira promising jgk
i believe penari pun sure tip top
plus kostum, props, lughting, sounds

tgl lagi yg menjadi perdebatan, vokal kak ani
24 lagu x termasuk medley
haiyo blh pegi ke kak



Quote izat123 24-8-2022 04:17 PM
Letak lah mahal mana pun nak letak. Harga ni nak letak 10k satu tiket pun boleh tapi ada ke yang nak pergi? Tiket Aina Abdul hari tu pun tak habis kan hujung hujung katanya ada diskaun. Tiket konsert Fazura tu pun sendu je jualan mesti penganjur dah expect laju macam tiket Dewa 19 sejam dah sold out.
Quote dekmieDandy 24-8-2022 05:00 PM

itular, tokti punya konsert dulu pun, hari ketiga katanya suara dah start serak (walaupun masih sedap). ni waktu umur early 30's yeee.

nek ani ni, tak sure la camne nanti.

ke 20 lagu jadi medley, 4 lagu je penuh ke kan

Quote Parit.Hilton 24-8-2022 05:05 PM

si fedtri tu pun tak tahan gelak dengaq nek ani nyanyi lagu pibeday
Quote Racurve 24-8-2022 05:09 PM
Parit.Hilton replied at 24-8-2022 09:05 AM
si fedtri tu pun tak tahan gelak dengaq nek ani nyanyi lagu pibeday

ning terpeleot tersenyum sinis

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.078302 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top