CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nampak Ular Tedung, Lembaga Buruk Serabai- Isteri Zul 2by2 Mimpi Aneh Sebelum 2 Kali Keguguran

1-8-2022 04:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1705| Komen: 4

Description: Isteri kepada penyanyi dan komposer Zul (2 by 2), Intan Maya mendedahkan dia dua kali mengalami keguguran selepas mendirikan rumah tangga sejak 22 Februari lalu.
Isteri kepada penyanyi dan komposer Zul (2 by 2), Intan Maya mendedahkan dia dua kali mengalami keguguran selepas mendirikan rumah tangga sejak 22 Februari lalu.


Intan Maya yang juga penyanyi selain pernah menganggotai kumpulan The Girls reda dan berdoa semoga dikurniakan rezeki zuriat bersama Zul selepas ini.

Terdahulu, dia mendedahkan pernah diuji dengan kesakitan dipercayai akibat perbuatan khurafat atau ilmu hitam.


Foto: IG

“Beberapa bulan lalu saya tak datang bulan, ‘sangkut’ (hamil) ke. Namun saya ada beritahu suami, kenapa rasa tak sedap badan. Masa hamil yang pertama, saya mimpi ular tedung warna hitam dan merah.


“Suasana ketika itu seolah-olah di sebuah perkampungan dan saya tiba-tiba jatuh tergolek dari lereng bukit yang ada air terjun. Jadi bila nak bangun tu, macam terpegang ular tersebut. Cuma dia tak patuk.

“Ketika itu saya lafaz ‘Ya Allah’ dan tak lama kemudian, ular itu berlalu pergi. Bila bangun rasa bahagian perut sakit. Dapat tahu gugur,” katanya.

Maya menambah, sebelum keguguran kali kedua pula, dia turut berdepan situasi aneh.

“Ia berlaku ketika kami berada di kedai makan. Malam sebelumnya, saya berada di bilik jahitan. Tiba-tiba dengar bunyi menyeramkan. Saya cari suami dan bertanya mengenai bunyi terbabit. Suami tak tahu menahu.

“Bila dia ke bilik air dan saya pula baru nak lelap, tiba-tiba saya tergerak hati nak buka mata. Saya terkejut seolah-olah ternampak satu lembaga dari arah tingkap. Ya Allah buruknya muka dia dengan serabainya.

“Terkejut dengan apa berlaku, saya kembali lelap dan bila bangun pagi kami keluar untuk sarapan. Tengah duduk, muncul seekor lipan berjalan arah ke saya. Bila tegur, ia pusing balik.



“Selepas matikan ia, badan rasa ‘bisa’ sangat. Lalu saya alami keguguran lagi baru-baru ini. Saya anggap kami belum ada rezeki,” katanya.

Zul bagaimanapun berdoa dan tetap cari usaha untuk mengekang masalah dari terus dihadapi isteri.



“Siapa yang tak rasa kecewa. Cuma kami suami isteri tetap ikhtiar apa yang boleh dibuat (berubat). Pada masa sama kita buat solat minta dipermudahkan, selain amal baca Yasin.

“Perkara tersebut terjadi pada isteri. Ia pengalaman juga buat saya. Saya cuba fahami dan yang penting ambil tahu apa gangguan yang dialaminya. Saya di sisi untuk mengawal keadaan,” katanya lagi. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 1-8-2022 05:07 PM
iyolahhhh, next
Quote Mary_jane 1-8-2022 05:24 PM
Semua gambar harus brightness to the max ke? Memang sedari nak kawen pun ada jer cerita angker couple ni kan?
Quote dudaberhias 1-8-2022 06:08 PM
ok soo haperrr yang nak di gosipkan ni...

nak cerita hantu ke nak cerita pasal gugur?

ada la tu perkara paranormal yang berlaku... soo tunggu apa lagi tabur jah garam satu rumah tu...
tumbuk2 sikit lada hitam, lada putih, potong bawang merah dan bawang putih, lepastu bubuh dalam belanga letak minyak sikit, lepastu bubuh sos tiram 2 sudu dan sos ikan 1 sudu, kemudian belacan sikit dan kangkung. Nak sedap lagi bubuh ikan sepat kering atau ikan masin.

lepastu perasap keliling rumah bau kangkung goreng belacan tu bagi dia keluar... sambil tu boleh makan bersama keluarga agittewww...
Quote ezacbee 2-8-2022 10:15 AM
Tengok taring dia lagi seram..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.050983 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top