CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dulu Tak Mengaku- Sah Sheryl Shazwanie Hamil Lima Bulan, Azzam Sham Rahsiakan Sebab Ikut Nasihat Keluarga

1-7-2022 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4950| Komen: 48

Description: Setelah sekian lama mengunci mulut, akhirnya penyanyi Azzam Sham berkongsi berita gembira isterinya iaitu Sheryl Shazwanie kini hamil lima bulan.
Setelah sekian lama mengunci mulut, akhirnya penyanyi Azzam Sham berkongsi berita gembira isterinya iaitu Sheryl Shazwanie kini hamil lima bulan.

Menurut Azzam, 25, dia terpaksa merahsiakan mengenai perkara itu sebelum ini kerana mengikut nasihat keluarga supaya tidak berkongsi terlalu awal.

Foto: IG

"Betullah khabar angin selama ini mengatakan isteri saya hamil. Sekarang usia kandungan sudah masuk lima bulan.

"Sudah lama saya simpan berita ini. Tetapi ikut nasihat keluarga lebih elok rahsiakan dulu. Rasanya sekarang sudah tiba masa untuk saya ceritakan," katanya kepada mStar.



Tidak percaya bakal bergelar bapa hujung tahun inj, Azzam berkata dia banyak mendapatkan nasihat daripada ibu bapanya mengenai hal penjagaan bayi.

Dalam pada itu, Azzam turut memberitahu dia akan mempertimbangkan sebarang tawaran kerja kerana mahu memberi fokus kepada keluarga.



"Sehingga sekarang rasanya macam tidak percaya saya bakal bergelar bapa dalam usia muda.

"Semestinya saya banyak mendapatkan nasihat daripada ibu bapa kami selain membuat bacaan di internet.

"Selepas ini mungkin saya perlu pertimbangkan tawaran kerja yang terlalu lama. Tidak boleh pulang lewat kerana mahu beri tumpuan kepada isteri dan anak," ujarnya.


Untuk rekod Azzam dan Sheryl mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya.

Dalam perkembangan lain, Azzam baru sahaja melancarkan lagu baharu berjudul Pusara Kasih.


Meluahkan rasa lega kerana lagu itu akhirnya dilancarkan, Azzam memberitahu ia dirakamkan pada tahun 2019.

Sebelum ini, Azzam pernah meluahkan rasa kecewa dengan syarikat rakaman gara-gara lagu tersebut mengambil masa lama untuk dilancarkan.


"Lega juga akhirnya lagu ini dilancarkan. Sebelum ini peminat asyik bertanya dan saya akan jawab tak lama lagi. Seolah macam menipu dengan peminat.

"Tak perlu nak panaskan cerita lagu ini lambat keluar kerana semua sudah selesai," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 1-7-2022 10:01 AM
Whoareyussss???
Quote kelip2_07 1-7-2022 10:01 AM
sapoooo
Quote srisofe 1-7-2022 10:02 AM
cmf_premierleag replied at 1-7-2022 10:01 AM
Whoareyussss???

I second you. Apepun congrats
Quote laksmanabentan 1-7-2022 10:04 AM
whoareyussss????
ada orang kesah ker dek ko mengandung ker tak???
hahahhahahahahahahaa.......

paparazi nak kejar ko ker kalau ko mengaku mengandung tu.....
lain la ko tak berlaki... ni ada laki kot.....
Quote nanasno 1-7-2022 10:05 AM
alahai dik. ngko lalu sebelah akak pun haram akak tak kenal dikkk
Quote prince_marhaen 1-7-2022 10:09 AM
"...Tak perlu nak panaskan cerita lagu ini lambat keluar kerana semua sudah selesai.."

Panas? kerjaya seni korang pun sesejuk peti ais bukak atas yang macam keranda tu...apatah lagi kisah mengandung... yihhh!
Quote SherryZass 1-7-2022 10:10 AM
Entah, kenal pun tak.
Quote mamajawie 1-7-2022 10:24 AM
sapooo dedua ni??
Quote slyfynx 1-7-2022 10:32 AM
Apekah?
Sapekah korang?
Quote SonicSiLandak 1-7-2022 10:32 AM
mcm adik beradik je..

Quote cikatilia 1-7-2022 11:02 AM
pemes ke depa nak jadi berita
Quote Carcosa 1-7-2022 11:03 AM
Budak kerje MPH branch mana ni?
Quote Suchi 1-7-2022 11:07 AM
Tahniah, sama2 baya ngan anak Usop la nanti ya.
Quote Budakmomok 1-7-2022 11:10 AM
Tahniah tahniah
Quote 3chanceno 1-7-2022 11:22 AM
Sapa nie? Bini dia pun penyanyi ke?

Tahniah je lah
Quote epullipan 1-7-2022 11:33 AM
dua dua ekor tak kenal...mohon tenggelam terus
Quote shernazz 1-7-2022 11:35 AM
Alahai...
Apa motip sembunyi.perkahwinan
Kalau disebarkan pon weols tak.kenal uols.neh sapa...
Semua still kena.makan n kerja tiap2 hari
Quote buapakperut 1-7-2022 11:49 AM
tak elok menafikan kalau tau dah mengandung.seolah tak mahu.kang kene tarik balik ha.seeloknya diam je,atau ckp elok2. yelah sape tanya tu pun engkorang ni sape iolss puntak penah dengar.pemes lagi artis indon tak mandi yg muka penuh dgn cyst tu
Quote freesia71 1-7-2022 11:59 AM
Ya rabbbi…sapa depa ni.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.210822 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top