CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Muat Naik Kandungan Negatif Di TikTok Akan Diambil Tindakan - KPM

12-8-2022 05:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 726| Komen: 0

Description: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana guru memuat naik video berunsur sensitif untuk dijadikan kandungan di laman sosial termasuk TikTok.
Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana guru memuat naik video berunsur sensitif untuk dijadikan kandungan di laman sosial termasuk TikTok.



Gambar hiasan

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon bagaimanapun berkata, perkara itu akan diteliti terlebih dahulu bagi mendapatkan gambaran jelas sebelum tindakan lanjut diambil.


Hang Soon (tiga dari kiri) memotong riben simbolik melancarkan 'The Gesture' di Bamboo Pavilion di UTAR pada Jumaat.


"Biar kami semak perkara ini kerana kita perlu melihat lebih jelas sebelum mengambil langkah seterusnya. Jadi, biar KPM ambil tindakan berpatutan.

"Saya nasihatkan kepada warga pendidik agar sentiasa berhati-hati dan jadilah teladan yang baik kepada murid.

"Sebaiknya gunakan media sosial ini dengan cara yang elok untuk sampaikan ilmu pengetahuan kepada anak murid serta masyarakat," katanya ketika ditemui pada sambutan Ulang Tahun ke-20 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) pada Jumaat.


Hang Soon (empat dari kiri) bersama barisan presiden dan pengerusi majlis UTAR memotong kek sempena sambutan Ulang Tahun ke-20 UTAR di Kampar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu tular melibatkan seorang guru praktikal memuat naik video di aplikasi TikTok yang didakwa mempunyai unsur seksual ke atas anak muridnya.

Guru terbabit bagaimanapun telah tampil membuat permohonan maaf selepas mendapat kecaman daripada warganet dan memadam video terbabit.

Dalam pada itu, Hang Soon berkata, warga pendidik seharusnya memahami tugas sebenar sebagai seorang guru dengan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar mereka.

"Tugas pendidik adalah memastikan anak murid menjadi insan yang baik. Itu yang kita sebut sebagai kemenjadian murid bukan sahaja dari segi pencapaian akademik malah dari aspek rohani dan sahsiah.

"Setiap cara atau tingkah laku yang dibuat termasuk di media sosial menjadi ikutan selain ilmu pengetahuan yang disampaikan di dalam kelas," ujarnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.222965 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top