CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ira Kazar Perlu Masuk Pembelaan, Tak Boleh Ganggu Puteri Sarah

4-7-2022 01:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 32430| Komen: 374

Description: Wanita yang dikaitkan kekasih kepada pelakon Syamsul Yusof, Faghirah Fatini Kazaruddin atau Ira Kazar perlu memasukkan pembelaannya dalam saman yang dikemukakan pelakon Puteri Sarah dalam tempoh sebul ...
Wanita yang dikaitkan kekasih kepada pelakon Syamsul Yusof, Faghirah Fatini Kazaruddin atau Ira Kazar perlu memasukkan pembelaannya dalam saman yang dikemukakan pelakon Puteri Sarah dalam tempoh sebulan.


Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Puteri Sarah, selaku plaintif selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rofiah Mohamad di sini hari ini.


Foto: IG

“Mahkamah sudah arahkan pihak defendan (Ira Kazar) untuk memasukkan pembelaan dalam masa satu bulan. Jika perlu jawab kita (plaintif) akan jawab, jika tidak mahkamah akan tetapkan tarikh bicara,” kata peguam itu ketika ditemui di sini hari ini.


Menurut peguam itu, mahkamah kemudian menetapkan 23 Ogos ini untuk pengurusan kes selanjutnya.

Dalam pada itu, peguam itu turut memberitahu mahkamah mengekalkan perintah interim injunksi ex-parte (sebelah pihak) yang antaranya defendan diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga kes perbicaraan penuh.



“Pihak defendan tidak membantah dan perintah interim injuksi itu dikekalkan mahkamah,” kata peguam itu.

Sebelum ini plaintif telah mendapatkan perintah interim injunksi sebelum ini. Permohonan itu telah dihantar kepada defendan pada 28 Jun lalu dan telah diterimanya.

Sementara itu ketika ditanya, sama ada kes saman ini berkemungkinan akan diselesaikan secara baik oleh kedua-dua belah pihak, peguam itu berkata setakat ini kedua-dua pihak belum lagi ke arah itu.

“Sekiranya ada inisiatif (selesai cara baik) kita tengok dulu..kita bukan arrogant (meninggi diri) jadi asalkan tawaran itu logikal kita akan pertimbangkan selepas mendapat arahan anak guam (Puteri Sarah),” kata peguam itu lagi.

Selain Akberdin, peguam plaintif yang turut hadir dalam pengurusan kes itu ialah Siti Natasha Basheer Hassan dan Ummi Kartini Abd. Latiff.

Dalam pada itu, peguam Ammar Ghalip yang mewakili Ira Kazar ketika dihubungi turut mengesahkan pihaknya perlu memasukkan pembelaan dalam tempoh sebulan sebelum atau pada 4 Ogos ini.

“Saya sudah memasukkan dan menyerahkan kehadiran kepada plaintif dan hari ini mahkamah mengesahkan defendan (anak guam) telah melantik peguam dan kehadiran dimasukkan pada Jumaat lalu,” kata Ammar.

Dalam prosiding hari ini, Puteri Sarah dan Ira Kazar tidak hadir ke mahkamah dan hanya mewakilkan peguam masing-masing. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 4-7-2022 01:07 PM
Ira Kazar perlu masuk pembelaan, tidak boleh ganggu Puteri Sarah

https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... anggu-puteri-sarah/

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
4 Julai 2022, 1:03 pm



KUALA LUMPUR – Wanita yang dikaitkan kekasih kepada pelakon Syamsul Yusof, Faghirah Fatini Kazaruddin atau Ira Kazar perlu memasukkan pembelaannya dalam saman yang dikemukakan pelakon Puteri Sarah dalam tempoh sebulan.

Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Puteri Sarah, selaku plaintif selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rofiah Mohamad di sini hari ini.

“Mahkamah sudah arahkan pihak defendan (Ira Kazar) untuk memasukkan pembelaan dalam masa satu bulan. Jika perlu jawab kita (plaintif) akan jawab, jika tidak mahkamah akan tetapkan tarikh bicara,” kata peguam itu ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut peguam itu, mahkamah kemudian menetapkan 23 Ogos ini untuk pengurusan kes selanjutnya.

Dalam pada itu, peguam itu turut memberitahu mahkamah mengekalkan perintah interim injunksi ex-parte (sebelah pihak) yang antaranya defendan diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga kes perbicaraan penuh.

“Pihak defendan tidak membantah dan perintah interim injuksi itu dikekalkan mahkamah,” kata peguam itu.

Sebelum ini plaintif telah mendapatkan perintah interim injunksi sebelum ini. Permohonan itu telah dihantar kepada defendan pada 28 Jun lalu dan telah diterimanya.

Sementara itu ketika ditanya, sama ada kes saman ini berkemungkinan akan diselesaikan secara baik oleh kedua-dua belah pihak, peguam itu berkata setakat ini kedua-dua pihak belum lagi ke arah itu.

“Sekiranya ada inisiatif (selesai cara baik) kita tengok dulu..kita bukan arrogant (meninggi diri) jadi asalkan tawaran itu logikal kita akan pertimbangkan selepas mendapat arahan anak guam (Puteri Sarah),” kata peguam itu lagi.

