CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Siap Lekat Salotep Nak Bagi Mata Sepet, B*doh Ke?"-Iinfluencer Didakwa Rasis Makan Makanan Jepun

1-8-2022 02:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4011| Komen: 24

Description: Seorang influencer tempatan terkejut apabila video kunjungannya ke sebuah kedai sushi di Pulau Pinang menerima kritikan warga Twitter.
Seorang influencer tempatan terkejut apabila video kunjungannya ke sebuah kedai sushi di Pulau Pinang menerima kritikan warga Twitter.

"Ketololan apa buat iklan gini gaya? Mengajuk cakap Jepun yang entah apa-apa butir pun tak tahu, sepetkan mata semua benda tu dah kenapa? Berniaga makanan Jepun, pergi menganjing orang Jepun," tulis seorang individu di Twitter.

Menjawab dakwaan netizen, influencer yang dikenali sebagai CEO Batu atau Black itu mengakui tidak berniat untuk menghina masyarakat Jepun sebaliknya cuba menerapkan elemen negara berkenaan dalam video yang dihasilkannya.



"Video itu dirakam pada bulan lepas. Dah dekat seminggu saya kongsikan video di TikTok, Instagram dan Facebook tapi tak ada apa-apa. Tiba-tiba kawan maklumkan yang saya kena hentam kaw-kaw di Twitter.


"Saya tak berniat nak sentuh isu perkauman. Saya nak bagi nampak ia kedai Jepun, jadi saya buat gaya macam orang Jepun. Ia idea sendiri dan saya memang tiada niat nak menghina sesiapa.

"Sedangkan sebelum ini ramai orang ajuk gaya orang Cina bercakap, tapi mereka tak dituduh rasis. Saya saja tampal pita pelekat tu pada mata, bukan saya nak menghina," ujarnya ketika dihubungi mStar.


Enggan mengeruhkan keadaan, Black memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang terguris dengan video itu dan berjanji untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Black juga tidak menganggap dirinya sebagai influencer namun terbuka menerima kritikan orang ramai memandangkan dia bergiat aktif mencari rezeki menerusi platform media sosial.

"Saya memang tak ada niat nak mengguris hati mana-mana netizen. Kalau ada yang terasa, saya memohon ribuan kemaafan. Saya tak dapat nak puaskan hati semua orang. Ada yang boleh terima, ada yang tak boleh terima.

"Saya cuma buat yang termampu untuk menceriakan orang ramai. Mungkin dalam ramai-ramai, ada 20 peratus yang tak puas hati. Di Twitter saja saya dihentam, tapi komen di Facebook, Instagram dan TikTok semuanya okay. Saya tak jumpa komen negatif di TkTok.

"Saya anggap benda tu, setiap orang yang bergelar influencer pasti melaluinya walaupun saya tak anggap diri macam influencer pun. Mesti akan ada yang kritik, tapi saya terima semuanya dengan hati terbuka.

"Semua orang ada hak bersuara dan boleh memberikan pendapat masing-masing. Mungkin lepas ni saya akan hati-hati lagi untuk buat content. Kepada yang menyokong, saya ucapkan jutaan terima kasih. Saya hargai semua yang menyokong," ujarnya.

Menurut Black, dia kini aktif bekerja sebagai content creator sepenuh masa bersama tiga lagi individu dalam kumpulan yang dikenali sebagai Ceoxganz.

Dia yang menggunakan nama CEO Batu di semua media sosial mempunyai 1.4 juta pengikut di TikTok dan 168,000 pengikut di Instagram. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 1-8-2022 02:35 PM
tWITTER Ini Alann ni semua nak mencapub.. ko bodo ke apa Alan?
Moga ko baca komenmeolls ni.. semua benda nak di twittnya... e ko pegi masuk gua kelam Perlis membusuk kat situ
Quote ChildrenOfBodom 1-8-2022 02:42 PM
oishii tu betoila maksud dia sedap.. tapi part bagi sepet mata tu mmg cm pukimak laa, dhla rupa hodoh hitam kelabu asap berkerak mcm sial
Quote VioletsAre_Blue 1-8-2022 02:48 PM
Budak2 twitter sentap lagi. Tak payah main media sosial la kalau hati tisu dan mudah terasa.
Quote Skuau 1-8-2022 02:49 PM
syukur..Jepun x ganas lg daaa..kalo x...'potong kapara'...
Quote Babai 1-8-2022 02:56 PM
ChildrenOfBodom replied at 1-8-2022 02:42 PM
oishii tu betoila maksud dia sedap.. tapi part bagi sepet mata tu mmg cm pukimak laa, dhla rupa hodo ...

Dah la buruk. Lagi mau kasi sepet mata. Padahal orang hitam berkerak mana ada yang sepet.
Quote Tinot7 1-8-2022 02:57 PM
Bbnu twitterjaya mudah tersentap..
Iols tak terasa apa pun dia wat iklan mcm tu.. gigih berlari pakai kain pelikat..
Dia promo kedai tu.. bad publicity is also good publicity
Quote kessah 1-8-2022 02:57 PM
Baca ni teringat sushi wak doyok ,. ada lagi ke. ? hmm baiklah aku makan kat sushi king je .
Quote annehuda 1-8-2022 03:01 PM
apa yang dia buat tu mmg rasis pun.  yg selotep mata tu. bukan sentap ke ape ke

Quote bbalik 1-8-2022 03:21 PM
jepung xdak yg gemok2 hitam2
Quote ezacbee 1-8-2022 04:23 PM
AKu xpaham konsep ceo batu ni. Cam kelam kabut. Pastu fokus muka dia.

Pening2
Quote chocobozhere 1-8-2022 04:58 PM
Tak minat mamat ni. Tapi kagum lah blh femes kt tiktok
Quote rosedemon 1-8-2022 05:00 PM
kalau ye pon xyah la smpi selotep mata
Quote Artemesiaa 1-8-2022 05:08 PM
Try hard sangat akhirnya jadi bahan kutuk
Quote ninja9 1-8-2022 05:20 PM
aku selalu tengok berita bola epl, jadi ada yang ejek pemain bola asia timur dengan sepetkan mata tak kiralah pakai apa, memang kena cop rasis. tak tahulah niat ko nak berlawak ker ataupun walaupun tak ada niat tapi rasanya perbuatan itu memang difahami disana sebagai rasis..
Quote Perawankota 2-8-2022 12:26 AM
Aku ni dah lah geli selotep mcmtu... Tgk org pakai kt muka LG aku geli..
Quote mawardia 2-8-2022 12:43 AM
Skuau replied at 1-8-2022 02:49 PM
syukur..Jepun x ganas lg daaa..kalo x...'potong kapara'...

Nijam paling ganas pun they ols mampu bagi "bagero!" je
Quote Racurve 2-8-2022 02:07 AM
royani sprema jepun tersenyum sinis
Quote makton 2-8-2022 07:53 AM
aku penah tgk beberapa video batu ni lalu kat reel fb. tp smua video dia boring. sepesen sama je konsep video dia. cubaan melawak kerap diulang berkali2 dlm semua video.  
Quote sarah_ary2 2-8-2022 08:15 AM
Bagi ai rasis ya ramai jah mat salleh kene kecam sebab duk buat mata selotep ni.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.052852 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top