CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Isteri Pertama Selamanya"- Amyza Aznan Salahkan Diri Sendiri, Mengaku Pernah Dikacau Penyondol

7-7-2022 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4661| Komen: 31

Description: Tahun lalu pelakon Amyza Aznan pernah memberi gambaran tentang rumah tangganya yang berantakan namun tidak pernah mendedahkan kemelut sebenar melanda perkahwinannya dengan suami, Khairil Idzhar.
Tahun lalu pelakon Amyza Aznan pernah memberi gambaran tentang rumah tangganya yang berantakan namun tidak pernah mendedahkan kemelut sebenar melanda perkahwinannya dengan suami, Khairil Idzhar.


Malah Amyza, 46, sempat menyangkal segala dakwaan tentang isu berkenaan dengan memberitahu perkahwinannya berada dalam keadaan baik dan bahagia.

Pun begitu, aktres itu akhirnya membuka mulut soal rumah tangganya dan mengakui pernah berhadapan kemelut akibat kehadiran orang ketiga yang menganggu gugat keharmonian perkahwinannya.

Foto: via mStar

"Biasalah lelaki ini, ada masanya nakal sikit. Kalau kita terlampau kawal mungkin dia boleh bertindak begitu.


"Tetapi rumah tangga saya sekarang Alhamdulillah bahagia. Saya isteri pertama selamanya! Apabila dia datang semula kepada kita dan berjanji nak betulkan keadaan saya terima," katanya kepada mStar.

Amyza ditemui ketika majlis pelancaran drama Penanggal Mak Kiah di Putrajaya pada Khamis.

Tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak atas masalah melanda perkahwinannya, Amyza sebaliknya melihat kekurangan diri sendiri yang mungkin menjadi punca suami mempunyai hubungan lain.

"Bertepuk sebelah tangan memang tidak berbunyi. Tapi saya lihat perkara ini berpunca daripada saya sendiri kerana tidak menjadi seorang isteri yang sempurna.

"Apabila semua perasaan was-was itu kita buang jauh-jauh dan reda apa yang berlaku, itu membuatkan kita lebih tenang dan tidak mudah marah," jelasnya.

Foto: via mStar

Berkongsi pandangan tentang 'penyondol' yang hangat diperkatakan ketika ini, Amyza menasihati agar mana-mana pasangan berkahwin sentiasa menjaga keharmonian rumah tangga.

"Kalau sayangkan hubungan, perbaiki segala kesalahan dan bukan mencari kesalahan. Kalau tak boleh juga, tepuk dada tanyalah selera," katanya.

Untuk rekod, Amyza berkahwin dengan Khairil pada 2004 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, Andrian Adam dan Ayden Andika. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote newyork 7-7-2022 03:47 PM
Dia ni kan yg ganyang aka pijak penyondol tu kan.. ingat2 lupa dah..tu makan dia..
Quote prettyuglybabe 7-7-2022 04:09 PM
i baca dengan serious tapi tetiba teringat sepender renoma i tergelak pulak
Quote manehnya 7-7-2022 04:36 PM
selamanya lah, dh jd sayur, cuba kacak segar bugar mcm ranveer kapur ka, meerqen baru nk up ka.. kan
Quote addamnor 7-7-2022 04:52 PM
Bukan kah laki beliau kena stroke? Gigih juga iya dlm keadaan stroke pun mencari dua
Quote shernazz 7-7-2022 04:57 PM
prettyuglybabe replied at 7-7-2022 04:09 PM
i baca dengan serious tapi tetiba teringat sepender renoma i tergelak pulak

Hahahaha
Iols pung sama
Teringat spender renomA
Quote nyoyoyenye 7-7-2022 05:02 PM
aiiii birah mana yg berselera memasang angan menyondol laki beliau ?? gelisss tak selera sis
Quote ezacbee 7-7-2022 06:11 PM
addamnor replied at 7-7-2022 04:52 PM
Bukan kah laki beliau kena stroke? Gigih juga iya dlm keadaan stroke pun mencari dua

Tak silap kejadian ni berlaku masa awal perkahwinan dorang. Laki dia sempat berskandal. Dia hangin siap cakap nak pijak perut penyondol berbadan dua. Kemain garang dia dulu xpadan keding.

