CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sepupu Tak Kisah Bermadu, Si Suami Tersenyum Lebar Dapat Kahwin Dua Serentak

6-8-2022 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1705| Komen: 5

Description: JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki yang mengahwini dua wanita yang merupakan sepupu secara serentak, lapor laman berita Suara.com.
JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki yang mengahwini dua wanita yang merupakan sepupu secara serentak, lapor laman berita Suara.com.


Perkahwinan itu dikatakan berlangsung semalam di Desa Lebakagung, Lampung Utara. Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @dunia_kaumhawa. 

Rakaman memaparkan kemeriahan sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di dalam sebuah rumah. Pengantin lelaki yang memakai kot hitam dan kain sarung dilihat berjalan ditemani keluarganya. 

Foto:tiktok

Selain itu, salah seorang pengantin perempuan memakai kebaya putih dan kain batik berwarna emas yang sepadan dengan suaminya, manakala seorang lagi berkain batik merah jambu.


Dua pengantin perempuan itu kemudian bersalam di hadapan tetamu namun, pengantin berkain warna merah jambu kelihatan berwajah masam.

“Nama pengantin lelaki Rahmadi, manakala pengantin perempuan ialah Dela Novita Lingga dan seorang lagi, Sri Yana,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Wah merungsingkan, ‘perang dunia’ setiap hari,” kata seorang netizen.

“Dari raut wajahnya, dia sudah bersedia untuk ‘perang dingin’,” komen netizen lain. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Solokkk 6-8-2022 09:51 AM
Berita caprut
Quote Artemesiaa 6-8-2022 10:26 AM
Majlis kawin pun dah masam muka je masing2 tak tahu nak cakap apa all the best je
Quote tikusmontok 6-8-2022 11:05 AM
Berita indon caprut utk hidangan @Friska babu ndon
Quote minahmanja 6-8-2022 12:55 PM
baca tajuk je pun dh tau ummah negara mana...
Quote kepompong 6-8-2022 12:56 PM
click sbb nk tengok senyum yg dikatakan lebar tu. selalunya tajuk ada kaitan dgn gambar. Kecewa betul kalini TIDAK

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.044460 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top