CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beruntungnya Anak Elisya Sandha Dapat Nenek Macam Sheila Rusly

4-7-2022 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2246| Komen: 3

Description: Beruntung betul anak kepada pelakon Elisya Sandha iaitu Bunga ElHaq apabila mendapat seorang nenek yang sangat penyayang, siapa lagi kalau bukan pelakon, pengarah dan juga produser, Sheila Rusly.
Beruntung betul anak kepada pelakon Elisya Sandha iaitu Bunga ElHaq apabila mendapat seorang nenek yang sangat penyayang, siapa lagi kalau bukan pelakon, pengarah dan juga produser, Sheila Rusly.


Mana tidaknya, dalam satu perkongsian menerusi Instagram Sheila, isteri kepada pengarah Jinggo itu begitu asyik mendodoikan cucu sulungnya itu di balkoni rumah sambil menyanyikan lagu You Are My Sunshine yang telah diubah liriknya khas untuk si cucu.

Foto: IG

Nampak begitu jelas Sheila sangat menyayangi Bunga sehingga caranya mendodoikan bayi itu menarik perhatian netizen. Rata-rata menyifatkan Bunga sungguh bertuah.

Bergelar cucu kepada Sheila Rusly pun dah beruntung, apatah lagi diberi kasih sayang sebegitu besar. Walaupun luaran Sheila nampak garang dan tegas, namun sebagai nenek, ketara sungguh sisi kelembutan ibu kepada dua orang anak itu.




“Masya-Allah. Alhamdulillah untung menantu dapat mentua yang penyayang dan prihatin. Kasih yang tidak berbelah bahagi. Semoga Bunga membesar dan menjadi anak yang solehah,” kata seorang netizen.

“Untung dapat menantu seperti mentua begini,” kata seorang lagi pengguna Instagram.





“Beruntung Bunga lahir dalam keluarga penuh kasing sayang,” kata seorang lagi pengikut Sheila. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 4-7-2022 04:29 PM
nenek2 lain pon syg cucu nya cuma idok le ada masa nak nulis berkarangan dlm IG utk dibaca umum.. hik hik
Quote afie_m 4-7-2022 04:45 PM
kata 1st cucu kan..semestinya lah...
Quote ezacbee 4-7-2022 04:50 PM
cikatilia replied at 4-7-2022 04:29 PM
nenek2 lain pon syg cucu nya cuma idok le ada masa nak nulis berkarangan dlm IG utk dibaca umum.. hi ...

Oklah orang rajin menulis. Klo aku biasanya letak emoji je.. xpaham korang pikirlah sendiri.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.041773 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top