Paling tragis bard indigo melamar dia tapi kena rejek. Aku ingat sbb aku baca mangga ke urtv kat kedai runcit.

Quote Kancilkering 7-7-2022 06:17 PM
bard indigo yg diabetic tu ke?
Quote asamfish 7-7-2022 06:19 PM
Saman skandal toklaki lebih baik dari memijak perut skandal toklaki......itu jah nak cakap.
Quote NotYou 7-7-2022 06:23 PM
Tak berupa pun nak skandal mandel ke...kadang lelaki wangi hensem lebih setia...dunia2
Quote nakkomenjugak 7-7-2022 06:50 PM
Aura kelindan lori punnn disondol???
Quote aammyy 7-7-2022 06:54 PM
I ingat husband dia ada skandal sbb masuk majalah dia tgh membebel. Ada la dekat 5 gambar berderet dia tgh membebel. Content dia I tak ingat la lama dah kan. Time tu I sekolah rendah lagi rasanya. Cuma time tu I pelik motif dia cerita kat media, sbb lakinya bukan artis pun, skandal tu pun entah sapa.
Quote addamnor 7-7-2022 08:35 PM
ezacbee replied at 7-7-2022 06:11 PM
Tak silap kejadian ni berlaku masa awal perkahwinan dorang. Laki dia sempat berskandal. Dia hangin ...

Kalau peristiwa tu weols igt masuk melodi.. circa early 2000 to mid 2000 rasanya.. in the end yang dituduh sebagai pelakor itu elok beranak siap show off balik di melodi beliau tak mati terberanak pun..
Lols.. kak kaia jaman dulu boleh tahan nak pijak perut orang..

But weols kenal kak kaia personally sipi2.. sheols baik jah
Quote Lelli 7-7-2022 10:52 PM
manehnya replied at 7-7-2022 04:36 PM
selamanya lah, dh jd sayur, cuba kacak segar bugar mcm ranveer kapur ka, meerqen baru nk up ka.. kan

Ranveer Kapur? Gabungan nama kekasih Deepika..hihi
Siapa yg kacak chuolls?
Ranveer Singh or Ranbir Kapoor(hb Alia Bhat)

Utk x ot..semoga kak kaia bersama suami terchenta ke akhir hayat.
Quote armin 7-7-2022 11:02 PM
nakkomenjugak replied at 7-7-2022 06:50 PM
Aura kelindan lori punnn disondol???

Hahahhahahh komen chuols berdekah iols baca
Quote Lily_Elizabeth_ 7-7-2022 11:21 PM
ezacbee replied at 7-7-2022 06:11 PM
Tak silap kejadian ni berlaku masa awal perkahwinan dorang. Laki dia sempat berskandal. Dia hangin ...

I pun ada alami hal sama baca gossip kat kedai runcit. Kikiki.
1998. Masatu terkejut baca kat harian metro.
Masa tu sokabar paling terhangat di pasaran adala harian metro tau.
Kisah pejal husin dan NA putus kasih setelah sepuloh tahun percintaan.
Masa tu tumpang sedih gak kat kapel ni.
Agitchew motip I sedey.
Sampai laaa ni NA tak kawen2 kan?. Sian dia.
Quote belacan_gurl 7-7-2022 11:23 PM
Hahahahaha kenapa kah lelaki yg suka main kayu tiga nih byk yg perut bonyot gemuk mcm singa laut haaa....x padan btoi ....hahahahaha
Quote gerbera.memopad 7-7-2022 11:33 PM
Antara interview Melodi yang legend la pada daku kisah Amyza ni dulu selain kisah Abby serbu Noman. Ingat lagi Amyza nangis cakap "inai masih merah tapi rumahtangga dah kena kacau" gitu la lebih kurang.
Quote rainbowrainz 8-7-2022 04:10 AM
nakkomenjugak replied at 7-7-2022 10:50 AM
Aura kelindan lori punnn disondol???

Hahahaha... adoiiiilahh Komen uols ni khuensss

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.064171 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top