CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Potong Gaji Menteri Bukan Boleh Bantu Rakyat Tangani Kos Sara Hidup - Mahdzir

26-6-2022 06:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2375| Komen: 28

Description: Cadangan supaya gaji Menteri Kabinet dipotong 20 peratus oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz, tidak akan menyelesaikan kenaikan kos sara hidup rakyat.
Cadangan supaya gaji Menteri Kabinet dipotong 20 peratus oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz, tidak akan menyelesaikan kenaikan kos sara hidup rakyat.


Sebaliknya Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia memerlukan cadangan dan alternatif lain yang lebih efisien.


Foto: The Star

“Perkataan potong gaji ini seolah-olah berada dalam Dewan Rakyat, ia selalu diusulkan pembangkang. Bagi saya, cadangan beliau bukan jalan penyelesaian untuk membantu rakyat menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Kita tidak tahu apa maksud sebenar Rafidah mengenai potong gaji itu, adakah beliau benar-benar maksudkan atau hanya perli, beliau orang lama sepatutnya boleh beri idea yang lebih baik," ujarnya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Tualak, Padang Terap semalam.


Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Tualak, Padang Terap semalam. Foto: UKK KPLB

Jelas Mahdzir, kerajaan ketika ini sentiasa berusaha untuk membantu rakyat dalam menghadapi krisis kenaikan harga barang sejak akhir-akhir ini.

“Sekarang ini ada pelbagai usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pasukan dalam Kabinet khususnya bagi menteri-menteri yang terbabit secara langsung dengan ekonomi dan harga barang seperti kementerian kewangan, ekonomi, perdagangan, pertanian dan kerja raya.

Mereka ini akan duduk mesyuarat seminggu dua kali bagi membincangkan hal yang berbangkit dan memberi jalan penyelesaian seperti yang diumumkan Perdana Menteri mengenai tiada kenaikan tarif elektrik dan harga pasaran ayam tidak akan diapungkan.


Datuk Seri Mahdzir Khalid mengambil kesempatan berswafoto dengan ahli Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Tualak, Padang Terap semalam. Foto: UKK KPLB

"Sehingga kini pun kerajaan masih memberi subsidi petrol RON95 kepada rakyat dengan harga RM2.05 seliter. Ini adalah antara langkah dan keputusan diambil kerajaan agar tidak membebankan rakyat," katanya.

Rafidah pada hari Jumaat dilapor mencadangkan pemotongan gaji menteri bagi menunjukkan empati terhadap negara ketika rakyat bergelut dengan krisis ekonomi akibat COVID-19 dan krisis Russia-Ukraine.


 
Mengulas lanjut, Mahdzir berkata sebagai bekas menteri, Rafidah perlu memberikan idea yang lebih baik dan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengetengahkan idea beliau. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ekod79 26-6-2022 07:00 PM
membantu dari segi saikologi kot, menteri ni pembaris atau nk jaga periuk nasi, ni la taraf pemikiran pemimpin skrg
Quote Orenn1 26-6-2022 07:01 PM
Mamposlah dorg nak agree potong gaji dorg
Quote bungarose 26-6-2022 07:35 PM
Boleh kurangkan beban kerajaan membayar gaji pak muntri yang tinggi.
Penjimatan kos bley disalurkan pada rakyat yang lebey memerlukan
Quote Firenzza 26-6-2022 09:57 PM
Apa ke bodo 1 kementerian 3@4 org timbalan, bkn menteri pun yg buat kerja....buat perabih boreh ada le
Quote Kitty_catz 26-6-2022 10:45 PM
kurangkan je la menteri2 termasuk timbalan sana sini dan lantikan2 politaik smer tu

boleh start dgn menteri yg satu ni.. yyihhh
Quote ipanimanz1 26-6-2022 10:48 PM
ni sekoq lg..nk kata x cerdik,bljaq smpai u..rambut pun dah putih..tp masih kluarkan kenyataan yg nampak kurang cerdik
Quote sharlenetexas 26-6-2022 10:54 PM
Bod*h org tua ni.


Quote Minami2013 26-6-2022 11:02 PM
Masalahnya menteri pun otak tk guna. Byk2 lantik menteri2 pun end up penyelesaiannya penalised rakyat juga.
Quote cikatilia 27-6-2022 09:53 AM
hello potong Rm100 pon kompom meroyan gila bxxi sxxl org tua ni
Quote ifanonline 27-6-2022 09:56 AM
bukan shj para menteri tetapi juga ketua2 GLCs
Quote kotakominami 27-6-2022 12:14 PM
Setuju...jgn potong gaji..pecat je terus gantikan dgn yg betul2 nak bantu rakyat..yg tak tunduk dgn kartel...
Quote msdummy.2018 27-6-2022 12:16 PM
Cuba korang yg kena potong gaji tuk nantu b40..korang nak kerrrrr....mcm tuhlah diaorg!!!!
Quote tripleid 27-6-2022 12:27 PM
kalau tak bodoh bukan menteri umno laa..

Quote chandrahusin 27-6-2022 12:39 PM
Tarik balik diorg pya pencen
Dh habis khidmat sudah
Quote ultra78 27-6-2022 12:42 PM
Cuba potong bilangan menteri. Mesti tak boleh disebabkan semua gila kuasa.
Quote nolya 27-6-2022 12:58 PM
bungarose replied at 26-6-2022 07:35 PM
Boleh kurangkan beban kerajaan membayar gaji pak muntri yang tinggi.
Penjimatan kos bley disalurkan  ...



Juga boleh meringankan beban kerajaan dari segi kewangan dn hutang negara. Tapi biasalah, menteri mana sanggup nak berkorban untuk rakyat, rakyat yg perlu sanggup berkorban demi membayar gaji dn elaun menteri2 yg beribu2: ye menterinya, timbalan menteri, duta2, pengarah itu-ini. Mati hidup balek pun tak akan setujunya.

Quote nolya 27-6-2022 01:04 PM
msdummy.2018 replied at 27-6-2022 12:16 PM
Cuba korang yg kena potong gaji tuk nantu b40..korang nak kerrrrr....mcm tuhlah diaorg!!!!



Jgnlah nak bandingkan gaji menteri2 dgn golongan B40. Disarankan potong gaji menteri sebab gaji mereka banyak + elaun lagi. Dgn isu kenaikan harga barang ketika ini, adakah ianya menjejas perasaan menteri2 menghadapi masalah nafkah hidup sehari2?.
Quote airmineral 27-6-2022 01:20 PM
kecikkan kabinet
susun semula pentadbiran kementerian
buang portfolio yg bertindih/xperlu
kurangkan tggn gomen utk anggota pentadbiran
salurkan duit utk tambah dan baiki infrastruktur rakyat

baru rakyat xsakit hati
Quote msdummy.2018 27-6-2022 01:21 PM
nolya replied at 27-6-2022 01:04 PM
Jgnlah nak bandingkan gaji menteri2 dgn golongan B40. Disarankan potong gaji menteri sebab gaji  ...

Xpyh nk potong3 gaji..pecat jer menteri2 yg xjalan kerja..jdkan position diaorg multi task..yg buat kerja bukan paknmenteri pun..org bwh dia...bila dpt peruntukan 10% pergibkat dia atau subcompany dia...ko hengat diaorg nk potong gaji diaorg smata nk tlg b40? Sdgkan dlm ni rmi merempan b4pdpt bantuan...ko rasa menteri tuh kisah sgt b40?well...kalo btol3 kisah, duit peruntukan tuk bantuan akan 100% pergi pd mangsa. Bukan makan sndr

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.275163 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top