CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nurhaliza Teruja Nak Hiburkan Golongan B40

28-6-2022 07:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2253| Komen: 23

Description: Kemunculan penghibur tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 43, dalam 'showcase' istimewa sememangnya ditunggu kelompok peminat tegarnya yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.Mala ...
Kemunculan penghibur tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 43, dalam 'showcase' istimewa sememangnya ditunggu kelompok peminat tegarnya yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.


Malah, sebaik mendengar 'desas-desus' Siti akan mengadakan 'showcase' dan konsert, pasti peminatnya teruja membuat persiapan membeli tiket.


IG Siti Nurhaliza

Pun begitu, bagi 'showcase' Siti yang berlangsung dalam fasa endemik ini adalah Queen Of The Night Siti Nurhaliza pada 6 Ogos depan di Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, jam 7 malam.

Persembahan nyanyian istimewa Siti yang penuh makna ini dibawakan oleh penganjur projek, Be De Paris. Malah, menariknya lagi semua meja untuk penonton sudahpun dibeli oleh Yayasan Metamorphosis.

Siti ditemui pada majlis sidang media Queen Of The Night di Menara Berkembar Petronas, KLCC, Jalan Ampang, baru-baru ini berkata, dia tidak menduga jualan meja untuk 'showcase' istimewa itu habis dijual lebih awal.

"Terkejut juga apabila saya dimaklumkan penganjur bahawa semua meja dijual untuk 'showcase' ini sudah dibeli pihak Yayasan Metamorphosis untuk disumbangkan kepada golongan B40 yang terpilih.

"Saya bersyukur juga dapat terbabit untuk menjayakan 'showcase' Queen Of The Night ini kerana barisan penonton yang hadir nanti amat istimewa. 

"Terus terang saya teruja nak menghiburkan golongan B40 terpilih itu yang mungkin sudah lama teringin menonton 'show' saya.

"Saya berusaha memberikan persembahan terbaik untuk menghiburkan mereka pada malam itu nanti dengan rangkaian 15 lagu yang kebanyakannya lagu popular saya berkisar kepada wanita dan inspirasi," katanya.

Bakal menjayakan persembahan itu selama 90 minit, Siti berkata, dia juga tidak akan sama sekali tampil dengan 'show' yang dianggap 'double standard'. Katanya, sebagai penyanyi sudah pasti persembahan yang ikhlas itu membawa kepuasan tersendiri.

"Sebagai penyanyi yang menghiburkan penonton, tiada istilah 'double standard' dalam persembahan. Untuk saya, apa yang paling utama penonton mendapat kepuasan pada 'show' dijayakan. Apatah lagi, mereka membeli tiket yang dijual itu.

"Jadi, saya perlu memberikan persembahan yang mantap, berkesan dan menghiburkan supaya apabila balik ke rumah nanti, banyak momen indah dapat diingati mereka," katanya yang akan menggayakan dua rekaan busana khas.

Persembahan yang diiringi komposer dan pengarah muzik terkenal, Aubrey Suwito itu juga semestinya tidak akan menghampakan penonton dengan susunan muzik yang segar. Menurut Siti, beliau dan Aubrey selalu saling berbincang.


IG Siti Nurhaliza

Sementara itu, Presiden Yayasan Metamorphosis, Datuk Razalif Mohamad Zain berkata, dia sudah lama mimikirkan untuk membawa Siti menjayakan projek 'showcase' istimewa bagi menghiburkan golongan B40.

"Siti adalah penghibur terkenal dan nombor satu negara. Jadi, sudah semestinya ramai pada kalangan rakyat di negara ini teringin dan mempunyai impian untuk menyaksikan 'showcase' beliau, termasuk golongan B40 sendiri.

"Jadi, bagi memastikan 'dream come true' buat golongan B40 ini menonton 'showcase' Siti, kami dari Yayasan Metamorphosis sentiasa mencari peluang untuk menjalinkan kerjasama menarik dan istimewa," katanya.

Difahamkan, seramai 450 peminat Siti dalam kalangan Keluarga Malaysia, B40 terpilih dari seluruh negara yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah, ibu tunggal dan anak yatim akan hadir menyaksikan 'showcase' Queen Of The Night Siti Nurhaliza itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nanadjo 28-6-2022 09:29 AM
Perlu ke mention B40 banyak kali? Iols rengsek baca artikel ni, macam la semua B40 tu tak mampu. Cakap je la golongan yang kurang berkemampuan. Yang selalu pergi konsert kamu beli tiket pakai duit sendiri tu kamu ingat golongan M40 T20 je ke?
Quote KBW2 28-6-2022 10:03 AM
Dalam keadaan ekonomi begini, dengan inflasi dan rege barang dapur yang dah melambung-lambung, camna ada orang pike nak buat showcase percuma untuk B40 plak ni?


Korang cuba pike-pike.
Quote jalfa 28-6-2022 10:27 AM
Dia ingat t20ngan m40 tu penyokong terpaling dia agaknya hello
Quote badai 28-6-2022 10:38 AM
dah berkasta-kasta pulak malaysia
Quote marchikobonzo 28-6-2022 11:14 AM
YIhhh..B40 tengah sebok fikir nak survive setiap hari, dia boleh cakap nak hiburkan golongan B40 mcm B40 tu hina sangat je
Quote Mamason 28-6-2022 11:18 AM
Nanadjo replied at 28-6-2022 09:29 AM
Perlu ke mention B40 banyak kali? Iols rengsek baca artikel ni, macam la semua B40 tu tak mampu. Cak ...

Betul lah tu.. .Mama pun perasan jugak.  Kenapa nak mention golongan2 tersebut?  Teruk sgt ke?
Quote Mamason 28-6-2022 11:20 AM
KBW2 replied at 28-6-2022 10:03 AM
Dalam keadaan ekonomi begini, dengan inflasi dan rege barang dapur yang dah melambung-lambung, camna ...

