CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shila Amzah Seram Hubungan Dengan Sharnaaz Dikaitkan Dengan Jeniffer Lopez, Ben Affleck

20-7-2022 03:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9125| Komen: 99

Description: Kisah percintaan antara penyanyi Shila Amzah dan pelakon Sharnaaz Ahmad, masih relevan dalam kalangan netizen yang sering meluahkan hajat melihat pasangan ini bersatu semula selepas perpisahan mereka.
Kisah percintaan antara penyanyi Shila Amzah dan pelakon Sharnaaz Ahmad, masih relevan dalam kalangan netizen yang sering meluahkan hajat melihat pasangan ini bersatu semula selepas perpisahan mereka. 


Namun, kedua-dua selebriti ini telah menemukan jodoh masing-masing dan sudah gembira dengan kehidupan mereka sekarang.


IG Shila/Sharnaaz

Bagaimanapun, ruangan Insta Story Shila Amzah mencuri perhatian apabila dia membuka peluang kepada peminatnya untuk menanyakan soalan kepadanya secara “anonymous”. 

Peminat tersebut menyatakan bahawa artis antarabangsa Jeniffer Lopez berkahwin dengan bekas teman lelakinya, Ben Affleck. 

Peminat tersebut juga berkata bahawa firasatnya mengatakan yang Shila dan Sharnaaz mampu kembali bersama seperti JLo dan Ben.

Sehubungan dengan soalan itu, Shila memberikan respons yang lucu. Katanya, firasat peminat itu agak menyeramkan dan hanya mampu untuk gelak dengan soalan tersebut.



Shila Amzah sudah menyatakan sebelum ini bahawa dia sudah bahagia dengan jodohnya sekarang sehingga mampu menimang seorang cahaya mata. 

Dia juga menyatakan bahawa dia dengan Sharnaaz Ahmad sudah berdamai dan kekal menjadi rakan biasa sahaja.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote debab_78 20-7-2022 03:02 PM
wartawan pun... senang betul kerja... instastory org pun bleh jadi bahan berita
Quote asfaz 20-7-2022 03:28 PM
Takyah la cakap banyak shila oii..kau solo dia pun solo. Banyak sangat cakap  sekali berjodohan pulak.
Quote babelina 20-7-2022 03:43 PM
eeeeiiii dia nie dh mcm attention seeker pula.. klau ko xnk kaitan.. xperlu la up2 soalan tu..
Quote kiah_mai_pulak 20-7-2022 03:44 PM
lapar perhatian sungguh si gedabak peti ais ni
Quote Hypothetically 20-7-2022 03:47 PM
Can stop already lah pakai topic sama. Jgn curah minyak lagi.  Ignore je lah kalau dah tak sebulu, lebih2 sgt nampak mcm sendiri tak move on. Tak payah ulang2 lagi, org pun bosan, dari hari tu masuk tv dgn paknil, lepas tu dgn ig story, berapa kali u hv to make yr point.
Quote minahsenget 20-7-2022 03:47 PM
perasannnnn
Quote mawarkhayalan99 20-7-2022 03:51 PM
senanya ko suka khueennnzzzzzz
Quote gideoncross 20-7-2022 04:02 PM
asfaz replied at 20-7-2022 03:28 PM
Takyah la cakap banyak shila oii..kau solo dia pun solo. Banyak sangat cakap  sekali berjodohan pula ...

Pstu netz pun stu hal, dh mcm jdi btu api.
Quote pocongkiutss 20-7-2022 04:04 PM
Perlu ke nak respon..Shila ni dah kenapa
Quote uori 20-7-2022 04:05 PM
dia boleh pilih untuk tak letak benda tu kat igs, tapi dia pilih sebaliknya
Quote Cokoro 20-7-2022 04:09 PM
Edited by Cokoro at 26-12-2022 01:56 PM

haritu dia jgk maroh netizen kait2kan dgn sanaz
Quote Myhappyending 20-7-2022 04:18 PM
So ko nak nanas ke sbrnya???
Quote Nizleen86 20-7-2022 04:24 PM
Pinggan tak retak, nasi tak dingin
Orang taknak, kita pun tak hingin

Tak gitu ke shila?
Quote tulip-rain 20-7-2022 04:25 PM
Kenapa yg tanya tu tulis Jennifer Lo?? Org selalu pakai JLo.
Gediklah kau shila. Kau sebenarnya sukakan gosip mcm ni? Saje mengundang. Karang org kata gatal gedik, marah pulak.
Lambatttttt lagi bentuk badan kau nak sama mcm JLo okay.
Jadi tak payah perasan
Quote HelgaPataki 20-7-2022 04:33 PM
Kata taknak kaitkan dgn Sharnaaz, tak pyh la jwb soalan2 gitu. Koser sgt dia ni. Eloklah disambung balik kena ban ja
Quote Mary_jane 20-7-2022 04:36 PM
Asik2 menyebut nama mamu, dah2 ler tu.
Quote SherryZass 20-7-2022 04:38 PM
Benda boleh elak utk tak up & share kat igs,
tapi dia pilih nak share.
So..Suka dalam tak suka, gitu?
Quote woven11 20-7-2022 04:44 PM
Lebih2 la dia ni. Boleh je kalau tak up soalan tu
Quote hanna88 20-7-2022 04:47 PM
kalau pasal shila ni mesti teringat ayat sharnaaz

abang tak main t*** dik hadoi lah..

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.982213 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top