CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Glamour Di Tiktok, Sekarang The Sara Sisters Dah Jadi Artis

5-8-2022 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9016| Komen: 75

Description: Syarikat hiburan, Rocketfuel Entertainment sekali lagi menerajui industri muzik tempatan dengan memperkenalkan kumpulan pop wanita yang terdiri daripada empat beradik dikenali sebagai The Sara Sisters ...
Syarikat hiburan, Rocketfuel Entertainment sekali lagi menerajui industri muzik tempatan dengan memperkenalkan kumpulan pop wanita yang terdiri daripada empat beradik dikenali sebagai The Sara Sisters.


Sebelum ini The Sara Sisters dikenali dalam kalangan pengguna aplikasi TikTok apabila kebanyakan kandungan dihasilkan mereka sering 'trending' dan menarik perhatian warga maya.

Foto: IG

The Sara Sisters yang berasal dari Kuala Lumpur terdiri daripada Sara Jasmin, 27, Sara Alia, 22, Sara Aqila, 21, dan Sara Qaleesya, 20.

Sara Jasmin berkata, dia tidak menjangka mendapat tawaran daripada Rocketfuel Entertainment untuk bernaung di bawah syarikat itu.





"Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga buat Rocketfuel Entertainment kerana menyunting kami empat beradik untuk menjadi artis di bawah naungan mereka.

"Semuanya bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama pada 2020 di mana kami sering menghasilkan video cabaran tarian di TikTok dengan mendapat banyak tanda suka sehingga mula dikenali ramai," katanya.

Bagi Sara Alia, kemunculan mereka dalam industri muzik tanah air menjadikan mereka kumpulan adik-beradik pertama seumpamanya di Malaysia kerana belum pernah ada kumpulan nyanyian dengan empat orang bersaudara sekali gus.




"Ramai ingat kami adalah 'quadruplet' atau kembar empat kerana memiliki raut wajah yang seakan-akan sama, namun hakikatnya kami dilahirkan pada tahun yang berbeza.
.
"Mungkin kerana keistimewaan itu kami menjadi perhatian sehingga dipelawa menjadi sebahagian daripada keluarga besar Rocketfuel Entertainment," katanya.

Lebih menarik, walaupun mereka mempunyai raut wajah seiras, masing-masing berperwatakan berbeza iaitu Sara Jasmin lebih prihatin, Sara Alia gemar berjenaka, Sara Aqila pula seorang yang 'happy-go-lucky' dan Sara Qaleesya mempunyai keyakinan tinggi.



Bagi Sara Aqila pula, dia tidak sabar melancarkan single sulung The Sara Sisters, sekali gus mendengar sendiri maklum balas peminat.

"Kami sangat teruja dan tidak sabar untuk memperdengarkan single sulung yang dilancarkan tidak lama lagi.

"Setakat ini, apa yang boleh saya kongsikan adalah semuanya bakal menjadi kejutan kerana kami mahukan sesuatu yang lain dari lain. Lagu pertama itu nanti bakal menjadi bayangan jenis muzik yang akan kami bawakan kelak," katanya.



Dalam masa sama, Sara Qaleesya berkata, buat masa sekarang The Sara Sisters mahu memberikan fokus dalam bidang nyanyian terlebih dahulu.

"Kalau boleh, kami mahu betul-betul fokus dalam bidang nyanyian terlebih dahulu sebelum mencuba bidang lain seperti lakonan, pengacaraan dan lain-lain.

"Sebagai kumpulan empat beradik yang pertama di Malaysia, kami akan buktikan pada semua yang kami juga mampu memberi saingan sihat kepada 'band girl' sedia ada," katanya.



Sementara itu, Ketua Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna berkata, The Sara Sisters mempunyai daya tarikan tersendiri, selain bersaudara mereka mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan tarian dan mampu pergi jauh.

"Semoga ini menjadi permulaan yang baik bagi mereka dalam mewarnai industri muzik tempatan dan menjadi kumpulan M-pop yang terkenal pada satu hari nanti. Nantikan kemunculan The Sara Sisters secara rasminya tidak lama lagi," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 5-8-2022 09:23 AM
alamakkk.. kaka tak kenal laa korg, sbb xde tik tok. sorry k!
Quote miszclassique 5-8-2022 09:28 AM
Yang sorang tu nampak mcm faiz roslan
Quote prizadane 5-8-2022 09:29 AM
hauk nak mampus lagu n suara diorang ni. macam eh..level ni je retis?
jual muka n badan je la korang. seksi boleh tahan jugak
Quote MoonRise 5-8-2022 09:32 AM
Tiktok mampu melahirkan retis2 malaysia. Tahniah
Quote Cokoro 5-8-2022 09:33 AM
Ingtkn ala2 mcm il divo ke camne. Nk mcm defam pun dok sampai. Last2 nt jd pelakon
Quote bulalof 5-8-2022 09:34 AM
generasi yg semakin hauk
Quote mayaHD 5-8-2022 09:35 AM
aku pengguna tiktok dari 2020 tapi x penah derang ni masuk feed aku...
Quote dinosaurpink 5-8-2022 10:17 AM
Cokoro replied at 5-8-2022 09:33 AM
Ingtkn ala2 mcm il divo ke camne. Nk mcm defam pun dok sampai. Last2 nt jd pelakon

Setuju

Mengingatkan astro yg bakal jd penyiar rasmi aim tu nanti dah boleh bayang dah betapa hauknya bakal pemenang2 nnt
Penuh dgn retis asteruk rocketfuel je
Pastu selit retis lain skt2 nak bg nampak adil
Quote dua_chzy 5-8-2022 10:20 AM
Dah kenapa mekap, muka korang dah serupa gitu nak padehal muda lagi.
Quote codenamedream 5-8-2022 10:23 AM
Tgk snippet yg kat IG. Lagu X best.
Quote mawarkhayalan99 5-8-2022 10:40 AM
tak sesuai la dik korang jadi penyanyi takat jadi instafemes tiktokfemes lagi sesuaiiiii
Quote umbut 5-8-2022 10:41 AM
Wowww...mak beranak 3 tahun sederet.. Leh ler lawan anzalna ngan lofa sisters..
Quote vanillaninja 5-8-2022 10:54 AM
Theyols punya video joget2 selalu je lalu on IG. Memang kerja theyols berjoget je. Untung la body masing2 cantik. Tak la I rasa nak kecam sangat
Quote per706 5-8-2022 11:01 AM
Yg nyanyi kat majlis kawen pon sore sedap lagi deqq
Quote SweetRehan 5-8-2022 11:22 AM
Tak pernah nampak pun depa ni lalu kt TikTok iols....
Quote Harley_Quinn 5-8-2022 11:35 AM
Semua artis ckp product dia lain dr yg lain, nk bg kejutan.
Walhal release jee lbh kurang sma jee dgn yg ada skang.
Tekejut pn x.
Quote kakJOYah 5-8-2022 11:36 AM
sapo nih..?
Quote .HannahMontana. 5-8-2022 11:39 AM
haramjaddah mana poen poen ni

babi hutan sungguh laaaaaaaaaaaa
Quote cicicumel 5-8-2022 11:41 AM
Bini Caprice ke tu?

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.050519 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top