CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fieya Julia Mohon Jangan Guna Gambarnya Tak Bertudung, Sedih Dipanggil Gemuk- "Kurus Dituduh Ambil Dadah"

16-8-2022 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1918| Komen: 13

Description: Fieya Julia sekali lagi meluahkan rasa sedih apabila dituduh sudah berkahwin gara-gara perubahan pada bentuk tubuhnya yang dilihat semakin berisi.
Fieya Julia sekali lagi meluahkan rasa sedih apabila dituduh sudah berkahwin gara-gara perubahan pada bentuk tubuhnya yang dilihat semakin berisi.

Kecewa dengan kata-kata tersebut, Fieya atau Nur Syafiyah Sejali, 23, berkata, sebelum ini pernah ada menuduhnya mengambil barang terlarang kerana dikatakan terlalu kurus.

Foto: IG

"Bila masa pula saya kahwin? Sedih la macam ini. Stress sebab ramai betul cakap saya sudah berkahwin. Buat sedih je sedangkan bayang untuk berkahwin pun belum nampak.

"Saya dulu kurus pun orang kecam. Kata saya sakit dan tak cukup makan selain ambil ‘barang’. Semua tuduhan tak masuk akal. Kemudian saya cuba nak berisi supaya orang tak kecam.


"Sekarang pun masalah juga. Biarkanlah... kita buat macam mana pun pasti ada orang tak suka. Lebih baik jadi diri sendiri dan abaikan apa orang nak cakap,” katanya.



Fieya berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Perasaanku ini juga meminta agar mana-mana pihak tidak lagi menggunakan gambarnya tanpa berhijab dalam mana-mana perkongsian selepas dia membuat keputusan untuk bertudung sejak Ogos tahun lalu.



“Mohon kepada sesiapa yang repost cover song saya atau nak buat playlist jangan gunakan gambar saya tidak bertudung.

“Banyak lagi gambar lebih baik awak boleh guna. Kalau tak cukup dalam Instagram, saya boleh berikan sendiri,” jelasnya.



Dalam temubual bersama mStar sebelum ini, Fieya memberitahu ramai yang mula menegur penampilan terbaharunya itu dan menafikan segala dakwaan kononnya dia sudah menjadi isteri orang.

Lebih mengecewakan apabila teman rapat sendiri seakan tidak memahami keputusan yang dibuat untuk berhijab dan sering menganggap perubahan itu disebabkan paksaan orang lain.



"Ada juga teman rapat yang katakan saya bertudung sebab dah kahwin atau mahu ke arah itu. Sepatutnya mereka lebih memahami saya.

"Pernah saya suarakan pendapat kepada mereka namun seolah-olah sia-sia. Saya kesal apabila ada yang melontarkan kata-kata kurang baik,” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 16-8-2022 10:41 AM
Sapo ni cuolls? Fieya acik Piah dj radio tu meolss kenal la
Quote aznizazzadele 16-8-2022 11:16 AM
sapa dia ni ? sumpah x kenal
Quote TabletSusu 16-8-2022 11:52 AM
Fieya ni.. kadang2 nampak mcm iras daiyan trisha pulak.
aku suka jgk dengar lagu2 dia ni
Quote ketupatnasi 16-8-2022 11:56 AM
Dak2 skrg self konpiden mmg lemahhh.. Tapi kau sapoooo??  Sila dek Piyah belajar dgn uncle Jeri Alexander eberiting cemana nk bina keyakinan diri
Quote misz_sanggul 16-8-2022 11:56 AM
kenal die sbb lagu perasaanku sgt kena dgn hdupku pd ms dulu..tp lagu tu mmg sedap
Quote DeLuna85 16-8-2022 12:21 PM
Gambar Tak bertudung tu Tak boleh buat apa ye. Dah memang awal kemunculan dulu Tak pakai. Tanggung sendiri.
Quote AKAZ85 16-8-2022 12:39 PM
Tak.. Masalahnye ko sape dekkkkkkkk... Acik2 kertu porem ni mampus tak kenal ko
Quote cmf_premierleag 16-8-2022 12:40 PM
Whoareyusss?
Gambo ko tak bertudung pun akak x penah tgk
Quote Nuyak 16-8-2022 05:09 PM
siapa pulak ni?
Quote bonggo 16-8-2022 05:11 PM
Acik sini ramai dh tua gen y semuanya mana nak kenal gen z..  
Quote tokchik 16-8-2022 05:13 PM
Baca artikel ni Tetiba aku teringat kat Julia yg berlakon dgn yusup Selam dulu, mana hilangnya dia ya.

Yg sexy sexy tu yg ada berlakon cerita Adnan sempit
Quote Lavender_Violet 16-8-2022 05:16 PM
Acik pun kertu juga tapi acik kenal je ko ni dekkkkk
Ada jugak seketul dua lagu ko yg shedap
Quote Cokoro 16-8-2022 06:03 PM
Lagu cover dia yg baru tu sedap. Nyanyi dgn luqman. Tapi mmg nmpk berisi pun dia dlm mv tu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.176223 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top