CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yasin Sulaiman Bebas Hukuman Gantung

6-7-2022 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2628| Komen: 19

Description: "Saya amat bersyukur dengan keputusan ini," kata penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman selepas Mahkamah Majistret, di sini, melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah ...
"Saya amat bersyukur dengan keputusan ini," kata penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman selepas Mahkamah Majistret, di sini, melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja menerusi perbicaraan, hari ini.


Dia yang lebih dikenali sebagai Yasin berkata, keputusan ini adalah satu perkembangan positif bagi dirinya.

"Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.

Foto: Harian Metro

Sementara itu, abang Yasin, Zain Sulaiman, 50, berkata, mereka sekeluarga bersyukur dengan keputusan mahkamah hari ini biarpun adiknya itu tidak dapat beraya bersama pada Aidiladha nanti.


"Kami semua bersyukur dengan perkembangan kes ini, walaupun Aidiladha ini kami tidak dapat beraya dengannya, namun alhamdulillah, kami lega dengan perkembangan kes dihadapi Yasin ini.

"Saya harapkan rakan, teman akan terus mendoakan Yasin," katanya.

Terdahulu, Yasin terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram, Mac lalu.

Bagaimanapun, dia dituduh atas kesalahan miliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan dituduh mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender_Violet 6-7-2022 01:24 PM
Alhamdulillah.....
Tu je aku mampu ucapkan
Quote KamikuP 6-7-2022 01:46 PM
5 tahu penjara atau seumur hidup dan sebatan sekali kah? Yg mana satu nih?
Quote lasagna 6-7-2022 01:47 PM
fuhhhh sipi-sipi sungguh kes dia ni.. alhamdulillah. pasni jgn buat hal lagi.
Quote ezacbee 6-7-2022 01:55 PM
5 tahun penjara kejap je, tau2 dah 5 tahun. Part sebatan tu je yg seram sbb penah tengok demo sebatan kat mall dulu. Kemain kuat libasan rotan terus koyak bontot patung tu kalau bontot orang??.

Quote SonicSiLandak 6-7-2022 02:03 PM
geng matripat mmg suka main ganja

Quote helicornia 6-7-2022 02:05 PM
Lepas tuduhan mengedar.tapi memiliki dadah tak lepas
Quote Belibis 6-7-2022 02:10 PM
SonicSiLandak: geng matripat mmg suka main ga ...

Senang jumpa tuhan agaknya..atau nak tengok syurga semasa hidup.
Quote Normabaru 6-7-2022 02:29 PM
Maafla kaka norm terpaksa menarik blk simpati kaka norm asbab kesihatan heshe setakat ni xde deteriorating lgsg..

Celah mana perlunya canababis itu?

Kiranya alasan je berganja candu segala itu hari..dah kalau ko khayal agak2 ko solat tinggal x

Quote elzy 6-7-2022 02:30 PM
Alhamdulillah harap belajar dari kesilapan..
Quote stingergrumpy 6-7-2022 02:41 PM
Normabaru replied at 6-7-2022 02:29 PM
Maafla kaka norm terpaksa menarik blk simpati kaka norm asbab kesihatan heshe setakat ni xde deterio ...

Lagi khusyuk la bengap....bacaan tahjuid taranum yg padu.....ko nak try tak?

Cuma kalau ko a first timer aku cuma khuatir subuh jadi isyak rakaatnya...dek terlalu khusyuk....

Wakahkahkahkahkah
Quote cap_ayam 6-7-2022 02:45 PM
Dalam penjara dapat ubat apa.. elok je sihat ni.. semoga terus makan ubat yang disarankan doktor spital.. takkan penjara provide ganja jugak
Quote stingergrumpy 6-7-2022 02:45 PM
[youtube]zRIBwol6Arg[/youtube]

Who says tekan ganja tak boleh nyanyi? Lagi power ler...
Quote CariMalay 6-7-2022 03:48 PM
Hahaha      
Quote CariMalay 6-7-2022 03:49 PM
stingergrumpy replied at 6-7-2022 02:41 PM
Lagi khusyuk la bengap....bacaan tahjuid taranum yg padu.....ko nak try tak?

Cuma kalau ko a firs ...

Hahahaha... dah lama aku minat komen2 kau. Biar semua manusia2 bengap terhapus sikit demi sedikit
Quote nakkomenjugak 6-7-2022 05:26 PM
sujud sukorrrrrrrr heol
Quote stingergrumpy 6-7-2022 05:35 PM
CariMalay replied at 6-7-2022 03:49 PM
Hahahaha... dah lama aku minat komen2 kau. Biar semua manusia2 bengap terhapus sikit demi sedikit  ...


Kheunz? Dia yg tak berganja pun solat selalu missss...asyik alasannya? Datang bulan(peks berdarah)......org lain datang bulan ikut putaran...dia ikut setiap kali hilang mood bersolat....

Wakahkahlahkahkahkah

Sibuk persoalkheun org tengah khayal ganja ingat solat keww tidak....

Wakahkahkahkahkahkahkahkahkah

Mau tukar nick dia ler dari normajanda pi normaganja.....

Wakahkahkahkahkah
Quote namieamuro 6-7-2022 05:54 PM
nmpk helok je heshe. mase kene tahan, die dpt rawatan ke cane? nmpk better dr mse die kene tahan ritu
Quote ashilalat 6-7-2022 06:01 PM
Elok je dia sihat tanpa ganja dalam penjara. Apa perlunya ganja kalau dalam penjara sihat tanpa ganja? Musykil pulak aku
Quote dani-rox 6-7-2022 06:03 PM
tahniah lerr


Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.055147 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top