View: 4507|Reply: 47
|
Dulu Tak Mengaku- Sah Sheryl Shazwanie Hamil Lima Bulan, Azzam Sham Rahsiakan Sebab Ikut Nasihat Keluarga
[Copy link]
|
|
Setelah sekian lama mengunci mulut, akhirnya penyanyi Azzam Sham berkongsi berita gembira isterinya iaitu Sheryl Shazwanie kini hamil lima bulan.
Menurut Azzam, 25, dia terpaksa merahsiakan mengenai perkara itu sebelum ini kerana mengikut nasihat keluarga supaya tidak berkongsi terlalu awal.
Foto: IG
"Betullah khabar angin selama ini mengatakan isteri saya hamil. Sekarang usia kandungan sudah masuk lima bulan.
"Sudah lama saya simpan berita ini. Tetapi ikut nasihat keluarga lebih elok rahsiakan dulu. Rasanya sekarang sudah tiba masa untuk saya ceritakan," katanya kepada mStar.
Tidak percaya bakal bergelar bapa hujung tahun inj, Azzam berkata dia banyak mendapatkan nasihat daripada ibu bapanya mengenai hal penjagaan bayi.
Dalam pada itu, Azzam turut memberitahu dia akan mempertimbangkan sebarang tawaran kerja kerana mahu memberi fokus kepada keluarga.
"Sehingga sekarang rasanya macam tidak percaya saya bakal bergelar bapa dalam usia muda.
"Semestinya saya banyak mendapatkan nasihat daripada ibu bapa kami selain membuat bacaan di internet.
"Selepas ini mungkin saya perlu pertimbangkan tawaran kerja yang terlalu lama. Tidak boleh pulang lewat kerana mahu beri tumpuan kepada isteri dan anak," ujarnya.
Untuk rekod Azzam dan Sheryl mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya.
Dalam perkembangan lain, Azzam baru sahaja melancarkan lagu baharu berjudul Pusara Kasih.
Meluahkan rasa lega kerana lagu itu akhirnya dilancarkan, Azzam memberitahu ia dirakamkan pada tahun 2019.
Sebelum ini, Azzam pernah meluahkan rasa kecewa dengan syarikat rakaman gara-gara lagu tersebut mengambil masa lama untuk dilancarkan.
"Lega juga akhirnya lagu ini dilancarkan. Sebelum ini peminat asyik bertanya dan saya akan jawab tak lama lagi. Seolah macam menipu dengan peminat.
"Tak perlu nak panaskan cerita lagu ini lambat keluar kerana semua sudah selesai," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
sapoooo |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 1-7-2022 10:01 AM
Whoareyussss???
I second you. Apepun congrats |
|
|
|
|
|
|
|
whoareyussss????
ada orang kesah ker dek ko mengandung ker tak???
hahahhahahahahahahaa.......
paparazi nak kejar ko ker kalau ko mengaku mengandung tu.....
lain la ko tak berlaki... ni ada laki kot..... |
|
|
|
|
|
|
|
alahai dik. ngko lalu sebelah akak pun haram akak tak kenal dikkk |
|
|
|
|
|
|
|
"...Tak perlu nak panaskan cerita lagu ini lambat keluar kerana semua sudah selesai.."
Panas? kerjaya seni korang pun sesejuk peti ais bukak atas yang macam keranda tu...apatah lagi kisah mengandung... yihhh! |
|
|
|
|
|
|
|
mcm adik beradik je..
|
|
|
|
|
|
|
|
pemes ke depa nak jadi berita |
|
|
|
|
|
|
|
Budak kerje MPH branch mana ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah, sama2 baya ngan anak Usop la nanti ya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sapa nie? Bini dia pun penyanyi ke?
Tahniah je lah |
|
|
|
|
|
|
|
dua dua ekor tak kenal...mohon tenggelam terus |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai...
Apa motip sembunyi.perkahwinan
Kalau disebarkan pon weols tak.kenal uols.neh sapa...
Semua still kena.makan n kerja tiap2 hari |
|
|
|
|
|
|
|
tak elok menafikan kalau tau dah mengandung.seolah tak mahu.kang kene tarik balik ha.seeloknya diam je,atau ckp elok2. yelah sape tanya tu pun engkorang ni sape iolss puntak penah dengar.pemes lagi artis indon tak mandi yg muka penuh dgn cyst tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|