CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Konsert Percuma Menghilangkan Nilai Seseorang Artis!-Zainal Abidin

20-7-2022 04:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2580| Komen: 23

Description: Datuk Zainal Abidin masih lagi berpegang dengan prinsip di mana, konsert percuma menghilangkan nilai seseorang artis.
Datuk Zainal Abidin masih lagi berpegang dengan prinsip di mana, konsert percuma menghilangkan nilai seseorang artis.

Zainal berkata, dia juga tidak menafikan bahawa konsert percuma umpama sudah menjadi satu tradisi di Malaysia.

"Sebenarnya, konsert percuma menghilangkan nilai seseorang artis. Walaupun penonton datang dan bayar seringgit atau dua ringgit, itu menunjukkan bahawa artis itu masih ada nilai.

"Tapi, oleh kerana tradisi Malaysia, ia umpama sudah menjadi kebiasaan untuk mengadakan konsert percuma daripada pemerintah sendiri, sehinggalah acara-acara anjuran stesen TV," katanya kepada Harian Metro.

Foto: Harian Metro


Menurut penyanyi yang bakal membuat persembahan di Konsert Setia Live Out Loud pada 3 September itu nanti, walaupun sesuatu konsert itu diadakan secara percuma, artis masih lagi menerima bayaran.

"Macam mana kita perjuangkan sekali pun, ia tak dapat dielakkan kerana pemain-pemain besar (penganjur) ini ada wang yang banyak dan sanggup membayar sejumlah bayaran.

"Sebagai artis, kita tetap mendapat habuan kita dan nilainya tidaklah menyakitkan hati. Bukanlah bererti, kalau konsert itu percuma, artis takkan dapat bayaran.

"Kalau konsert yang diadakan adalah konsert berbayar, artis pun bukanlah mendapat bahagian daripada penjualan tiket atau apa, tetapi lebih kepada rasa diri itu ada nilai," katanya.

Konsert Setia Live Out Loud diadakan secara percuma kepada pelanggan hartanah Setia serta orang awam.

Konsert yang akan berlangsung di Setia EcoHill Mall, Semenyih itu membariskan penyanyi hebat tanah air antaranya Zainal, Nicholas Teo, Priscilla Abby, Hael Husaini dan Santesh. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 20-7-2022 04:59 PM
sold out ke tiket abg zainal?
Quote matbad 20-7-2022 09:51 PM
salimrock: sold out ke tiket abg zainal?

hahahaha janji ada nilai
Quote LadyCarefree 20-7-2022 10:06 PM
Dahtu sudirman buat konsert percuma untuk menghargai semua terutama yg tak berkemampuan pi konsert kat venue2 kena bayar teket?
Quote dani-rox 20-7-2022 10:20 PM
bg retis sengkek dan berkira, memanglah menghilangkan nilai dia org.

tp bg artis yg berjaya dan kaya raya, dia mampu mengadakan free concerts - betol2 menghargai peminat. kat Barat satu kebiasaan jah bg konsert percuma.
Quote albedah 20-7-2022 10:32 PM
LadyCarefree replied at 20-7-2022 10:06 PM
Dahtu sudirman buat konsert percuma untuk menghargai semua terutama yg tak berkemampuan pi konsert k ...

Baru aku nak cakap... Dia dgn sudirman pun jauh panggang nilainya
Quote putericahaya999 20-7-2022 10:42 PM
Baiklah bang nal
Quote danieladam 20-7-2022 11:40 PM
Edited by danieladam at 20-7-2022 11:42 PM

Bang jenal...selain sudirman, tok ti pernah buat konsert percuma siap jelajah setiap negeri dan bandar masa tahun 2004 bersama hotlink. Lebih 10 konsert free masa tu dgn kemuncaknya kat Bukit Jalil. Tidak pula jatuh merudum nilai Tok Ti selepas siri konsert free hotlink tu. Setiap kali konsert berbayar tetap full house. Tetap juga menang Bintang Paling Popular ABP dan Vokal Wanita Terbaik selepas tu.

Dan lihat di mana Tok Ti berada sekarang? Semakin x bernilai ke? Lihat pula bagaimana masyarakat  mengenang Sudirman? Tak bernilai ke? Berbanding Abg Jenal?
Quote uori 20-7-2022 11:55 PM
ada ke konsert percuma?
Quote kepompong 20-7-2022 11:59 PM
uori replied at 20-7-2022 11:55 PM
ada ke konsert percuma?