Percuma ke?  Nape artikel tulis boleh buat persiapan utk beli tiket? Dr beli tiket bila fikir blk duit tu boleh beli tepung gula bagai utk isi rumah... lebih berbaoi dgn keadaan ekonomi skrg.  Tapi entahlah, lain org lain citarasa.  Ada je nanti tu guna duit simpanan nak beli tiket (if kena beli laa) kalau free... berduyun2 la kot yg nak tgk concert ni.  Maklumlah free...  
Quote eira2310 28-6-2022 11:21 AM
amboi...hauk sgt golongan ini..kata tak nak double standard..
Quote dekmieDandy 28-6-2022 11:34 AM
Mamason replied at 28-6-2022 03:20 AM
Percuma ke?  Nape artikel tulis boleh buat persiapan utk beli tiket? Dr beli tiket bila fikir blk  ...

konsep dia macam minggu setiusaha lar

ada 'orang' lain beli table tu, tapi yang tengok nanti orang lain aka B40 yang disebut berulang kali ittew
Quote aemon 28-6-2022 11:41 AM
statement buduh.joners la byk b40.ape yg terujanya.
Quote KBW2 28-6-2022 11:49 AM
Edited by KBW2 at 28-6-2022 11:52 AM
Mamason replied at 28-6-2022 11:20 AM
Percuma ke?  Nape artikel tulis boleh buat persiapan utk beli tiket? Dr beli tiket bila fikir blk  ...

Ya memang tiket tu dijual tapi semua tiket telah dibeli oleh Yayasan Metamorphosis untuk disumbangkan kepada golongan B40 terpilih. Ko tak rasa fishy semua ini?

Persembahan nyanyian istimewa Siti yang penuh makna ini dibawakan oleh penganjur projek, Be De Paris. Malah, menariknya lagi semua meja untuk penonton sudahpun dibeli oleh Yayasan Metamorphosis.


Difahamkan, seramai 450 peminat Siti dalam kalangan Keluarga Malaysia, B40 terpilih dari seluruh negara yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah, ibu tunggal dan anak yatim akan hadir menyaksikan 'showcase' Queen Of The Night Siti Nurhaliza itu.



Lagi satu, apa maksud Keluarga Malaysia dalam ayat di atas. Ni program kebajikan masyarakat kerajaan ke?


Ni macam salur duit kerajaan masuk poket geng dan kengkawan jah ni.




Dan Pengarah Yayasan ini memang fishy pun yedak?


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ung-tangan-rm3-juta


Kuala Lumpur: Dua pengarah syarikat yang sebelum ini didakwa melakukan penipuan, dihadapkan sekali lagi ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menipu seorang pengarah syarikat berhubung pengedaran sarung tangan berjumlah RM3 juta.

Razalif Mohamad Zain, 30,dan Mohd Razimi Ramli, 31, masing-masing pengarah syarikat Metamorphosis Skills Sdn Bhd mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.
Mereka didakwa bersama-sama menipu Mohd Khairudin Abdul Kadir, 46, dengan memperdayakannya bahawa mereka adalah wakil pengedar yang sah bagi Syarikat  Hartalega Holdings Sdn Bhd untuk pengedaran sarung tangan sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM3 juta.



Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Yap Kwan Seng di sini, antara 15 Jun hingga 7 Julai 2020, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharin menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh manakala peguam Ashraf Appoo yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan dikurangkan.


Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 April untuk sebutan semula kes.
Pada 15 Februari lalu, Razalif dan Mohd Razimi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan berhubung pembekalan 670,000 kotak sarung tangan membabitkan kerugian RM7 juta.






























Ads by










ADVERTISEMENT




















Ads by






Quote KBW2 28-6-2022 12:16 PM
Nak tanya rege tiket ni berapa sebenarnya? Banyak duit Yayasan ni perabis untuk 450 B40? Takkan seploh ringgek yedak?
Quote Mamason 28-6-2022 12:32 PM
KBW2 replied at 28-6-2022 11:49 AM
Ya memang tiket tu dijual tapi semua tiket telah dibeli oleh Yayasan Metamorphosis untuk disumbangk ...

Siti pun dah mcm sesuatu je lately... huhuhu
Quote Mamason 28-6-2022 12:33 PM
dekmieDandy replied at 28-6-2022 11:34 AM
konsep dia macam minggu setiusaha lar

ada 'orang' lain beli table tu, tapi yang tengok nanti oran ...

owhh gitu konsepnya... sesuatu sgt!
Quote Nham22 28-6-2022 12:35 PM
Die nak pancing B40 jadi agent die..purcayalaaaaaaa.....MO zizang semang dah start dah... Hahaha...
Quote KBW2 28-6-2022 12:36 PM
Aku gugel tak jumpa langsung details Be De Paris pihak pengajur showcase ni. Maapler sesuati benor programme ni. Mohon reputz tahik unta tolong siasat. Ni scheme scam ke hape ni. Pengarah Yayasan tu memang terkenal conman kot?
Quote ezacbee 28-6-2022 12:39 PM
Aku pun B40. Tapi xnak tokti tukar abam nuar boleh?


Quote laksmanabentan 28-6-2022 12:42 PM
Nanadjo replied at 28-6-2022 09:29 AM
Perlu ke mention B40 banyak kali? Iols rengsek baca artikel ni, macam la semua B40 tu tak mampu. Cak ...

kannn keji sgt..... mcm hina sgt jadi B40 tuh...
booddosss laaaa......
Quote Racurve 28-6-2022 01:11 PM
propesor roshana tersenyum sinis

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.163172 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top