CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pupuk Semangat Hang Tuah, Kikis Tindakan Hang Jebat

17-8-2015 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 12146| Komen: 84

Description: Semangat Hang Tuah yang setia dan ikhlas dalam mempertahankan pemimpin dan parti perlu dipupuk. Jangan bertindak macam Hang Jebat yang sanggup menderhaka ketika parti berada dalam keadaan yang penuh c ...

Oleh : TS LOO


sumber foto : www.sinarharian.com.my


Semangat Hang Tuah yang setia dan ikhlas dalam mempertahankan pemimpin dan parti perlu dipupuk. 


Jangan bertindak macam Hang Jebat yang sanggup menderhaka ketika parti berada dalam keadaan yang penuh cabaran. 


Demikian saranan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan buat semua ahli UMNO ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Shah Alam, Sabtu lalu. 


"Dalam keadaan sekarang, lebih baik kita baik pulih parti dan bekerjasama mengembalikan keyakinan pengundi kepada parti,” 



Turut hadir Ketua Umno Bahagian, Datuk Azhari Shaari dan Ketua Wanita Bahagian, Jumaeah Masdi.


Memetik laporan Sinar Harian, tambahnya, mesyuarat perwakilan Umno merupakan platform penting untuk ahli parti menyuarakan pandangan masing-masing bagi memperkukuhkan parti.


Beliau turut mengakui UMNO sedang berdepan masalah keyakinan rakyat, tetapi beliau yakin keadaan terkawal dan masih ada masa untuk memperbaikinya.


Justeru beliau berharap agar pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian menjadi ejen di peringkat akar umbi untuk menarik lebih ramai golongan atas pagar agar menyokong, sekaligus menyertai Umno. - CARI Infonet

1

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
4

Sedih

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ctaz 16-8-2015 08:30 PM
hang tuah penjilat....
hang jebat pejuang....
Quote mommymonster82 16-8-2015 08:33 PM
Hang jebat setia kawan..
Hang tuah sanggup buang kawan demi pangkat..
Quote MissNigga 16-8-2015 08:33 PM
sorg lagi penjilat lube jumboq jibby detected ...
Quote krustykrab 16-8-2015 08:33 PM
Hang tuah tu bodo ikut je tanpa soal....
Nak ke jd mcm tu
Quote budakshinchan 16-8-2015 08:50 PM
bukan ke Hang Tuah berkhalwat ngan Tun Teja sblm di serahkan pada Raja.. siap bg sireh pelupa lg utk cuci tangan .. x elok perangai camtu..
Quote highcastle 16-8-2015 08:58 PM
Penjilat penjilat semakin melampau2 kebangangannya............
Quote xAthenax 16-8-2015 08:59 PM
Jebat semangat setia kawan sampai ke mati
Tuah..oh Tuah..penjilat numero uno
Quote noor2 16-8-2015 09:03 PM
So....muhyidin tu hang jebat la ya.....anwar pun....hang tuah tu semua spesis penjilat...raja suruh bunuh isteri sendiri pun hangtuah mu kin sanggup.....Jadinya hangtuah ni spesis bodo
Quote mamarock 16-8-2015 09:18 PM
Tuah ooo tuah... bertuah betul budak ni
Quote ajinomotonosuga 16-8-2015 09:21 PM
mommymonster82 replied at 16-8-2015 08:33 PM
Hang jebat setia kawan..
Hang tuah sanggup buang kawan demi pangkat..

aku masa muda2 tu momi..suka jebat

tapi lama2 dah tuaaa..aku leh caya tindakan tuah tu memang tepat

kalo nak seret islamik..tindakan tuah tu lebih dekat pada saranan agama

so pendek lah kata, tuah btul jebat salah

jebat tu aku kira cam tolak takdir, tuah tu terima takdir.sejak mula dia berserah kalo mati pun pasrah tapi Allah lebih berkuasa dan maha mengetahui

jebat tu kira tak ikhlas..dan terbukti lama2 dia sonok jadi the boss of the bosses..kira dia paling berkuasa tapi alasan dia salu beri nak membela tuah

so jebat kira bolak balik hati dia, jap hero jadi crook jadi jadi hero balik tapi tuah mula dan akhir cam tuuuuu jek..pasrah gitu..kalo batu tengelam kalo sabut timbul

so tuah lebih menyerahkan segala pada yang maha berkuasa..ni yang agama ajar

tapi itu pandangan aku kisah riwayat jebat tuah melaka tu laa..tadak kene mengene hal politik sampah amanok tuh

pada aku samdol tu seret kes tuah jebat tu tak kena..ni yang di sebut meletakkan kebenaran di tempat yang salah

dia tuntut bab taat setia tanpa berbelah bagi dari ahli parti tapi pucuk pimpinan parti macam anjing kurap menyalak2..tgk contoh nazri cirit tuh