Dari panggung anniversary

Rancangan kat tv3 suatu ketika dulu
Quote SpyLeman 21-7-2022 12:05 AM
Dia nak jaga class dia, biarkanlah. Dia dgn Tok Silah majid sama2 style nak jaga class. Mati seksok tanam sekali class tu
Quote exclusive_vvip 21-7-2022 12:22 AM
SpyLeman replied at 21-7-2022 12:05 AM
Dia nak jaga class dia, biarkanlah. Dia dgn Tok Silah majid sama2 style nak jaga class. Mati seksok  ...

SM tu mmg eksyen dari dulu..i ingat lagi, dlm 20 tahun lepas gitu kot, penah baca statement dia dlm sokkabar ke majalah tah..time tu dia kuar album baru..dia cakap, skrg(time tu la) dia dah berada di tahap x perlu turun padang promo album..dedulu kan retis2 turun padang jumpa peminat,buat road tour kt mall utk promo album..i baca tu, rasa ewww sangat..kalu i peminat dia, x hingin dah nak beli album dia..
Quote LadyCarefree 21-7-2022 12:44 AM
albedah replied at 20-7-2022 09:32 PM
Baru aku nak cakap... Dia dgn sudirman pun jauh panggang nilainya

Jauh bebenor. Sombong lak tu.
Quote Moyangkucing 21-7-2022 01:00 AM
Yg legend saja berani buat free concert. Nyata bang jenal is not one of them.
Quote buragazz 21-7-2022 07:37 AM
Tak pernah minat Wak Jenal ni.. tapi tak dinafikan lagu2 dia ada yang aku suka...
Quote ashilalat 21-7-2022 07:52 AM
Pening plak aku baca statement ZA ni. Dia x setuju adakan konsert percuma sebab konsert percuma menghilangkan nilai seseorang artis.

Tp artikel ni nak promote penglibatan ZA dalam Konsert Setia Live Out Loud pada 3 September.

Konsert Setia Live Out Loud diadakan secara percuma kepada pelanggan hartanah Setia serta orang awam.

Jadinya, kat mana pendirian kau sebenarnya? Ke kau sebenarnya tgh pancing penaja untuk buat konsert percuma macam Sudirman dan Siti Nurhaliza tp berbelit belit kata konsert percuma tak bagus?

Aku plak kompius dgn ZA ni.

Quote encikWawad 21-7-2022 08:32 AM
ashilalat replied at 21-7-2022 07:52 AM
Pening plak aku baca statement ZA ni. Dia x setuju adakan konsert percuma sebab konsert percuma meng ...

khennn dah tua pun bimbo
takde pendirian
or konsert free = poket sendiri = no no no. kalau poket sendiri sapa pun tak nak wehhh
konsert free = di taja sepenuhnya (payment masuk poket) = is ok.
Quote Kakalongmu 21-7-2022 08:36 AM
Sudir buat konsert free besar-besaran kat Chow Kit tak da pun jatuh nilai beliau. Mencanak2 lagi rezeki adalah.Untuk Pak Jenal: Hargai peminat, insyallah peminat akan hargai u.
Quote smeetasmitten 21-7-2022 08:41 AM
Eh. Habis tu concert ikhlas 1992 yg free tu kau perform tak ikhlas ke?
Quote ctdk 21-7-2022 08:54 AM
danieladam replied at 20-7-2022 11:40 PM
Bang jenal...selain sudirman, tok ti pernah buat konsert percuma siap jelajah setiap negeri dan band ...

Maksud abg jenal, walaupun konsert tu di war2kan sebagai konsert percuma, artis2 masih menerima bayaran daripada penaja. Maksudnya penaja yang memberi bayaran kepada artis tanpa kutipan duit tiket daripada penonton2.  Macam kes Siti Nurhaliza, dia masih terima bayaran untuk konsert2 jelajah tu kerana di taja oleh maxis, tetapi diklasifikasikan sebagai konsert percuma kerana penonton tidak perlu membayar untuk menonton konsert. Mcm Kes Sudirman, saya tak pastilah, masih berada di alam lain pada waktu dan ketika itu.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.230148 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top