CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KPDNHEP Sahkan Peniaga Nasi Ayam Dan Itik Tak Salah

17-8-2022 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3355| Komen: 31

Description: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan peniaga nasi ayam dan itik di Pulau Pinang yang tular baru-baru ini tidak melakukan kesalahan di bawah bidang kuasa ke ...
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan peniaga nasi ayam dan itik di Pulau Pinang yang tular baru-baru ini tidak melakukan kesalahan di bawah bidang kuasa kementerian tersebut.


Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, ini kerana peniaga itu tidak pernah menyatakan sebarang status halal perniagaannya.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid bersama Pengarah KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin (dua kanan) dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Antarabangsa Loob Holdings Sdn Bhd, Bryan Yeow (dua kiri) bergambar sambil menunjukkan kopi pada Program Kempen Kopi Merdeka bersama Tealive di Pavilion Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 OGOS 2022.


“Kita dah hubungi KPDNHEP Pulau Pinang, apa yang kita dapati bahawa tiada apa-apa kesalahan dilakukan peniaga tersebut cuma isunya adalah bab halal.

“Dalam hal ini, jika dia tulis (nyatakan) barang disediakan adalah halal, tapi tiada pun logo halal maka itu barulah menjadi kesalahan,” katanya selepas merasmikan Kempen Kopi Merdeka, di sini, hari ini.

Semalam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) menjalankan siasatan berhubung dakwaan peniaga nasi ayam di Sungai Ara, Bayan Lepas yang dipercayai mendapatkan bekalan daripada peniaga bukan Islam.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi dua minit 39 saat yang menunjukkan peniaga nasi ayam dan itik Muslim di situ menyerahkan perkakasan nasi serta bahan hidangan di premis mereka kepada sebuah premis bukan Islam.

Susulan itu, satu video dimuat naik di Facebook oleh peniaga terbabit yang mendakwa mereka hanya mencuci perkakasan di premis bukan Islam itu.

Menurut Rosol, perkara itu menjadi kesalahan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

“Bagi bab halal ini sebenarnya tertakluk di bawah Jakim. Cuma ia menjadi tanggungjawab pengguna untuk pilih yang halal dan perlu peka dengan tempat yang halal. Kalau ada logo halal, barulah beli,” katanya. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 17-8-2022 05:06 PM
hahha kena balik setepek kat ummah tak cakna halal haram, ko sendiri yg terlalu husnuzon asal penjual melayu isele jah mesti halal mknn yg dia jual
Quote ezacbee 17-8-2022 05:09 PM
Dengar je kedai jual babi golek mengelupur. Ramai je yg makan kedai cina walaupun xde logo halal.
Quote Artemesiaa 17-8-2022 05:11 PM
Sebab tu jadi pengguna bijak hati2 bila nak beli jangan mudah tertipu dengan penampilan
Quote Nurul8001 17-8-2022 05:46 PM
Ntah siapa yang salahhhhh, ku tak tau.
Quote umbut 17-8-2022 05:50 PM
Makan jelah..yg penting xda babi..kat mall ko cekik macam2 kedai leh pulak
Quote Decaffeinated 17-8-2022 06:11 PM
Artikel C minus.

tak tahu hujung pangkal punca masalah.

Quote makadek 17-8-2022 06:14 PM
Tmpt aku bersepah memakcik pepakcik penduduk asal ngeteh kedai kupi cinaaa ilex
Je makan roti bakar telur separa ,kupi
Yg memuda p res hipster cina sah2 dpn ade tanglong astu singa2 takdak cop halal
1 mesia kan
Quote swimswim 18-8-2022 02:24 AM
Inb4 pau yik mun
Quote FOTHER-MUCKER 18-8-2022 02:55 AM
Penjelasan dari mereka!

[fbvlink]https://fb.watch/eYYJL73j2Y/[/fbvlink]
Quote Redskin 18-8-2022 09:18 AM
Mmg la tak salah dari segi penjualan.

