View: 2023|Reply: 12
|
Memalukan, Ustazah Asma’ Harun Tegur Drama Melayu Banyak Babak Soft Porn
[Copy link]
|
|
Drama Melur untuk Firdaus sekali lagi menjadi bahan kontroversi selepas ditegur lembut oleh penceramah dan pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun.
Menerusi laman Facebooknya semalam, Ustazah Asma’ berkata industri hiburan tidak boleh normalisasi kelucahan dalam babak drama sehingga sanggup menjadikan babak tersebut sebagai pelaris.
Foto: Kosmo
“Cara soalan atau godaan Melur pada suaminya dalam beberapa babak sungguh memalukan sebagai orang Islam yang masih ada iman kerana jelas malu itu sebahagian daripada Iman. Ia juga bertentangan dengan budaya sopan melayu.
“Mungkin bagi peminat drama melihat teguran ini sangat tidak relevan, seolah-olah kami yang menegur ini mengarut atau melebih-lebih,” tulisnya.
Menurut pendakwah itu lagi, beliau mengakui agak terkejut dengan babak drama yang sedang berlegar dalam media sosial ekoran adegan yang dipaparkan sangat keterlaluan dan tidak sesuai ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat.
“Perkataan atau perbuatan termasuk lakonan berunsur lucah adalah tergolong dalam sesuatu yang dikeji dan tercela dalam agama Islam,” ujarnya.
Tambahnya lagi, kesan daripada drama dan filem yang menormalisasikan kelucahan seperti berpeluk dan bercium di khalayak ramai dapat dilihat pada generasi hari ini.
Terdahulu, drama rantaian fenomena, Melur Untuk Firdaus tular di media sosial hingga mendapat kecaman ramai apabila babak yang dipertontonkan didakwa mempromosikan ‘soft porn’. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
ostajah bieber ni cukur kening ke |
|
|
|
|
|
|
|
isu2 yg boleh glamour rajin dia tegor lembot |
|
|
|
|
|
|
|
rajin setejah nengok tv yekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Taknak tegur berlakon kayu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku sendiri pun xlayan drama melayu ni... rajin ustazah layan drama TV.
|
|
|
|
|
|
|
|
Skrg zaman tenet netflix bagai, mcm2 movie kaw2 ada bukan cam dulu tgk citer yg govn siarkan je. Halang sana sini, pastu layan movie omputih sama je. Ni baru habis marathon money heist ngan adengan yummy2 |
|
|
|
|
|
|
|
Rajin setazah ni komen psl hiburan |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatah kata untuk akak kopek dari ganu boleh tak ustazah? Ralit jejantan dibuatnya, masing2 burung dah nak melepas. |
|
|
|
|
|
|
|
soft porn menjadi permintaan majoriti rakyat malaysia yg kaki tiktok...kalau takde soft porn, drama tak laku... |
|
|
|
|
|
|
|
tegur pelakon, pengarah, produksi, penerbit semua ni bukannya jalan..
diorang hidup berlandaskan kehidupan mat saleh sana tuu.
kecuali hari raya. haa yang tu masing2 baju raya 5-6 pasang. 2 bulan open house.
kalau cakap pasal agama, masing2 melenting walaupun dalam IC agama Islam.
tapi tu lah.. tegur sekali je. tak jalan jugak, biarkan luncai terjun bersama labu-labunya.
kita tukar je ke channel lain. bukan susah, amik remote, tekan.
dari dulu sampai sekarang stesen tv, pelakon semua sama je perangai..
yang dah tua hilang, ganti yang muda.
sama je gaya. berlakon menjadi murahan macam orang takde maruah dan pegangan.
"Untuk menjayakan lakonan dan menghidupkan watak. Kita kena professional."
wahahahaha. mungkin itu alasan yang dia nak ulang dalam kubur nanti |
|
|
|
|
|
|
|
malu tapi mengadap juga....yang lebih besar buat tak nampak..RASUAH///mungkin yang ni tidak glamour atau dah memang fikiran kearah benda tu..tengok sikit cepat terangsang |
|
|
|
|
|
|
| |
|