Baru sahaja mula ditayangkan di pawagam semalam, filem Gadis Jolobu The Movie terus menjadi kecaman warga maya di media sosial.
Naskhah yang mengisahkan tiga orang bujang terlajak lakonan Hattan, Khir Rahman dan Joey Daud yang sedang berusaha mencari jodoh itu mengetengahkan beberapa elemen tradisional Adat Perpatih dan keunikan budaya Minangkabau di Negeri Sembilan.
Bagaimanapun, di Twitter filem tersebut menerima beberapa kritikan yang mengatakan paparan jalan cerita menjatuhkan martabat wanita serta merendahkan keturunan Minang.
Ada juga yang mengatakan 'trailer' filem tersebut tidak menarik malahan netizen keliru dengan apa yang cuba disampaikan.
Bagaimanapun, ada juga yang menyarankan agar karya tersebut terlebih dahulu ditonton sebelum membuat sebarang kritikan.
Ada juga yang membuat spekulasi bahawa komen negatif yang timbul itu adalah sebahagian daripada cara 'marketing' untuk menarik lebih ramai penonton untuk ke pawagam menonton cerita tersebut. - CARI
|