Masalahnya budak badigol ni amik makanan
dari kedai Cina yg tiada status Halal. Kalo
kedai Cina tu ada Sijil Halal...Tiada Masalah.

Ini org sana suma tahu kedai Cina tu ada
masakan babi dan budak2 badigol ni amik
makanan masakan Cina tu jual kat org2 Melayu.

Mmg bangsat la budak2 ni tak tahu hukum halal haram memperdayakan org2 Islam di Penang.

Harap Jakim amik tindakan tegas. Kalo org Melayu yg menjual makanan, sah2 ler pembeli muslim pasti sangka ianya halal.
Makcik melayu yg menjual nasi lemak, kuih2 dan masakan melayu di pasar2 malam tiada pong pamer sijil halal tapi kita yakin Halal sebab org Melayu yg menjual.

Disini kesalahan budak2 tu memperdayakan org2 Islam dgn menjual makanan yg tiada sijil Halal diambik dari kedai Cina yg ramai tahu ada masakan babi disitu.

Aku sokong kalo Jakim ambik tindakan tegas
kalau terbukti budak2 ni memperdayakan org2 muslim.
Quote johan-adx 18-8-2022 09:22 AM
dari dlu lg ugamawan perjuangkan kena ada jgk logo haram..senyap membisu
Quote nonarona 18-8-2022 10:59 AM
masaalah problem nye knape nak hntr basuh perkakas kat kedai cina, rmh sendiri takde bekalan air ke, lg satu kt nye klu mkanan tak habis diaorg bg kedai tu, knape tak sedekah kat kwn2 seislam yg lain...sah2 kedai cina tu pun jual benda yg sama
Quote Decaffeinated 18-8-2022 11:09 AM
Bagus juga ada kes macam ni. Lepas ni sila wajibkan semua peniaga melayu display logo halal jakim. Kita tengok berapa ramai yang fail.

Quote Mini.Me 18-8-2022 04:44 PM
Terang² kedai cina tu jual babi siap bergantung lagi...mau tak gelepor...euwww jijiks
Quote gigahertz 19-8-2022 01:09 AM
Artemesiaa: Sebab tu jadi pengguna bijak hati2 bila nak beli jangan mudah tertipu dengan penampilan

dulu kan kat FB ada la cafe tu nama dia Amoi Cafe kat Selayang.
cam biasa la ada imej perempuan tudung kat papan iklan
sekali kantoi bila ada orang follow diorang punya truck tu
tengok tengok berhenti kat Fat Cina steambot
bila dah viral. Owner cafe tu dok menafikan.
tak lama lepas tu elok pulak cafe amoi tutup.
pastu eh cafe tu dah hilang ????
Quote Orenn1 19-8-2022 01:17 AM
umbut replied at 17-8-2022 05:50 PM
Makan jelah..yg penting xda babi..kat mall ko cekik macam2 kedai leh pulak

Kalo pegi oversea pakat2 masuk minum makan croissant kat cafe mat salleh blh pulak, mat salleh pun makan babi bacon bagaiii, kedaii cina saja menggelupporrr lol
Quote sharlenetexas 19-8-2022 01:20 AM
gigahertz replied at 19-8-2022 01:09 AM
dulu kan kat FB ada la cafe tu nama dia Amoi Cafe kat Selayang.
cam biasa la ada imej perempuan tud ...

Tudung juga yg dipergunakan utk mengelirukan orang.

Quote she 19-8-2022 05:26 AM
Macik suka nasi ayam Chee Meng dengan nasi itik kat foodcourt MV

Nyiammmmm sedap hahahahahaha
Quote dua_chzy 19-8-2022 05:31 AM
Bijak juga la adik ni kan. Senangnya sheol terlepas. So yang dah termakan tu kasik salah diri sundri ja la sebab nampak tudong, yakin halal.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.057131 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top