Selain Akberdin, peguam plaintif yang turut hadir dalam pengurusan kes itu ialah Siti Natasha Basheer Hassan dan Ummi Kartini Abd. Latiff.

Dalam pada itu, peguam Ammar Ghalip yang mewakili Ira Kazar ketika dihubungi turut mengesahkan pihaknya perlu memasukkan pembelaan dalam tempoh sebulan sebelum atau pada 4 Ogos ini.

“Saya sudah memasukkan dan menyerahkan kehadiran kepada plaintif dan hari ini mahkamah mengesahkan defendan (anak guam) telah melantik peguam dan kehadiran dimasukkan pada Jumaat lalu,” kata Ammar.

Dalam prosiding hari ini, Puteri Sarah dan Ira Kazar tidak hadir ke mahkamah dan hanya mewakilkan peguam masing-masing.– KOSMO! ONLINE
Quote makcun14 4-7-2022 01:10 PM
Parking dulu
Quote Nenolen 4-7-2022 01:13 PM
birah...ghairah...
Quote antiQue 4-7-2022 01:15 PM
PS ni dah confirm kan ke semua akaun socmed tu IK punya?
Quote Nsz1314 4-7-2022 01:21 PM
antiQue replied at 4-7-2022 01:15 PM
PS ni dah confirm kan ke semua akaun socmed tu IK punya?

Itula. Wondering jgak.. IK guna akaun dia or fake account dm2 Sarah. Klau fake account mcm mana nk bukti kan tu IK..
Quote 3chanceno 4-7-2022 01:48 PM
Siap2 kopok ikan & muruku

Semuga kebenaran di pihak yang benar..
Quote suterabiru123 4-7-2022 01:51 PM
Nama pon dh birah
Quote Cokoro 4-7-2022 01:53 PM
Apa mksud nma dia tu
Quote rainbowrainz 4-7-2022 01:56 PM
Belum dpt kemain le lagi masing2 gigih pertahankan cinta hangguk ngok depa ni..dah dpt nanti setan pun larikkkkkkk tak kowserrrr nak goda dh
Quote iolss 4-7-2022 01:59 PM
benda cani what goes around comes around..
hari ni mereka2 seronok tibai laki org.. esok lusa depa dah kawin..
depa rs la paranoid nye bila laki kuar g keja..betui ka laki i g keja?
bila laki main hf mnjg.. betui ka laki i tgk ceramah ugama bkn msg dgn skandal lain?? buahahah..
sbb dlu mereka buat ms org tu bbini mcm tu..bila dia lak jd bini..rasa in looo
br ada akaiii penyondol2 sekelian alam..
Quote Lavender_Violet 4-7-2022 02:00 PM
Faghirah birah Ira
Gitchewwww nama sheols
Quote b_n_c 4-7-2022 02:00 PM
selalunya kes2 mcm ni berapa ribu nak kena byr lawyer ya?
Quote lanacondor 4-7-2022 02:02 PM
Mcm bodoh je berebut jantan..yg sebetulnya sb berduit.cuba jantan kje cashier pasaraya ke guard ke ensem setia cmn pon korg tgl..sama je dua2..yg untung laki xdi kecam.dr zmn tok nenek smpi skg pmpn yg slh.knp xslhkn laki..
Quote newyork 4-7-2022 02:03 PM
lawyer PS mesti dah advise/siasat semua tu whatss app IG dek faghirah ni..cukup bukti tu amik tindakan..  tatau la kalau lawyer faghirah terer lg..
Quote cm_vungtau 4-7-2022 02:08 PM
Edited by cm_vungtau at 18-7-2022 09:13 PM

Dah kenapa la letak nama anak dengan huruf gh gitu. Tak sedap langsung.
Quote ayukpingu 4-7-2022 02:08 PM
lanacondor replied at 4-7-2022 02:02 PM
Mcm bodoh je berebut jantan..yg sebetulnya sb berduit.cuba jantan kje cashier pasaraya ke guard ke e ...

lagi bodoh kalau tak dapat mempertahankan rumah tangga sebelum surrender kena cop bodoh sebab berebut jantan.
tu isteri dia dan memang hak dia pertahankan rmh tangga dia.

yang bodoh tu kau, sama level dgn birah
Quote timah03 4-7-2022 02:10 PM
lanacondor replied at 4-7-2022 02:02 PM
Mcm bodoh je berebut jantan..yg sebetulnya sb berduit.cuba jantan kje cashier pasaraya ke guard ke e ...

Ni bukan berebut sis... Ni sebab kacau life orang, kacau kawan2, kacau family sarah sis...
Quote meteorspeed 4-7-2022 02:10 PM
lanacondor replied at 4-7-2022 02:02 PM
Mcm bodoh je berebut jantan..yg sebetulnya sb berduit.cuba jantan kje cashier pasaraya ke guard ke e ...

Yer la.. Kalu dia keje cashier nak ker ponyondol sondol kan.. Tak kan..
Quote laksmanabentan 4-7-2022 02:11 PM
kelasssss..... patutnya sera shuk tu buat camni laa...
hahahahahahhaa......

jangan lupa nanti minta harta sepencarian...
biar terlondeh sikit sol tuh...
hahahahhahaaha.....

bayar peguam mahal sikit takpe asal berbaloiiii....
hahahhahaaa....

Lihat semua komen(374)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.075162 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top