CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Hitam, Tak Segar! Ramai Keracunan Makan Oyster Viral RM6 Di Food Court- Tiktoker Dihentam Sebab Reviu Tak Jujur?

17-8-2022 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5875| Komen: 74

Description: "Berwarna coklat dan tak fresh (segar)."
"Berwarna coklat dan tak fresh (segar)."

Begitulah pandangan yang diberikan kebanyakan warganet mengenai tiram (oyster) mentah yang dinikmati seorang pengguna TikTok @lianausm95 yang terkenal kerana sering membuat reviu makanan.


Foto: Tiktok

Menerusi video reviu makanan yang dimuat naik wanita itu, dia memperkenalkan kedai menjual kerang bakar dan oyster di sebuah medan selera yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Seperti dimaklumkan dalam video tersebut, harga bagi seekor tiram adalah RM6 dengan anggaran 'saiz lebih besar daripada muka saya', sekali gus membuatkan ramai tertarik untuk mencuba sendiri makanan laut itu.


Bagaimanapun, tanpa diduga ramai pula berkongsi pengalaman buruk mereka selepas makan tiram di kedai tersebut pada ruangan komen posting video itu.



Semakan mStar mendapati warga maya memberitahu bahawa mereka terkena keracunan makanan selepas makan oyster di kedai sama.

"Aiyo, sekarang dah viral orang sakit perut lepas makan oyster yang anda review.

"Oh yang ni ke oyster yang ada orang makan jadi food poisoning tu?

"Datang 'sini' lepas tengok akak sorang tu sakit perut.

"Ada pelanggan keracunan makan oyster ni, macam mana tu?," demikian antara komen netizen pada video yang dikongsi.

Sementara itu, TikToker yang membuat reviu tersebut yang dikenali sebagai Liana menerusi akaun Twitternya menafikan tuduhan bahawa dia turut terkena keracunan makanan selepas makan di gerai tersebut.

Dia yang turut dikecam kerana membuat reviu tiram mentah tampil menjelaskan bahawa dia tidak mengalami masalah keracunan makanan seperti didakwa di Twitter dan ia merupakan satu fitnah.



Jelasnya, dia sudah membuat semakan mengenai tahap kebersihan gerai makan itu sebelum membuat reviu.

"Setahu saya, tak pernah kena keracunan makanan sebab pergi gerai tu dan kami periksa dahulu tempat tu sebelum ni. Ia bersih sebersihnya. Lagi satu, tolong buat kaji selidik.

"Ada beberapa jenis tiram di Malaysia dengan ciri tersendiri seperti bau, bentuk, saiz dan warna bergantung kepada di mana ia dijumpai dan hidup. Sama macam manusia, ada yang putih, gelap sedikit dan gelap," tegasnya dalam satu bebenang di Twitter.

Perkara ini mula dibangkitkan di laman Twitter oleh seorang individu.

"Semalam saya nampak Liana punya TikTok, dia review oyster besar nak mampos dekat satu kedai ni.

"Lepas tu hari ni saya nampak ada TikTok yang kata dia kena keracunan sebab makan situ. Kemudian, baca komen semua yang makan situ pun sama kena food poisoning," jelasnya pada ciapan asal.

Katanya, setelah melihat video seorang pelayar yang mendakwa mengalami keracunan makanan selepas makan oyster itu, dia mencadangkan supaya 'mangsa' membuat laporan terhadap pihak berwajib kerana isu ini serius dan boleh menyebabkan kematian.

"Kalau begitu kesnya, saya rasa orang ramai patut buat laporan berkenaan kedai tu kepada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) sebab ini masalah serius dan boleh bawa maut.

"Sesiapa yang pernah makan sana dan kena food poisoning baik lapor dekat KKM fasal ni segera! Dan Liana perlu bertanggungjawab dengan reviu dia. Hal ini adalah serius dan orang boleh mati daripada makan tiram ini!," ujarnya lagi.

Dalam pada itu pengguna di Twitter turut mendakwa tiram yang dijual di medan selera itu tidak segar kerana berwarna seakan-akan coklat (lebam).

Seorang pelayar lain turut memuat naik sekeping gambar menunjukkan oyster yang dihidangkan oleh kedai viral itu.

Berikutan hantaran yang menjadi tular, rata-rata warganet bersetuju dan mula memberikan pandangan masing-masing di ruangan komen.

"Kenapa lebam oyster dia. Macam tea bag tak ada bau hanyir ke masa makan.

"So sekarang ni Liana tu reviu tak jujur atau dia memang tak kenal oyster tak elok dengan yang elok?

