CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Peduli Denyut Atau Degup, Rezeki Nuha Bahrin Dah Melimpah-Ruah

1-8-2022 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3284| Komen: 29

Description: Kecoh tentang penggunaan perkataan ‘denyut’ dalam lagu popular dendangannya, Casablanca yang disifatkan sebagai tidak mengikut hukum tatabahasa, penyanyi Nuha Bahrin bersikap terbuka menerima pandan ...
Kecoh tentang penggunaan perkataan ‘denyut’ dalam lagu popular dendangannya, Casablanca yang disifatkan sebagai tidak mengikut hukum tatabahasa, penyanyi Nuha Bahrin bersikap terbuka menerima pandangan orang ramai.


Nuha atau nama sebenarnya, Nuha Sakina Saiful Bahrin, 21, berkata, perihal tersebut terpulang kepada pandangan dan penerimaan sesiapa yang mendengar.

Foto: IG

“Saya tak boleh nak beri ulasan yang terlalu terperinci namun bagi saya, masing-masing ada pandangan sendiri. Saya tak kisah sekiranya orang di luar sana berikan pendapat sama ada perkataan ‘denyut’ itu tidak tepat atau pun ada perkataan yang lebih sesuai.

“Pada saya dua-dua pun betul saja. Apa pun, terserahlah kepada pendengar, mana yang lebih sesuai atau sedap didengar bagi mereka. Saya tak boleh nak berikan komen lanjut mengenainya,” kata penyanyi kelahiran Rawang, Selangor itu.



Terdahulu, penggunaan perkataan tersebut kecoh menjadi polemik dalam media sosial selepas seorang guru menyarankan penggunaan perkataan ‘degup’ yang lebih bersesuaian berbanding ‘denyut’ sekiranya mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu sebenar.

Sungguhpun begitu, Nuha yang bakat nyanyiannya dicungkil menerusi program realiti, Vokal Mania berasa terharu atas penerimaan baik terhadap lagu ciptaan komposer Daqmie dan Wan Saleh serta lirik oleh Daqmie dan Abdulkarim Al Ali itu.

Katanya, rezeki sememangnya tidak salah alamat dan apa yang dikecapinya sekarang memberikan inspirasi untuk dirinya terus melahirkan karya-karya lebih bermutu selepas ini.


“Sambutan lagu Casablanca memang tidak disangka-sangka sebenarnya. Sesuatu yang besar dan saya sendiri tidak menyangka. Pada masa sama, saya bersyukur atas apa yang Allah kurniakan sekarang.

“Sebab rezeki yang saya dan rakan duet, Naufal Azrin terima ini bagi saya sesuatu yang melimpah-ruah. Malah, saya gembira apabila lagu ini turut mendapat sambutan hingga ke Indonesia, alhamdulillah,” katanya lagi.



Sehingga kini, muzik video rasmi Casablanca sudah mencatatkan lebih 13 juta tontonan di YouTube dan berada di posisi teratas carta lagu popular laman penstriman muzik seperti Spotify dan juga di carta radio popular tanah air. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 1-8-2022 05:07 PM
aku benci la tgk muka nuha ni. ada vibes yg tak best, dah la xcantik,
Quote LembingDayanti 1-8-2022 05:08 PM
aku sorang je ke tak benci nuha tapi benci ngan pasangan duet dia? cringe nak mampos weihhh !!! hahahahaha
Quote Mary_jane 1-8-2022 05:37 PM
Asal ada ruang je orang2 nak mencapub. Biasa ler tu.
Quote Mulotkoyak 1-8-2022 05:39 PM
Kenapa aku tgk si nuha ni second jelmaan nabila razali. Okay iols try positif kan diri iols.
Quote Fafaaisa 1-8-2022 05:56 PM
Aku xtau nape aku tak suka nuha ni. Kdg mimik muka dia over nau bila menyanyi. Mcm bajet gud² je.
Quote dudaberhias 1-8-2022 06:11 PM
ya ampunnn who are yussss....

kaka tinggalkan porum ni tak sampai sebulan pun...
tiba2 dah rasa ketinggalan ketapi ala2 terpaksa mengangkat kain di malam jumaat untuk panjat pagar sempadan pengkalan kubur tu.

siapa dia ni????
Quote kotakominami 1-8-2022 06:41 PM
Dah kenapa g selak kain tu.....aku lg menyampah artis2 yg cover lagu nih....sama mcm waktu cover peluang kedua tu....you know you better than original singer tp takyah la nampak sgt....
Quote tupai 1-8-2022 06:53 PM
Sorry la minah ni xde vibe yg best utk di dgr or di lihat…apa yg best sgt lagu tu…sbg srg yg berhijab iols rasa die too gedik & terkinja2 dh la x cun sgt x sesuai dgn imej hijabis die tu…
Quote mawardia 1-8-2022 06:55 PM
Ada betulnya apa dik Nuha ni ckp
Denyut?
Degup?
Apetu?
Pedulik lah.  I'm getting richer.
Quote nakkomenjugak 1-8-2022 08:42 PM
Nextttttt!
Quote ashilalat 1-8-2022 08:45 PM
LembingDayanti replied at 1-8-2022 05:08 PM
aku sorang je ke tak benci nuha tapi benci ngan pasangan duet dia? cringe nak mampos weihhh !!! haha ...

Aah maybe ko sorang je sbb aku lebih benci tgk muka nuha dari pasangan dia. Pasangan dia cumel la jugeks. Nuha ni jenis muka kalau kat kelas tu, asyik rasa nak buli dia je
Quote Nenolen 1-8-2022 08:46 PM
maaf kaka tak minat budak nuha nie nyanyi kejit2 mata..tersengih2 gediks…entah ler…nexttt
Quote bawaku_terbang 1-8-2022 09:09 PM
lain lain mula dia ni. xmakeup lg comel
Quote kiah_mai_pulak 1-8-2022 09:27 PM
bagus lah positive dia ni.. cikgu yg menegur tu pulak huru hara kehidupan kena mleayan netizen smpai kena buat polist report. kesiannn
Quote iena_jr 1-8-2022 09:29 PM
Ni yg ada org share mula2 nyanyi hauk. Berapa tahun lepastu elok plak nyanyi
Quote KucingBiru 1-8-2022 09:29 PM
rosedemon replied at 1-8-2022 05:07 PM
aku benci la tgk muka nuha ni. ada vibes yg tak best, dah la xcantik,

Sama la, vibes minah ni mcm tak best nak dilihat. Dalam video pun tak best, gambar pegun pun tak best.

Ada mcm vibes Jahlop baru nak naik. Tergedik, arrogant, and species guna cerca orang for fame.
Quote beta_carotene 1-8-2022 09:32 PM
sheols ni mcm amylea pakai tudung
Quote bankerpencen 1-8-2022 09:50 PM
Tak kisah. Nyanyi tak sedap, jauh ke laut, muka tak cantik langsung, sense of style pon teruk. Macam ni pun dikira “retis”
Quote Nham22 1-8-2022 09:56 PM
Nape org boleh terima iman troye.. Tp org x suke dgn nuha ni... Hahahaha

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.107585 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top