CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Gadis Jolobu The Movie Dikecam, Rendahkan Martabat Wanita

5-8-2022 05:23 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3418| Komen: 14|Original author: Tatod

Description: Baru sahaja mula ditayangkan di pawagam semalam, filem Gadis Jolobu The Movie terus menjadi kecaman warga maya di media sosial.Naskhah yang mengisahkan tiga orang bujang terlajak lakonan Hattan, Khir ...

Baru sahaja mula ditayangkan di pawagam semalam, filem Gadis Jolobu The Movie terus menjadi kecaman warga maya di media sosial.

Naskhah yang mengisahkan tiga orang bujang terlajak lakonan Hattan, Khir Rahman dan Joey Daud yang sedang berusaha mencari jodoh itu mengetengahkan beberapa elemen tradisional Adat Perpatih dan keunikan budaya Minangkabau di Negeri Sembilan.


Bagaimanapun, di Twitter filem tersebut menerima beberapa kritikan yang mengatakan paparan jalan cerita menjatuhkan martabat wanita serta merendahkan keturunan Minang.

Ada juga yang mengatakan 'trailer' filem tersebut tidak menarik malahan netizen keliru dengan apa yang cuba disampaikan.


Bagaimanapun, ada juga yang menyarankan agar karya tersebut terlebih dahulu ditonton sebelum membuat sebarang kritikan.

Ada juga yang membuat spekulasi bahawa komen negatif yang timbul itu adalah sebahagian daripada cara 'marketing' untuk menarik lebih ramai penonton untuk ke pawagam menonton cerita tersebut. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 5-8-2022 11:33 PM
So, citer ni x best lah ek
Quote Reira77 6-8-2022 12:15 AM
Bagaknya bahu heroine. Sebab sheols athletic kot
Quote anony-mous 6-8-2022 03:09 AM
Poster tu kn mcm pernah ku tgk. Poster mcm bad neighbour kan???
Quote anony-mous 6-8-2022 03:10 AM
Btw, sinopsis mcm menarik sbb bg i, isu adat perpatih ni unik utk diketengahkan. Syg la kalau x best atau merendahkan org minang.
Quote sambaldurian 6-8-2022 08:24 AM
Mcm x kena je poster bertentang mata tu , tau edit2 tangkap gambar sorg2 pastu combine gitu.tp mcm x kena la. Xnmpak sweet pun.
Quote buapakperut 6-8-2022 11:15 PM
sambaldurian: Mcm x kena je poster bertentan ...

Tu la mata dia pandang arah lain2, takde eye contact padahal depan2 nk tercium muka.
Quote bulalof 8-8-2022 03:56 PM
takde siapa ke nak komen Hattan yg suka sgt komen perihal org lain?
Quote ezacbee 8-8-2022 04:06 PM
Tengok time hari raya jelah. Saing dengan mat kilau.
Quote maharani_gebu 9-8-2022 01:46 PM
nak tengok cigu namie jer...
Quote makton 9-8-2022 02:01 PM
pengarah movie ni ke yg kata nak saman zhaf tu?
Quote ReginaGeorge 9-8-2022 09:21 PM
Ingatkan scary movie
Quote Rajawali 15-8-2022 03:56 PM
anony-mous replied at 6-8-2022 03:09 AM
Poster tu kn mcm pernah ku tgk. Poster mcm bad neighbour kan???

ya,,poster neighbour 2 sorority rising
Quote syaz_lina 16-8-2022 09:15 AM
tengok poster pun dah tak berapa gemor, dah kenapa hattan picit2 muka budak pompuan tu. ko dah tua hattan oi. benda halal haram pun tak digest lagi ka
Quote salimrock 16-8-2022 04:39 PM
ezacbee replied at 8-8-2022 04:06 PM
Tengok time hari raya jelah. Saing dengan mat kilau.

errm ntah2 tak tgk pn sebab tidur makan lemang ketupat dan lepas sangkut jem

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.046808 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top