CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Memalukan, Ustazah Asma’ Harun Tegur Drama Melayu Banyak Babak Soft Porn

5-7-2022 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2364| Komen: 12

Description: Drama Melur untuk Firdaus sekali lagi menjadi bahan kontroversi selepas ditegur lembut oleh penceramah dan pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun.
Drama Melur untuk Firdaus sekali lagi menjadi bahan kontroversi selepas ditegur lembut oleh penceramah dan pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun.

Menerusi laman Facebooknya semalam, Ustazah Asma’ berkata industri hiburan tidak boleh normalisasi kelucahan dalam babak drama sehingga sanggup menjadikan babak tersebut sebagai pelaris.

Foto: Kosmo

“Cara soalan atau godaan Melur pada suaminya dalam beberapa babak sungguh memalukan sebagai orang Islam yang masih ada iman kerana jelas malu itu sebahagian daripada Iman. Ia juga bertentangan dengan budaya sopan melayu.

“Mungkin bagi peminat drama melihat teguran ini sangat tidak relevan, seolah-olah kami yang menegur ini mengarut atau melebih-lebih,” tulisnya.


Menurut pendakwah itu lagi, beliau mengakui agak terkejut dengan babak drama yang sedang berlegar dalam media sosial ekoran adegan yang dipaparkan sangat keterlaluan dan tidak sesuai ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat.

“Perkataan atau perbuatan termasuk lakonan berunsur lucah adalah tergolong dalam sesuatu yang dikeji dan tercela dalam agama Islam,” ujarnya.

Tambahnya lagi, kesan daripada drama dan filem yang menormalisasikan kelucahan seperti berpeluk dan bercium di khalayak ramai dapat dilihat pada generasi hari ini.

Terdahulu, drama rantaian fenomena, Melur Untuk Firdaus tular di media sosial hingga mendapat kecaman ramai apabila babak yang dipertontonkan didakwa mempromosikan ‘soft porn’. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 5-7-2022 02:04 PM
ostajah bieber ni cukur kening ke
Quote cikatilia 5-7-2022 03:44 PM
isu2 yg boleh glamour rajin dia tegor lembot
Quote Orix 5-7-2022 03:47 PM
rajin setejah nengok tv yekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Quote sharlenetexas 5-7-2022 03:47 PM
Taknak tegur berlakon kayu?


Quote SonicSiLandak 5-7-2022 03:50 PM
ustazah juga patut tegur produksi2 yg banyak kulikan bangsa2 gay pondan pedo ni suka raba2 pelakon2 wanita

tak hormat langsung pada wanita

wanita pulak suka jatuhkan martabat panggil gay2 pondan pedo ni "akak"

apa ko pun tongong tk reti beza laki dan perempuan kah??

PKNS betul..

yiiiiiiiiiiiiiiiiiihhhhhhhh

Quote ezacbee 5-7-2022 04:02 PM
Aku sendiri pun xlayan drama melayu ni... rajin ustazah layan drama TV.


Quote umbut 5-7-2022 04:04 PM
Skrg zaman tenet netflix bagai, mcm2 movie kaw2 ada bukan cam dulu tgk citer yg govn siarkan je. Halang sana sini, pastu layan movie omputih sama je. Ni baru habis marathon money heist ngan adengan yummy2
Quote Mulotkoyak 5-7-2022 04:09 PM
Rajin setazah ni komen psl hiburan
Quote Mary_jane 5-7-2022 04:40 PM
Sepatah kata untuk akak kopek dari ganu boleh tak ustazah? Ralit jejantan dibuatnya, masing2 burung dah nak melepas.
Quote ifanonline 5-7-2022 04:42 PM
soft porn menjadi permintaan majoriti rakyat malaysia yg kaki tiktok...kalau takde soft porn, drama tak laku...
Quote Adrif 5-7-2022 05:53 PM
tegur pelakon, pengarah, produksi, penerbit semua ni bukannya jalan..
diorang hidup berlandaskan kehidupan mat saleh sana tuu.
kecuali hari raya. haa yang tu masing2 baju raya 5-6 pasang. 2 bulan open house.

kalau cakap pasal agama, masing2 melenting walaupun dalam IC agama Islam.
tapi tu lah.. tegur sekali je. tak jalan jugak, biarkan luncai terjun bersama labu-labunya.

kita tukar je ke channel lain. bukan susah, amik remote, tekan.

dari dulu sampai sekarang stesen tv, pelakon semua sama je perangai..
yang dah tua hilang, ganti yang muda.
sama je gaya. berlakon menjadi murahan macam orang takde maruah dan pegangan.
"Untuk menjayakan lakonan dan menghidupkan watak. Kita kena professional."

wahahahaha. mungkin itu alasan yang dia nak ulang dalam kubur nanti
Quote kitmal 23-7-2022 11:58 PM
malu tapi mengadap juga....yang lebih besar buat tak nampak..RASUAH///mungkin yang ni tidak glamour atau dah memang fikiran kearah benda tu..tengok sikit cepat terangsang

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.045909 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top