"Kawan saya pergi Sabtu hari tu pun dia cakap tak fresh juga. Beratur dua jam dia cakap. Lepas tu dapat oyster pula tak fresh. First and last dia cakap pergi situ. Tak berbaloi langsung," ujar netizen di ruangan komen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 17-8-2022 03:59 PM
oo patutla ada nampak ummah post perbezaan oyster fresh (warna terang) vs oyster tak fresh (warna gelap) kat twitter. Sedap ke nyah makanan level kayangan ni? sekali makan terus jadi cantik ke? tiber
Quote Friska 17-8-2022 04:05 PM
Bisa jadi oyster frozen ini, impor dari Indonesia khususnya Medan. Ndak cocok buat makan mentah, karena proses defrostnya aja bikin rusak itu oyster.
Quote kucingitam 17-8-2022 04:28 PM
teringat ms gi france, malam sebelum balik tu gi makan dgn boss, dia belanja oyster. memula nak makan lepas tu teringat la plak scene mr bean makan oyster pastu sakit perut..terus aku kensel. esok nak balik dah, satgi sakit perut dlm kapal terbang, mampus  aku 13 jam ulang alik toilet je nanti..
Quote eragon 17-8-2022 04:33 PM
Remind me of Mr. Bean
Quote KIM.K 17-8-2022 04:36 PM
Salmonella ke botulism
Quote c===8 17-8-2022 04:37 PM
kat fb buffet otel acik2 kepams mesti tanya ada oyster tak? serupa jakun aje
Quote buragazz 17-8-2022 04:40 PM
yang fresh baru tangkap pun aku tak makan.. ini kan pulak yang dah bighat macam tu...
Quote makadek 17-8-2022 04:42 PM
No tq ah aku nk makan segala maknika raw ni
Quote kikuri 17-8-2022 04:42 PM
patutlah geng T20 dok kecam org makan oyster murah... baru aku paham. tapi aku tak makan la oyster murah ke mahal ke..fresh ke tak fresh ke...
Quote Artemesiaa 17-8-2022 04:45 PM
Bila bukan pakar oyster bagi review macam tu ler hasilnya sendiri pun baru first time cuba kot segalanya demi content
Quote alesandra 17-8-2022 05:04 PM
Apa rase oyster ni? mcm kerang, lala ke?
Quote anony-mous 17-8-2022 05:06 PM
kikuri: patutlah geng T20 dok kecam or ...


Ada sbb diaorang berkata2. Xpdn dgn b40, buat la cara b40.
Quote Carcosa 17-8-2022 05:11 PM
Bila org persoalkan kebersihan dgn keselamatan mkn oyster murah mentah ni, and sushi tepi jalan terbukak terkangkang kiap, ko kata kita2 ni busuk hati. Kata, kitorang sebok. Yelah, korang nak jgk merasa katanya. Ada sebab kenapa oyster tu mahal. Handling dia mcmana, storage dia mcmana. Bila org question, dia kata kita busuk hati.
Hah ambik ko. Cerry berry berlarry larry berhary hary ke tandasyyy
Quote cikdot 17-8-2022 05:12 PM
aku pernah makan 2 kali kat sini. mentah & masak. hamdulillah takde la sakit perut ke apa. cuma besau sangat tiramnya..rasa nak tercekik sikit bila makan. tu je la

tatau la kot quality dah compromise ke apa. aku pegi masatu baru2 nak viral. now dah over viral tak pegi dah la..
Quote ellejo 17-8-2022 05:12 PM
teringat white chick mamat terry crews tu makan oyster slurpp slurppp
Quote Belibis 17-8-2022 05:34 PM
Yo lah..yo lahhh.kami makan lokan dengan siput gondang jer lahhh[em:9:]
Quote syamzana 17-8-2022 05:37 PM
oyster ni rasa hanyir la even perah lemon pun ke iols yg x reti rasa tatau la. lgpun i mmg x lalu makan benda x masak. kalau yg bake with cheese tu at least sdp la jugak, tp katanya tak rasa real oyster plak. husband iols suke beno oyster x msk ni
Quote kehcik_evil 17-8-2022 05:37 PM
oyster dangerous makan mentah lagi2 makan street food..worst case lumpuh kot..kalo nak makan g la tempat ada quality control  
Quote umbut 17-8-2022 05:43 PM
Tgk muka tiktoker ni revieww pun eeewwww..jap speaking jap melayu.. sibuk nak tiru omputih jepun mkn mentah2... diorang tu dpt stok freshh.. ni ntah dah brp lama tersadai..

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.252400 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top