CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dakwa Dihalang Warisi Harta RM37.8 Juta Kerana Lesbian

26-6-2022 06:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1452| Komen: 10

Description: Seorang wanita Australia mendakwa dihalang daripada mewarisi harta peninggalan bapanya bernilai hampir 7 juta pound sterling (RM37.8 juta) kerana tidak mempunyai pekerjaan.
Seorang wanita Australia mendakwa dihalang daripada mewarisi harta peninggalan bapanya bernilai hampir 7 juta pound sterling (RM37.8 juta) kerana tidak mempunyai pekerjaan.


Daily Star melaporkan, Clare Brown dari Sydney kini mengemukakan permohonan di mahkamah untuk mencabar wasiat bapanya itu yang disifatkan tidak realistik.


Daily Mail

Wanita itu kini masih hidup dengan bantuan kebajikan bersama 'isterinya' Lauren dan anak perempuan mereka yang berusia setahun.

Bapa Brown, Chris yang juga broker saham meninggalkan harta bernilai 6.82 pound sterling (RM36.83 juta) selepas meninggal dunia pada Januari lalu.


Tetapi, harta itu hanya boleh diwarisi dengan syarat Brown mendapat pekerjaan atau menyumbang kepada masyarakat.


Daily Mail

Brown, bagaimanapun, mendakwa dia tidak boleh bekerja kerana mempunyai masalah hiperaktif, dan kekurangan tumpuan (ADHD) di samping autistik.

Dia tampil menerusi program berita A Current Affair dan menuntut haknya.

"Bolehkah kamu semua berhenti mempersoalkan mengenai 'saya perlu bekerja'. Ia tidak (akan) berlaku. Saya tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya," katanya.


Clare dan isterinya (kanan)

Sementara itu, Lauren berkata, Brown bergelut dengan tugas harian dan mempunyai senarai semak peringatan asas termasuk apa yang perlu dimakan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 26-6-2022 06:39 PM
Macam Jackie Chan yang buang anak sebab lesbo.
Quote pooh~key 26-6-2022 06:46 PM
Akak malas nak masuk thread ni sebab tajuk misleading sis.
Quote ellejo 26-6-2022 06:56 PM
asal punya pekerjaan. ramai je mentally dan physically disabled ada keje. ni mmg pemalas.
Quote Nenasketum 26-6-2022 08:38 PM
Apa huduh bak ang lesbo ni suma. Macam mana depa stim ek? Aku nengok sekor2 nak muntoh ijo
Quote mojarean_X 26-6-2022 08:41 PM
pooh~key replied at 26-6-2022 06:46 PM
Akak malas nak masuk thread ni sebab tajuk misleading sis.

Aah lah sis. Misleading betul tajuk. Iols baru ingat nk komen tanpa membaca artikel
Quote sharlenetexas 26-6-2022 08:42 PM
Acik gundu kepam gemuk pemalas kot.
Sib baik bapak dia tak letak syarat kuruskan badan.




Quote Tinot7 26-6-2022 10:23 PM
Wanita itu kini masih hidup dengan bantuan kebajikan bersama 'isterinya' Lauren dan anak perempuan mereka yang berusia setahun.


camne deme survive dgn bantuan kebajikan jahh? ke Lauren keje? dan minah tu jadi housewife?
Quote che-cikL 27-6-2022 02:28 AM
berita caprut.jpg
Quote sukacactus 27-6-2022 06:03 AM
Alah3! Monyok betul rupa kucing tu
Quote Shazid 27-6-2022 06:57 AM
bagus mendiang bapak die buat wasiat mcm tu...dasar pemalas

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.050328 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top