CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Sarah Mengaku Lepaskan Marah Pada Anak-Anak Sebab Stres Dengan Suami, Tenang Kalau Mengaji

27-6-2022 05:24 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 3172| Komen: 13|Original author: Saiful

Description: Puteri Sarah sanggup tanggung derita sendirian, namun dia tidak akan sesekali meberitahu anak-anak tentang kemelut yang melanda dirinya dengan Syamsul Yusof.
Puteri Sarah sanggup tanggung derita sendirian, namun dia tidak akan sesekali meberitahu anak-anak tentang kemelut yang melanda dirinya dengan Syamsul Yusof.


Alasannya dia mahu menjaga emsosi dan mental Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 2.

Foto: IG

“Anak-anak tak tahu dan saya nak kekalkan begitu.Anak-anak dikelilingi orang-orang yang positif dan jauh dari persekitaran yang toksik. Jadi saya nak kekalkan begitu supaya pembesaran dan emosi mereka terjaga,”katanya di IG Story.

Namun Sarah mengaku anak-anak pernah kena tempias kerana dia gagal mengawal tekanan.




“Dulu, masa awal-awal, saya pun pernah terlepas marah dekat Syaikhul. Kasihan dia. Sampai sekarang, saya rasa diri ini bukan seorang ibu yang baik bila teringat apa yang saya pernah buat.

“Tapi Syaikhul tak ingat. Saya cuba menjadi seorang ibu terbaik buat anak-anak saya. Lama-lama, saya belajar untuk kawal diri. Dekatkan diri dengan orang-orang yang positif.

“Sibukkan diri dengan bekerja, kerja dari rumah pun okey. Keluarkan diri kita dari persekitaran yang toksik itu. Bila saya dah keluar dari persekitaran sebegitu, saya rasa lebih hidup dan gembira."



Sarah juga berkongsi cara untuk melawan tekanan.

“Bila saya mula mengaji semula pada tahun lepas, jiwa rasa terisi dan kuat. Setiap hari cuba isi walau 20 minit . Dengan mengaji, ia buat hati saya rasa tenang. Saya dapat semula kawal diri dan sedar bahawa dunia ini hanyalah sementara.




“Alhamdulillah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Walau sibuk dengan penggambaran, macam-macam masalah melanda, saya pun dah khatam Al-Quran. Bagi saya, mengaji bantu saya untuk berfikiran waras dan sentiasa positif."

Sebelum ini Sarah dan Syamsul mengaku sudah tidak tinggal sebumbung.

Sekadar info, pasangan ini kahwin pada 8 Mac 2014. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 27-6-2022 05:54 PM
Dah ucap tahniah ke untuk suami, sedang Mat Kilau top2 meletops ni.
Quote makadek 27-6-2022 05:58 PM
Sudahla dpt laki kaya pn kecoh kufur nikmat mcm tak dpt nafkah elok je berjalan merata
Quote Fly_over 27-6-2022 06:12 PM
keluar artikel masa mat kilau tgh hype ni karang chuols yg kena backlash.
Quote bottombikini 27-6-2022 06:44 PM
eh bosan lah cite dia neh
Quote imransulaiman 27-6-2022 07:13 PM
Dah makin bodoh pula aku rasa kisah mereka ni. Dulu ada juga rasa kasihan.. Tapi sekarang hmmmmmm...
Quote orkidorkido 27-6-2022 07:30 PM
Lawa anak perempuan dia
Sudah sudahlah sarah, kang nati baik dapat baby malu mana nak letak muka pula. Kalau betul nak cerai, cerai. Nak saman, saman. No point banyak cakap, ludah ke langit kena muka sendiri
Quote anakkerengga 27-6-2022 07:40 PM
Bosan pulak citer ps ni
Quote maxim 27-6-2022 08:12 PM
Agak2 die teringin x nak gi tgk mat kilau
Quote white01whale 27-6-2022 08:29 PM
Aiyo... Jangan cirit mulut sangat... Fikir dalam2 sebelum bersuara
Quote Perawankota 29-6-2022 04:03 AM
Kadang2 aku rasa dia ni mesti jenis suka lawan mulut, bebel2..
Quote makcun14 29-6-2022 05:32 AM
Ada tengok dia promote product disyaki timbang kilo dia , cara cakap tu very rempit. Mungkin kena belajar lontar dialog ngan sol yang akhirnya ada also lontar melontar terhasil la sebijik baby.
Tak terkejut kalau jadi bella alep 2.0
Quote makton 29-6-2022 07:57 AM
makcun14 replied at 29-6-2022 05:32 AM
Ada tengok dia promote product disyaki timbang kilo dia , cara cakap tu very rempit. Mungkin kena be ...

masa iv sblm dia berangkat ke mekah aritu pun nampak cara menjawab mcm rempit.. kalut2 gitu.
anak pmpuan dia lawa.. anak sulung dia kuat sgt aura apaknya
Quote makcun14 1-7-2022 07:47 PM
makton replied at 29-6-2022 07:57 AM
masa iv sblm dia berangkat ke mekah aritu pun nampak cara menjawab mcm rempit.. kalut2 gitu.
anak  ...

Memang cantik gegurl tu. Ada harapan jadik pelakon . Tapi dalam cantik manis dia ada raut sedih. Selama dia hidup bapak duk seronok berskandal kan
Biasa la, budak memang boleh rasa bila mak tak happy

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.048411 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top