lagi satu sultan kene tipu ngan kaki fitnah tapi dalam kes amno ni..sultan amano or presiden depa tu sendiri kuat menipu so keadaan tak sama

so jadi janggal seret ketaatan tuan pada sultan yang TAK TAHU APA APA asal nya, dok kene fitnah oleh pembesar melaka dengan ke amanok

dalam kes amano sultan amano tibai duit yang di dakwa untuk parti dan parti sendiri tak tau itu duit derma untuk parti hahahahahaha

duit itu duit dari mdb yang di pinjam dari bank dan utang nya akan di bayar oleh cukai dari RAKYAT MALAYSIA..duit itu di bawa bersiar2 seluruh dunia oleh panglima gemok nama Hang Jlo pusing sana masuk situ sini nak ilangkan trace dia kendian akhirnya end up masuk saku sultan umno!!

bila dah kantoi dia kata oang derma dan untuk parti walhal parti tak penah di beritahu, soang ahli mt pun tak tau bendahari pun tak tau

bila dah kantoi semua di paksa terima pengakuan  bahwa duit itu duit derma oleh sultan amno

kendian sapa tak taat akan jadi jebat dan sapa taat jadi tuah dan dapat jadi menteri or timbalan menteri or busuk2 dua juta 1 juta rm or 50 ribu macam budak putri mana ntah tu dapat!! pendek kata sultan rasuah oang2 parti dia untuk taat setia

tapi hang tuah mahu di bunuh sebab taat setia walo di fitnah!! macam mana umno boleh beranakkan anak haram cam samdol tu yer momi?

saya kesian kat oang cam mat said, oang2 yang ikhlas berjuang untuk bangsa agama dan negara melalui umno..oang cam stopa yang sonyappp je tu dan lelain
Quote batmana 16-8-2015 09:36 PM
hang tuah tu orang cina lhorrr.....!!..

dia keturunan, hang li po
Quote jasmeen 16-8-2015 09:39 PM
Tuah jebat korok mung
Quote mommymonster82 16-8-2015 09:53 PM
ajinomotonosuga replied at 16-8-2015 09:21 PM
aku masa muda2 tu momi..suka jebat

tapi lama2 dah tuaaa..aku leh caya tindakan tuah tu memang t ...


Pada sy tuah itu pengampu bang aji...
Jebat itu setiakawan dan sanggup beralah.. dia support sahabatnya jd panglima..xpnh dengki..dendam..tapi bangga dengan sahabatnya yg naik pangkat..mungkin juga jebat lg hebat dr tuah..tp dia mengalah..kerana sygkn sahbat yg dianggap saudara..mungkin juga kan?
Pada sy jebat lebih  ikhlas... lebih setiakawan..lebih jujur... tak gila kuasa tapi percaya pada kebenaran..berjuang demi org yg dizalimi... tambah2 org yg disayang... tuah itu gila kuasa gila nama.. pengampu...sanggup hapuskn siapa sj yg melawan org yg diampunya

Tuah bukn pahlawan di jiwa..hanya pahlawan pd nama..lawan dgn org yg lemah xde kuasa.. tp dengan yg beekuasa dia takut..tercirut mcm anjing sakit perut..hihihi.. so mmg xkena nk contoh kan sbb budak skrg xlagi yakin ngan tuah seperti dulu... so pemikiran org skrg xsemua kata tuah itu hero..ada juga yg rasa dia zero...cthbya mcm sy...hihihi tuah itu xlayak bersaudarakan jebat
Quote mixieleo 16-8-2015 10:10 PM
Bendahara pun derhaka sbb tak laksanakan titah soltan supaya tuah dihukum bunuh. Hang tuah sygkan nyawa dia. Agak pentingkan diri juga.

Bila jebat membela dan menderhaka kpd raja zalim, hang tuah lupa smgt setia kawan dan sanggup membunuh jebat. Agak membuta tuli tindakkan tuah.


Bagi aku jika sultan zalim mmg patut disanggah!
Quote chaintea 16-8-2015 10:20 PM
Sorry la
Skrg zaman Jebat..
Tuah tu taat membuta...bangang...ada otak x boleh beza baik buruk

Quote Kerêta_Angin 16-8-2015 10:32 PM
Hang Jebat, seorang pahlawan Melayu yang sanggup menderhaka

menderhaka pun masih disebut pahlawan melayu? pelik no
Quote bungarose 16-8-2015 10:35 PM
rukun islam xder pon suruh taat kpd pemimpin..khasnya pemimpin yg bnyk skandal
Quote dani-rox 16-8-2015 10:36 PM
Jebat seorang setiakawan, berani melawan kejahatan biarpon datang drpd sultan, punya prinsip etc. Tuah? Bukan setakat pengampu paling hebat dlm sejarah, dia juga penipu licik, penculik anak dara/bini orang, pengamal ilmu hitam, gila pangkat dan harta dsb

Quote GhostWalking 16-8-2015 10:37 PM
Tuah-mat maslan

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.069744 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top